SPECIAL CHAPTER 4

1K 15 6
                                    

Helaian yang bertulis di dalam diari itu sudah habis di baca. Sudah tentu, pembacaannya tergantung. Hazzar menghela nafas berat. Dia meletakkan diari itu di rak bukunya.

Kaki dibawa menghala ke bilik yang didiami Safa dulu. Semuanya dua selongkar sehingga barangan yang dia susun teliti selama ini akhirnya bersepah di merata-rata tempat.

Sehinggalah Adam membuka sebuah beg pakaian. Ada sebuah buku berkulit tebal warna coklat yang terletak elok di antara pakaian-pakaian dalam beg itu.

1 November 2024

Aku terlupa untuk membawa diari aku ke sini. Kerana itu, kita berjumpa lagi di dalam diari yang episodnya sudah sampai ke musim berapa, aku juga tidak sedar.

3 April 2025

Biarpun hidup ini sukar buatku, aku harus kuat untuk tempuh semuanya. Allah ada bersamaku sentiasa.

Keadaan aku semakin teruk sejak kebelakangan ini. Doktor kata, sel kanser sudah merebak ke organ-organ lain.Tulangku juga. Kerana itulah, kaki aku sentiasa sakit dan lebam kehitam-hitaman.

Hayat yang semakin tiba ke puncaknya ini akan aku lalui biarpun sukar. Sesungguhnya, aku tidak sanggup untuk meninggalkan semua yang aku yang sayang.

Baru saja dia menyelak diari itu ke halaman seterusnya, Adam nampak sehelai kertas terlipat yang diselitkan ke dalam diari itu. Surat itu dicapai lalu diari yang ditutup diletakkan ke atas tilam.

Assalamualaikum buat semua.

Masa yang Safa ada di dunia ini semakin suntuk. Memang menjadi lumrah dalam kehidupan, manusia hidup untuk mati. Manusia berjumpa untuk berpisah.

Pertama sekali, Safa minta sesiapa sahaja yang membaca surat ini, tolong sampaikan  permohonan maaf Safa kepada sesiapa saja yang mengenali Safa. Ampunkan dosa Safa dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, sepanjang kita pernah berkenalan.

Teruntuk ibu, ayah, kakak-kakak dan adikku, Safa berterima kasih kerana sudi menjaga Safa sehingga Safa besar. Safa tak mampu membalas jasa kalian dengan bayaran wang. Tapi, Safa doakan agar Allah merahmati dan melindungi semuanya.

Buat umi, walid dan Kak Auni, terima kasih kerana layan Safa dengan baik. Setiap layanan umi, walid dan Kak Auni tak pernah buat Safa rasa kekurangan. Malah, Safa rasa bersyukur kerana Allah mendatangkan seramai-ramainya orang yang baik dalam hidup Safa.

Buat Kak Laila dan Abang Riyadh, Abang Adam telah menceritakan semuanya. Safa marah mulanya. Tapi mengenangkan umur yang semakin sampai ke penghujungnya, Safa tak mahu menyimpan amarah dan dendam. Safa maafkan semuanya.

Teruntuk Hana dan anak ibu yang bakal lahir, ibu doakan agar kedua-duanya membesar dengan baik biarpun tanpa ibu. Ibu tahu, ibu gagal membesarkan anak-anak ibu. Satu yang ibu minta, jangan benci ibu. Ibu buntu sehingga bertindak menghantar kamu Hana dan adik ke rumah anak yatim. Kalaulah tuhan panjangkan umur ibu, ibu berharap Allah berikan ibu kudrat untuk membesarkan Hana dan adik dengan kedua-dua tangan ibu. Sayangnya, semuanya datang dari tuhan. Kun fayakun.

Teruntuk suamiku, Adam, Safa minta maaf sebab tak mampu jadi isteri terbaik untuk abang. Saat Safa keluar dari rumah abang, Safa nekad melepaskan abang kepada wanita yang abang cintakan. Safa sedar yang abang lama menderita kerana akad yang abang lafazkan buat Safa dulu.

Safa akan pergi sebagaimana janji Safa pada abang. Bagaimana caranya, Safa tak tahu. Mungkin dengan matinya Safa, hilanglah bala yang meruntuhkan kebahagiaan abang.

Satu yang Safa minta, halalkan semuanya. Dan, jangan minta Safa berhenti cintakan abang. Safa cintakan abang dari dulu lagi. Insya Allah, sehingga ke akhir nafas Safa juga hanya ada cinta buat abang seorang, biarpun abang tak cintakan Safa.

Terima kasih buat semuanya. Safa sayangkan semua orang.

Ya Allah...berguguran air mata Adam saat membaca surat yang ditinggalkan Safa. Dia memegang dadanya yang terasa sakit. Sakit kerana dosa yabg telah dia lakukan ke atas Safa selama ini.

"Argh!" dia menjerit demi melepaskan rasa yang terbuku.

"Abang minta maaf Safa. Abang banyak dosa dengan Safa...kenapa Safa masih cintakan abang lepas apa yang abang dah buat pada Safa? Abang tak layak, sayang!" rintih Adam.

Adam mula merasakan dirinya terlalu istimewa. Biarpun apa yang dia lakukan pada Safa, cinta isterinya itu tetap ada padanya. Sedangkan dia? Apa aje yang dia buat demi membahagiakan hati wanita itu?

Abang doakan supaya kita jumpa suatu hari nanti. Doakan abang ya, sayang.

End for special chapters

Special chapter ni sekadar untuk menjawab lompong-lompong yang saya tak masukkan dalam story asal. Bila terbaca balik apa yang saya tulis, saya rasa banyak persoalan yang tak terjawab. Dalam special chapter ni pun, tak adalah terjawab semua. Mungkin ada yang terlepas pandang. Tapi, terimalah. Terima kasih juga untuk views lebih 5k(saya terharu dan hargai sangat sob sob)

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now