Turun sahaja dari bas, mata aku melilau ke kiri dan ke kanan. Tak tahu mana arah yang patut aku tuju. Hati tergerak untuk pergi ke arah kanan, maka langkah kaki aku bawa ke kanan sambil tangan menggenggam erat tangan kecil Hana.
Tempat tinggal pun masih tiada lagi. Stesen bas tempat kami berhenti ini dekat dengan tempat kerja aku nanti. Mungkin aku patut berjalan sedikit di sekitar sini untuk mencari rumah sewa.
"Hana, hari ni kita kena berjalan lebih sikit ye. Kita kena cari tempat untuk tinggal. Hotel jauh, kita kena jimat duit sikit. Hana okay kan?" soalku pada Hana.
Hana menggangguk. Dengan Hana mudah, dia tidak banyak ragam. Mungkin jika tiada rumah sewa, aku perlu membelanjakan sedikit wang yang tinggal untuk rawatanku demi bermalam di hotel.
Banyak wang yang perlu digunakan sekarang. Rawatan kanser, urusan pemindahan Hana ke tadika baharu, sewa rumah. Belum campur makan minum lagi.
"Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba-Mu ini. Permudahkanlah perjalanan baharu hidup kami ini, Ya Allah," pintaku pada Tuhan.
Aku percaya Tuhan itu Maha Adil. Dia juga yang memberi rezeki kepada manusia. Aku cuma berharap permulaan hidup baharu aku dan Hana diberkati Allah.
Aku dan Hana berdiri di hadapan sebuah rumah yang kelihatan sedikit usang. Rumah ini kelihatan agak daif. Tiada sebarang papan tanda yang bertuliskan notis untuk disewa atau juga nombor telefon pemilik rumah ini.
Mungkin rumah ini sesuai untuk kami berdua menetap buat sementara. Aku sudah semestinya akan berusaha untuk mencari kawasan yang lebih baik untuk tumbesaran Hana. Tapi itu juga mungkin selepas aku mendapat wang pendapatan nanti.
"Dik, nak pergi mana ni ? Orang baru ke? Akak tak pernah nampak kamu berdua dekat sini," tegur seorang wanita yang boleh dikatakan berusia lewat 40-an.
"Saya cari rumah sewa kak. Urgent. Saya dengan anak saya baru je datang sini siang tadi. Kamk berpindah tapi tak terancang,"
"Oh. Rumah yang adik tengok rumah lama. Owner dia kakak akak. Dah lama meninggal. Akak yang jaga rumah ni. Jadinya, rumah ni tak ada sesiapa yang jaga atau tuntut. Kalau nak duduk bolehlah akak kemas. Tapi maaflah dik, rumah ni tak seberapa sangat. Banyak rosak sana sini tapi tak terbaiki sebab tak ada siapa boleh baiki. Insya Allah tak terum sangat rosaknya,"
"Bolehlah kak daripada tak ada tempat nak tinggal. Saya kesian juga dengan anak saya dah berjalan seharian cari tempat tinggal. Nama saya Safa, kak. Ini anak saya, Hana," ujarku.
"Okay, Safa. Nama akak, Kak Nor. Kejap ye akak ambil kunci kat rumah akak. Nanti masuk terus dulu. Esok akak suruh anak akak datang kemas sikit rumah ni. Sewa pun kita bincang esok. Jangan risaulah, sewa akak tak cas mahal sebab owner dia dulu amanahkan akak supaya bagi sewa murah je kat orang," kata Kak Nor lalu berlalu ke rumahnya. Rumahnya hanya terletak di sebelah rumah daif ini.
Datang sahaja Kak Nor bersama gugusan kunci rumah ini, dia membuka pintu dan membawa aku melihat kawasan sekitar dalam rumah ini. Walaupun kelihatan daif, tetapi masih lagi selesa untuk didiami jika dibersihkan dan dikemas dengan baik.
Kak Nor kemudiannya meminta diri memandangkan sudah lewat malam.
Aku menarik sebuah kerusi plastik lalu melabuhkan duduk di situ. Hana aku panggil.
"Hana, ibu minta maaf sebab tak mampu bagi Hana tidur di tempat yang selesa. Ibu akan cuba kerja baik-baik. Nanti bila ibu dah dapat gaji, kita cari rumah swa yang lebih cantik ye?" soalku lalu memujuk Hana.
Aku tahu Hana takut dan sedih. Hana juga bijak mengawal riak sedihnya. Anak ini sangat memahami kesusahan aku.
"Hana okay ibu. Hana kan anak yang baik. Hana tak nak susahkan ibu,"
Aku merangkul tubuh kecilnya lalu dicium kepala Hana.
Hana memang tak susahkan ibu, tapi ibu yang jadi punca Hana hidup susah.
"Sekarang, kita bersihkan diri okay? Lepas tu, kita tidur,"
Katil yang ada cuma satu. Sudah bilik hanya ada satu, katilnya juga ada satu saja. Itu pun katil bujang. Hana akan tidur di katil bujang itu.
YOU ARE READING
Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)
RomanceDalam hati Safa, hanya tertulis nama Adam. Adam yang sentiasa menyebelahinya di saat dia dicaci orang di sekeliling. Safa tak sedar diri. Itulah kata orang tentang dia. Dia cuma anak luar nikah yang dibela ibu dan ayah angkat. Setiap layanan Adam me...