6 JUN 2024
Datin Sri Zunairah binti Mustafa
SKL Food Trading
Lot 10, Jalan PBI 3, Magilds Industrial Park, 47000 Johor Bharu, JohorAku akhirnya menjumpai keberadaan mama. Mama seorang wanita bekerjaya yang punyai nama gah di Malaysia. Suaminya, Dato' Sri Tahir bin Razak.
Bertahun-tahun aku mencari mama. Akhirnya, aku berjaya juga. Walaupun aku tidak pasti jika kami punya kesempatan untuk berjumpa.
Aku juga ada tiga orang adik. Dua lelaki dan seorang perempuan. Mereka semua cantik rupa paras, tidak seperti aku yang lahir dengan wajah yang berkeledak.
Jika suatu hari nanti aku berjumpa dengan mereka, mahukah mereka menerima kehadiran aku?
Mama, saya rindukan mama sangat. Sudikah mama terima saya sebagai anak semula?
Adam tergamam. Maknanya, Safa sudah lama mengetahui di mana adanya ibu kandung dia selama ini? Adam hanya berjumpa dengan ibu mertuanya itu sewaktu Safa sudah tenat semasa sakit dulu.
Itupun, wanita itu hanya memandang dia dan tidak berkata apa. Kerana itu, dia yakin yang Datin Sri Zunairah sudah tekad memutuskan hubungan dua beranak itu.
Entah apa yang sudah jadi pada keluarga itu, dia tidak tahu. Malah, tidak ambil tahu lagi. Bukannya dia tidak sedar diri. Tapi, tidak sedihkah wanita itu apabila tidak menziarahi anak yang pernah dilahirkan dan sakit terlantar di hospital?
16 Oktober 2024
Sakit yang aku alami selama ini akhirnya sudah terjawab. Doktor mengesahkan aku menghidap kanser otak tahap dua. Malah, sel kanser di dalam tubuh ini merebak dengan sangat pantas.
Sakit ini juga adalah ujian. Yang akan menguatkan aku lebih lagi dalam menghadapi hidup yang sukar ini. Aku sungguh berharap suamiku berada di sisi aku saat ini. Paling tidak pun, atas dasar kemanusiaan biarpun dia tidak pernah menerima aku sebagai isteri.
23 Oktober 2024
Perkahwinan kami bakal terlerai akhirnya. Abang Adam mengaku dia sedang merancang untuk menikahi kak Laila. Malah, wanita itu juga merayu padaku agar melepaskan Adam.
Kak Laila kata, Abang Adam tidak bahagia dengan aku. Aku akui semua itu. Kalau kami bahagia, aku tidak akan makan hati melayan amarah dan benci suamiku itu selama bertahun-tahun berumah tangga.
Aku juga sudah menyerahkan borang perceraian ke mahkamah. Tiada apa lagi untuk dipertahankan. Demi jasa keluarga angkatku kepada aku, aku mengalah. Aku sedar yang diri ini terlalu rendah untuk digandingkan bersama mereka semua.
Aku cuma manusia yang lahir dengan tidak tahu mana asal-usulnya dan miskin. Akan kekal begitu sehingga ke mati.
Tubir mata yang terasa hangat diseka laju. Sampai ke saat ini pun, Safa masih meletakkan dirinya serendah-rendahnya. Semua gara-gara perlakuan Adam sendiri.
"Babah, ada orang datang," sapa Yusuf baru muncul dibelakang Adam. Adam segera menyapu sisa air matanya di wajah.
"Siapa?" soal Adam. Yusuf hanya mengangkat kedua-dua bahu tanda tidak tahu.
"Jom, kita turun," tangan kecil Yusuf dipimpin menuruni anak tangga ke ruang tamu. Pintu rumah dikuak.
"Assalamualaikum," Adam terpana. Tidak percaya dengan susuk-susuk yang sedang berdiri dihadapannya sekarang.
"Boleh mama masuk?" soal Zunairah. Saat Adam mengangguk, Zunairah hanya memandang wajah tenang suaminya. Namun, tidak pula dengan anak-anaknya. Masing-masing berwajah seakan-akan menyampah.
"Ada apa datang sini?" soal Adam sewaktu mereka duduk di ruang tamu. Yusuf membantu ayahnya menghidangkan air.
"Kami datang untuk cari Safa," kata Tahir. Adam menyungging senyuman sinis. Cari Safa sekarang?
"Nampaknya mama dan papa betul-betul tak endahkan Safa. Untuk apa cari dia sekarang?" soal Adam sedikit kasar.
"Adam, tolong mama. Mama nak jumpa Safa sangat," rayu Zunairah dengan air mata yang berlinang. Nafas berat dilepaskan oleh Adam.
