31

822 14 0
                                    

Umi dan walid masih tak berhenti mencari Riyadh. Mereka tahu tentang penceraian antara Riyadh dan Laila.

Tidak cukup dengan mencari Riyadh dengan menghubungi balai polis di sekitar UK, mereka juga mengupah penyiasat untuk menjejak Riyadh.

Riyadh sudah hilang begitu saja. Sama seperti Laila. Umi dan Walid turut mengupah penyiasat untuk mencari Laila. Laporan polis juga sudah dibuat, malangnya kes ditutup kerana polis tidak berjaya dalam pencarian mereka.

Umi dan walid sedikit pun tidak membantu dalam persiapan majlis pernikahan Adam dan Laila. Kehadiran Laila seperti tidak diundang dan Laila sedar tentang hal itu. Tapi ada dia kisah? Tidak. Yang penting dia tak perlu hidup merana seperti dulu.

Majlis ini pun bakal diadakan secara ringkas. Tak perlu banyak persiapan pun. Tinggal empat hari sahaja. Dia cuma oerlu bersabar sedikit lagi sebelum Adam menjadi miliknya.

"Kamu tak cuba call Safa ke, Adam? Takkan nak berharap pada PI aje?" soal walid

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kamu tak cuba call Safa ke, Adam? Takkan nak berharap pada PI aje?" soal walid.

"Buat apa lagi nak call dia walid? Memang kami belum bercerai lagi, tapi dia tahu yang Adam dan Laila akan nikah tak lama lagi. Mestilah dia kena keluar juga dari rumah tu," walid hanya menggeleng apabila mendengar Adam berkata begitu.

Adam masih lagi menyerahkan borang tuntutan fasakh ke mahkamah. Tidak tahu mengapa, tetapi melihat borang itu membuatkan hatinya terasa berat semacam aje. Padahal, dia yang beria mahu bercerai selama ini.

Memikirkan dia bakal bernikah dengan Laila hujung minggu ni, dia perlu menyerahkan borang itu dengan segera sebelum akad nikah itu berlangsung.

Memikirkan dia bakal bernikah dengan Laila hujung minggu ni, dia perlu menyerahkan borang itu dengan segera sebelum akad nikah itu berlangsung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adam terjaga pada jam 3 pagi. Tekak yang terasa haus membawa langkah ke dapur. Air dituang ke dalam gelas.

Sedang meneguk air, dia terdengar seolah-olah pintu utama rumah ini seperti dibuka kuat. Dia segera melangkah ke ruang tamu. Kelihatan susuk seorang lelaki sedang termengah-mengah berdiri di pintu yang terbuka itu.

"Riyadh!" panggil umi yang jelas terkejut dengan kehadiran Riyadh. Umi mungkin baru terjaga selepas mendengar bunyi pintu yang kuat tadi.

Riyadh memandang umi lalu kembali menoleh ke arah Adam. Dia tersengih sinis.

"Seronok ke bila bakal kahwin dengan buah hati tercinta, Adam?"

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now