Badan yang terasa lemah aku gagahkan juga berdiri. Jam sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Aku sudah terlewat untuk mengambil Hana di tadika.
Sejak sebulan yang lalu, aku kerap sakit kepala dan muntah. Tapi tak pernah sekali pun aku membuat pemeriksaan di hospital.
Kereta Axia putih yang dibelikan umi pada tahun lepas aku pandu ke tadika khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Sampai di sana, Hana yang duduk di ruang menunggu luar tadika itu melompat-lompat kegembiraan sambil menggoyangkan tangan gurunya.
"Maaf cikgu, saya datang lambat," ucapku kepada guru dihadapanku ini.
"Tak apa, puan. Ada lagi kawan-kawan Hana yang lain dekat dalam. Dorang pun balik lambat hari ni,"
Aku menggangguk lalu meminta diri.
Setibanya kami di rumah, aku terkejut melihat kereta Adam yang terparkir di garaj. Awal pula dia pulang hari ni. Lupa, dia outstation beberapa hari lepas di Langkawi.
Aku masuk ke dalam rumah tetapi kelibat suamiku itu tidak kelihatan. Mungkin dalam bilik. Nasib baik aku dah masak untuk tengah hari ini. Aku dan Hana segera naik ke atas kerana tidak mahu mengganggu Adam.
"Hana, sebelum tidur jangan lupa gosok gigi dan ambil wudhu' ya," aku berpesan pada Hana. Sejujurnya, Hana seorang anak yang mudah di asuh kerana pandai berdikari.
Guru-guru di tadika juga memuji Hana. Hana selalu mendapat keputusan cemerlang dalam setiap ujian.
Kelibat Hana yang sudah bersiap dia atas katil untuk tidur aku tatap. Dahinya dicium lembut sebelum aku mengusap ubun-ubunnya.
Aku ada kerja perlu disiapkan. Baju Adam belum digosok. Kain kotor juga belum di basuh lagi. Aku berasa sangat lemah sehingga banyak kerja rumah yang aku tak sentuh langsung siang tadi.
Baju Adam digosok teliti. Siap gosok, baju itu disangkut lalu aku berjalan untuk menghantar baju tersebut ke bilik dia.
Sedang aku menggantung baju tersebut dalam almari pakaian lelaki itu, terasa pinggangku disentuh kasar.
"Aku nak kau layan aku malam ni," bisik Adam. Keluhan aku lepaskan.
Dan itu adalah rutin aku hampir setiap hari. Menjadi hamba kepada suamiku sendiri.
Adam sudah bangun dan sedang mandi. Aku duduk di birai katil. Kepala yang berdenyut aku picit. Malang sekali, makin dipicit, makin sakit kepala ini dibuatnya.
Pandangan juga sedikit kabur. Telefon Adam yang berdering mengalihkan pandanganku. Apabila telefon itu berhenti berdering, telefon itu kembali menyala dengan notification. Aku tertarik untuk melihat isi yang ada di telefon itu. Whatsapp aku buka.
Laila
- Sayang, jadikan kita nak lunch together hari ni? I akan jumpa klien nearby your place.Kak Laila? Apa maksud semua ni? Chat di atas aku scroll dan setiap bait kata yang aku baca sangat mengejutkan aku.
Terlalu banyak ayat cinta dan pujuk rayu dari kedua-dua mereka. Kak Laila memberitahu yang dia sudah bercerai dengan Riyadh kerana lelaki itu penagih dadah. Kaki pukul.
Malah, mereka juga telah sepakat untuk menjalinkan semula hubungan yang telah lama terputus akibat kejadian 5 tahun lepas.
Aku tak rasa mereka hanya bermain kata. Jadi, apa nasib aku dan Hana nanti?
YOU ARE READING
Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)
RomanceDalam hati Safa, hanya tertulis nama Adam. Adam yang sentiasa menyebelahinya di saat dia dicaci orang di sekeliling. Safa tak sedar diri. Itulah kata orang tentang dia. Dia cuma anak luar nikah yang dibela ibu dan ayah angkat. Setiap layanan Adam me...