Ikram kelihatan seronok dengan phone yang aku baru belikan untuk dia. Langsung tak pandang kiri kanan lepas dapat phone itu.
Sesekali, aku cuma mengharapkan kasih sayang dari keluarga ini. Aku sedar, aku cuma seorang anak yang tak tahu dari mana asal usulnya. Tapi tak boleh ke mereka kasihan dengan aku walau sedikit?
Sosok ayah yang duduk dia atas wheelchair aku pandang. Ayah dah tak macam dulu. Ayah bergantung 100% kepada bantuan orang lain untuk menguruskan dia.
"Ayah, ayah dah makan?"
Ayah mula menggerakkan bibirnya. Tahulah aku dia sudah makan. Mungkin kerana aku terlalu menyayangi ayah, aku dapat memahami gerak-geri ayah walaupun dia dalam keadaan sebegini.
Aku bingkas bangun untuk menunaikan solat.
"Hah Safa, kamu nak pergi mana?" soal ibu.
"Safa nak masuk bilik, nak solat asar ibu,"
"Ni ibu nak cakap ni. Esok kakak kamu si Laila nak balik. Hujung minggu ni pula keluarga Pak Long nak datang. Kamu masakkan lauk ye,"pesan ibu sebekum meninggalkan aku berseorang di situ.
Aku terkejut mendengar perkhabaran dari ibu. Keluarga Pak Long nak datang? Sejak akhir-akhir ni, banyak benda mengejut aku dengar, antaranya yang ini.
Jarang Pak Long dan keluarga dia nak datang rumah kami. Ibu selalu bercakap kurang sopan lalu membuatkan Mak Long, isteri kepada Pak Long kurang senang dengan sikap ibu.
Aku pula sangat sayang dengan Mak Long kerana Mak Long sangat baik denganku. Begitu juga dengan Pak Long dan anak-anaknya. Tak pernah sekali pun layanan mereka membuatkan aku berasa sedih.
Aku melihat paparan di skrin telefon saat telefon itu bergetar. Ada mesej dari Abang Adam.
Abang Adam
- Abang ada dekat butik ni tengah cari baju kurung. Abang nak belanja Safa. Safa nak warna apa?Biar betul Abang Adam ni? Haih, gentleman betul dia nak carikan baju untuk aku.
Safa
-Tak nak la abang. Abang selalu belanja Safa baju, malu la Safa nak terima lagi.Abang Adam
- Jangan malu dengan abang Safa. Abang sayangkan Safa sebab tu abang suka belanja Safa hehe♥️ Takpe la, abang beli je. Safa memang suka malu-malu.Aku terkedu melihat baris ayat ini. Tambah lagi dengan emoji love yang dihantar Abang Adam. Makin bertambah jatuh hati aku pada Abang Adam.
YOU ARE READING
Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)
RomanceDalam hati Safa, hanya tertulis nama Adam. Adam yang sentiasa menyebelahinya di saat dia dicaci orang di sekeliling. Safa tak sedar diri. Itulah kata orang tentang dia. Dia cuma anak luar nikah yang dibela ibu dan ayah angkat. Setiap layanan Adam me...