2

683 24 0
                                    

15 tahun yang lepas

"Muka buruk macam jalan tar,"

"Siapa nak kawan dengan dia? Aku tengok muka dia pun benci,"

"Busuk, buruk, tak ada mak ayah,"

Aku hanya menangis mendengar ejekan kanak-kanak sebayaku. Muka yang berparut dia sebelah kiri ini selalu mendapat kutukan sesiapa sahaja yang memandangnya.  Aku ibarat terlalu menjijikkan pada pandangan mereka.

Tidak tahukah mereka, aku tidak pernah meminta dilahirkan dengan rupa sebegini? Kata ayah, parut ini sudah ada sejak aku lahir. Sudah puas disapu bermacam ubat, tetapi parut itu tidak hilang.

"Diam! Jangan ejek Safa lagi!"  jerit seorang budak lelaki. Suara yang cukup aku kenal. Adam Baihaqi, anak kepada abang ayah. Sepupu aku yang tinggal dekat sahaja dengan kami.

Kanak-kanak yang gian mengejek tadu terus lari lintang pukang. Semua orang takut dengan Abang Adam. Abang Adam sudah berada di sekolah menengah, sama seperti Kak Laila. Bahkan, mereka juga sekelas.

"Safa okay?," tanya dia.

"Safa okay , Abang Adam,"  jawab aku lalu tersenyum gembira kerana mengingatkan bahawa Abang Adam sentiasa  ada di kala aku  bersedih.

"Jom balik dengan abang, Safa. Umi ajak Safa datang rumah tengok match Manchester dengan  Liverpool malam ni. Umu siap call Mak Ngah lagi cakap Safa tinggal dekat rumah umi malam ni,".

"Iya ke Abang Adam? Wah, kalau macam tu Safa nak ikut. Tak sabar nak tengok player Manchester, kan Abang Adam?"

Abang Adam hanya ketawa melihat celoteh aku.

Begitulah aku dan Abang Adam. Kami berkongsi minat yang sama terhadap pasukan bola sepak Manchester. Setiap kali ada perlawanan, Abang Adam akan membawa aku ke rumahnya untuk menonton perlawanan tersebut bersama.

Telefon  yang berdering mematikan lamunanku tentang kenangan lama. Aku menekan ikon hijau di skrin telefon.

"Hello, Safa. Jom jumpa abang malam ni, abang ada beli jersi Manchester. Kali ni, original punya. Abang belanja,". Aku tertawa mendengar kata-katanya.

"Okay, abang. Malam ni kita jumpa kat Mamak Ghani ye," pesan aku.

Perbualan itu berhenti apabila Abang Adam berkata bahawa dia perlu menyelesaikan kerjanya di pejabat. Dia menguruskan firma guaman kecil Pak Long. Dia juga satu-satunya harapan Pak Long untuk menguruskan firna tersebut memandangkan anak-anak yang lain tidak berminat dengan bidang guaman.

Hujung bulan ini, Kak Laila akan menamatkan pelajaran di peringkat Master dan akan bekerja bersama-sama Abang Adam. Rindu pula aku pada Kak Laila. Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum Kak Laila pulang ke tanah air setelah dua tahun berada di United Kingdom.

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now