"Aku terima nikahnya Safa Annur binti Abdullah dengan mas kahwin sebanyak RM300 tunai,"
"Sah?"
"Sah,"
Doa yang dibaca tok kadi diaminkan semua. Dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isteri kepada Abang Adam.
Melihatkan cara Abang Adam, aku yakin dia tak rela langsung bernikah dengan aku. Keadaan mendesak. Seisi keluarga kami risau kalau ada perkara yang lebih buruk terjadi di masa akan datang.
"Adam nak pergi mana tu?" tanya Mak Long terkejut.
Abang Adam bangun meninggalkan ruangan ini selepas selesai doa diaminkan. Sekarang tak dapat dinafikan lagi, dia memang tak boleh terima semua ni.
Abang Adam pentingkan diri. Dia tak sedar ke aku pun tersepit juga? Bukannya dia saja yang kena hadap masalah ini. Maruah aku yang dah hilang macam tu sahaja, dia tak fikir?
Oh, aku lupa. Beberapa hari lepas Abang Adam memanggil aku perempuan tak bermaruah. Kak Laila, ibu dan adik beradik yang lain juga. Anak-anak ibu yang lain tidak balik ke rumah ibu mereka kerana malu dengan apa yang terjadi padaku.
Aku tersepit dengan keadaan sekarang ini. Semua orang seolah-olah meletakkan kesalahan di bahu aku seperti aku yang merancang semua ni. Kononnya aku perangkap Abang Adam sampai kami terjerumus ke dalam maksiat.
Mujurlah keluarga Pak Long dan Mak Long tudak menyalahkanku 100%. Kata mereka, benda dah jadi, nak marah pun tak boleh buat apa.
Bilik pengantin yang suram aku pandang. Ini bilik Abang Adam. Tiada satu pun hiasan dalam bilik ini. Aku menghampiri cermin panjang di dinding.Selendang putih aku tanggalkan perlahan. Air mata pun turut mengalir. Kenapa sampai macam ni nasib aku kena hadap? Aku memang mahu merasakan cinta macam orang lain, tapi bukan dengan cara macam ni.
Akhirnya, Abang Adam tak akan terima aku dalam hidup dia lagi. Aku dah kehilangan seorang abang, ahli keluarga dan teman baik yang sentiasa bersama aku selama ni. Pintu bilik dikuak tiba-tiba mematikan fikiranku.
"Assalamualaikum sayang abang. Nak mandi dah ke?" tanya Abang Adam lembut.
Aku terkedu dengan tingkahnya yang lembut tiba-tiba. Bukankah siang tadi dia nampak marah sangat? Hati aku mula berasa tidak senang.
"Kenapa ni sayang? tak sudi jawab salam abang?"tanya dia lagi.
"Wa..waalaikumussalam,"jawab aku tergagap.
Abang Adam semakin menghampiriku dan apabila dia sudah tiba di belakang aku, dia mula mengusap rambutku lembut. Rambutku dibawa ke hidungnya lalu dihidu.
"Wangi rambut sayang..Abang suka,"
Aku semakin berasa tak senang dengan perlakuannya mula menjarakkan diri tetapi Abang Adam lebih cepat dari aku, terus dia memaut bahuku sehingga aku tak dapat melepaskan diri.
"Sayang tak suka abang sentuh sayang ke? Kita kan dah jadi suami isteri. Lagipun, malam ni kan...,"
Bicaranya yang tergantung sudah cukup membuat aku faham dengan apa yang dia cuba maksudkan. Tak, tak. Abang Adam lupa yang dia sedang marah pada aku. Ini bukan dia. Aku semakin kuat meronta-ronta dalam pelukannya.
"Hei, perempuan! Kau fikir apa hah? Kau ingat aku nak layan kau elok-elok malam ni? Kau dengar sini baik-baik, sampai kau mati pun kau takkan merasa layanan baik dari aku. Aku menyesal layan kau selama ni. Kalau kau ingat aku nak terima kau semata sebab kita dah kahwin, jangan harap. Kau akan merana dengan aku, Safa. Sebab kau, Laila tinggalkan aku. Kau punca semuanya, Safa!"
Rambutku direntap kasar dan aku mengaduh kesakitan. Lengannya aku pegang, merayu agar dilepaskan dengan tangisan yang semakin teresak-esak.
"Abang Adam, Safa tak buat semua tu, abang. Percayalah, Safa cuma tunggu abang dalam bilik pejabat abang. Safa tak buat benda lain," rayu aku pada dia. Semakin kuat rambutku ditarik.
"Aku takkan percaya kau, Safa. Kau sematkan dalam otak kau yang aku benci kau dan kau akan menderita sampai kau mati. Jangan aku yang bunuh kau nanti, Safa. Kau perempuan paling busuk dan buruk aku pernah jumpa. Kau anak luar nikah, kau perempuan hina!" jerkah Abang Adam dan menolakku jatuh ke lantai.
Dia ingin keluar dari bilik itu. Sebelum itu, dia sempat berpaling ke arah aku.
"Sayang, abang nak pesan dekat sayang sesuatu. Jangan berani duduk atau tidur atas katil abang ya. Abang tak izinkan. Abang jijik," katanya lagi sebelum ketawa sinis.
Dia menghempas pintu bilik itu. Ya Allah, adakah kehidupan sebenar aku baru bermula sekarang? Aku dah cukup menderita selama ni.
YOU ARE READING
Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)
RomanceDalam hati Safa, hanya tertulis nama Adam. Adam yang sentiasa menyebelahinya di saat dia dicaci orang di sekeliling. Safa tak sedar diri. Itulah kata orang tentang dia. Dia cuma anak luar nikah yang dibela ibu dan ayah angkat. Setiap layanan Adam me...