"Safa dah meninggal enam tahun lepas. Sakit kanser otak," jelas Adam. Zunairah dan Tahir jelas tergamam.
"B..be..betul ke, Adam?" Zunairah menggeleng.
"Alah, mama ni. Takkan suami anak haram mama tu nak menipu pasal mati pula? Sah-sah perempuan tu dah mati," kata Alisa, anak bongsu Zunairah dan Tahir sinis.
"Lisa!" tegur Irfan dan Ghazi keras. Makin menjadi-jadi sikap Lisa yang biadap pada mama dan papa mereka selepas mengetahui kewujudan Safa sebagai kakak sulung mereka yang dilahirkan sebagai anak tak sah taraf.
"What? I'm telling the facts,"
"Saya rasa Lisa bercakap tentang Safa seolah-olah Safa musuh dia. Sedangkan, Safa tu kakak sendiri. Jadi, tolong hormat isteri saya walau siapa pun Safa," kata Adam.
"Saya tak menipu bila kata Safa dah meninggal. Dia meninggal disebabkan kanser yang dah merebak ke seluruh badan. Fungsi organ dalaman dah terjejas teruk. Dulu, saya pernah berjumpa dengan mama supaya mama melawat Safa. Tapi, tak sekali pun mama datang. Itulah waktu Safa betul-betul sedang nazak," jelas Adam lagi.
"Papa minta maaf, Adam. Papa yang larang mama jumpa Safa sebab papa tak boleh terima bila Safa masih wujud. Papa memang tahu mama pernah lahirkan Safa. Sebab itu, papa letakkan syarat supaya mama mesti lupakan Safa sampai bila-bila kalau nak kami hidup baik sekeluarga. Salah papa...," luah Tahir lalu mengesat tubir mata yang dari tadi hangat.
Dia menyalahkan Zunairah kerana tidak menjaga diri sebagai seorang wanita. Sedangkan dia sendiri, bapa yang tak berguna. Sanggup menghalang seorang ibu dari berjumpa dengan anaknya. Akibat dari itu, mereka masing-masing menanggung dosa besar.
"Benda dah jadi, saya tak nak fikir lagi. Saya juga bukan manusia sempurna. Kalau mama dan papa nak ziarah kubur arwah, saya boleh bawa," ujar Adam. Yusuf yang sedang duduk di ribanya mendongak memandang wajah Adam dengan riak keliru.
"Siapa tu, papa?" soal Yusuf.
"Ini nenek dengan atok Yusuf. Ibu's mom and dad," jawab Adam. Sudah sampai masanya Yusuf tahu kewujudan atok dan neneknya di sebelah ibu.
"Yusuf...lahir sebelum Safa meninggal?" soal Zunairah perlahan. Anggukan Adam menambahkan tangisannya.
"Safa tak nak gugurkan kandungan walaupun tahu dia dah sakit teruk dulu. Pengorbanan Safa terlalu besar. Kalau dia gugurkan kandungan dulu, mungkin saya hidup sendiri dan tak sempat merasakan perasaan jadi seorang ayah,"
"Ya Allah, Safa! Mama minta maaf. Kalaulah mama tahu Safa sakit, mama akan tolong cari rawatan untuk Safa...," rintih Zunairah. Tangan Yusuf dicapai lalu ditarik si kecil itu dalam pelukannya.
"Safa dah lama tahu dekat mana mama tinggal. Cumanya, dia tak pergi. Dia takut kalau mama dan yang lain tak akan terima dia," kata Adam. Dia juga punca Safa menjadi sedikit paranoid dengan pandangan orang sekeliling.
"Mama tak sangka Safa pernah kerja dekat syarikat kami. Tapi, mama halau dia dari situ sebab dia sakit dan selalu tak datang kerja. Dia merayu pada mama, tapi mama tak layan dia,"
Zunairah kesal. Andai saja lebih awal dia bertindak, mungkin anak yang pernah dibuang dulu berada dengan dia selama ini. Tapi, dia lebih mementingkan kehidupan yang senang, miliknya sekarang.
Saat Tahir mengugutnya, dia kalah. Suami juga harus dituruti. Dia buntu. Sekarang, dia tak akan mampu untuk berjumpa dengan zuriatnya lagi. Nak salahkan siapa pun, dia tak tahu.
YOU ARE READING
Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)
RomanceDalam hati Safa, hanya tertulis nama Adam. Adam yang sentiasa menyebelahinya di saat dia dicaci orang di sekeliling. Safa tak sedar diri. Itulah kata orang tentang dia. Dia cuma anak luar nikah yang dibela ibu dan ayah angkat. Setiap layanan Adam me...