"Umi, sebenarnya Hana merajuk dengan Safa umi. Umi tahu kan yang Safa dah sakit lama? Safa dah sakit sebelum Safa keluar dari rumah abang Adam lagi umi," kata Safa.
Adam yang baru sahaja mahu masuk ke bilik terhenti langkahnya saat mendengar perbualan umi dan Safa. Dia tidak mahu mengganggu mereka berdua, namun hatinya ingin sekali mendengar luahan hati Safa.
"Dulu, Safa nak sangat buat rawatan sebab bila difikirkan, siapa lagi yang nak jaga Hana kalau bukan Safa? Abang Adam tak mahu anak kami, umi,"
"Tapi tak sangka...Safa mengandung dan doktor kata rawatan kanser berbahaya untuk kandungan. Safa tak nak gugurkan baby Safa semata sebab Safa nak hidup,"
"Keadaan Safa makin teruk umi. Safa sedih bila fikir siapa akan jaga Hana dengan adik kalau Safa mati. Safa...Safa berniat nak hantar anak-anak Safa pergi rumah anak yatim, umi," kata-kata Safa mengejutkan Adam.
Sampai begitu sekalikah kesan yang Adam tinggalkan dalam jiwa Safa sehingga Safa mampu bertindak sebegitu? Adam kesal dengan dirinya sendiri.
"Hari tu, Hana ternampak borang-borang rumah anak yatim tu. Hana menangis. Dia ingat Safa nak buang dia. Safa dah tak sayang dia. Tapi semua tu tak betul umi... Safa sayang anak-anak Safa. Safa ibu yang tak berguna kan umi?"
"Tak Safa. Kamu ibu yang baik, Safa. Safa cuba sedaya upaya untuk pastikan yang terbaik untuk Hana dan adik. Tak ada manusia yang sempurna, Safa. Manusia tak pernah lari dari buat kesilapan. Tapi ajal dan maut di tangan Tuhan. Hana pergi bukan sebab Safa, tapi sebab Allah yang berkehendak...," umi cuba memujuk Safa.
"Mesti Hana sedih kan umi? Hana merayu tak nak pergi rumah anak yatim tu. Tapi, Safa tak tahu nak buat apa lagi. Safa tak ada kerja. Safa tak ada duit nak jaga Hana dengan adik," kata Safa lagi.
"Jangan fikir macam tu lagi, Safa. Umi tak suka. Hana dah pergi, umi tahu dia sayangkan Safa sangat-sangat dan dia dah tenang di sana. Safa jangan persoalkan lagi takdir dari Allah,"
Adam yang masih berada di luar sudah menangisi setiap luahan Safa. Tidak pernha sekali pun dia terfikir, tindakannya selama ini sungguh menghancurkan hidup Safa. Jiwa Safa rapuh.
"Umi...," umi yang sedang duduk di meja dapur dihampiri Adam.
"Adam menyesal umi. Adam menyesal dengan segala dosa yang Adam buat selama ni. Kalaulah Adam tak termakan dengan ego, Safa dengan Hana tak akan hidup menderita kan umi?"
"Adam, sekarang bukan masanya untuk kamu salahkan diri kamu. Yang dah terjadi, tak boleh diubah. Kamu kena kuat sebab sekarang, kamu yang akan jadi kekuatan Safa. Safa akan semakin rapuh kalau kamu sendiri tak kuat menerima semua yang tertulis ni, Adam," umi memberi nasihat kepada Adam. Adam mengangguk kecil.
Umi juga sayangkan cucunya. Tapi Allah itu Maha Berkuasa.
"Adam, naik atas. Rehat. Esok, kita nak hantar Safa ke hospital semula,"
YOU ARE READING
Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)
RomanceDalam hati Safa, hanya tertulis nama Adam. Adam yang sentiasa menyebelahinya di saat dia dicaci orang di sekeliling. Safa tak sedar diri. Itulah kata orang tentang dia. Dia cuma anak luar nikah yang dibela ibu dan ayah angkat. Setiap layanan Adam me...