9

605 15 0
                                    

"Safa, kejap lagi hantarkan baju Melayu Adam dekat dia ye," pesan Kak Laila. Aku hanya menggangguk dan tersenyum padanya.

Tak lupa juga nak untuk whatsapp Abang Adam pesan jumpa malam ni. Tak boleh tangguh lagi semua urusan perkahwinan mereka sebab majlis tinggal beberapa hari saja lagi.

Kak Laila pula nampak tak sihat sejak kebelakangan ni. Tiba-tiba aja muntah dan pening kepala. Aku kasihan dengan dia sebab hari besar dia dah dekat. Suruh pergi check dekat hospital tak nak pula.

Jam dah pukul 7.30 malam, eloklah aku bersiap sekarang.

Lama betul Abang Adam ni. Dia cakap hantar baju pengantin dia kat office dan tunggu dia. Katanya nak jumpa klien kejap dekat lobi. Sekarang dah pukul 9.45 malam. Janji sampai pukul 9 je.

Abang Adam
- Kalau Safa haus, minum la air mineral kat atas meja abang. Air tu tak buka lagi, lama pula nak tunggu abang.

Abang Adam hantar pesanan di whatsapp. Memang lama pun Abang Adam. Aku dah haus sangat dah ni. Luar bilik Abang Adam ni pun dah gelap sangat dah. Tinggal lampu meja dalam bilik ini sahaja yang masih menyala. Tengoklah sekarang dah pukul berapa, memang semua staf dah balik rumah. Air botol mineral dia atas meja aku pulas lalu teguk sampai habis. Haus betul ni.

Aku agak Abang Adam busy selesaikan semua kerja sebab nak bercuti lama lepas akad nikah nanti. Alhamdulillah, Tuhan membantu aku melupakan perasaan aku pada lelaki ini sikit demi sikit. Aku percaya yang dah tertulis jodoh Abang Adam dan Kak Laila bersama.

Aku mula mengibas muka kerana terasa panas. Ni memang pelik sebab aku duduk dalam tempat sejuk. Baju yang aku pakai juga aku kibas dengan kuat sebab badan aku mula berpeluh.

"Sayang...,"kedengaran suara lelaki memanggil aku. Lontaran suara ini kedengaran sangat menggoda bagi aku saat ini. Aku lantas bangun dan menghampiri lelaki itu.

Lelaki ini mula mengusap wajahku dan wajahnya semakin lama semakin menghampiri wajah aku. Aku yang tak sedar dengan perbuatan aku mula merelakan perbuatan lelaki ini.

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now