SPECIAL CHAPTER 1

788 12 0
                                    

Adam memasuki bilik yang dulu menempatkan Safa dan Hana berdua buat kesekian kali. Bilik ini menjadi saksi suka dan duka puteri-puterinya itu. Biarpun dia tidak pernah melihat apa yang terjadi di dalam bilik ini.

Tiada siapa yang dibenarkan masuk ke dalam bilik ini, melainkan dia dan Yusuf. Sudah enam tahun berlalu sejak Safa dan Hana pergi meninggalkan dia dan satu-satunya anak yang dia ada sehingga kini. Sejak dari itu, dia tidak pernah terlupa untuk mengemas bilik ini setiap hujung minggu.

Bilik ini membuatkan dia rasa dekat dengan Safa dan Hana. Malah, bau mereka berdua masih ada di dalam bilik ini.

Dan hari ini, dia akan mengemas bilik ini. Sementara mahu menunggu Yusuf pulang dari kelas melukis, Adam tidak mahu membuang masa.

Cadar yang sudah berkedut dia tarik sehingga tegang. Bulu ayam pula diambil untuk membersihkan habuk di meja solek dan rak mini di tepi katil.

Pintu almari baju dibuka. Masih terdapat beberapa baju yang pernah dia belikan buat Safa sebelum mereka berkahwin dulu. Sepasang baju kurung moden yang berwarna hijau lumut dan dihiasi lace yang sama warna dengan baju itu.

Pada waktu dia mahu membelikan baju ini, Safa berkeras menolak kerana malu. Adam sering membelikan pakaian buat Safa. Terutamanya jika dia melancong ataupun pada hari raya.

Pernah sekali dulu, beberapa hari sebelum hari raya. Adam melihat Safa memakai baju kurung yang dipakai semasa dua kali raya berturut-turut pada tahun berbeza. Bila ditanya, Safa memberi alasan baju yang dipakainya masih elok. Memang Safa tidak membesar dengan mendadak.

Tubuh Safa kurus dan sedikit pendek jika dibandingkan dengan adik beradik angkatnya yang lain.

T-shirt pasukan bola sepak Manchester yang pernah dia hadiahkan buat Safa dulu juga tergantung elok dalam almari itu. Dia menghadiahkan t-shirt ini kerana tahu yang Safa terlalu menggemari bola sepak dan pasukan Manchester.

T-shirt tadi dibawa ke hidung. Adam menghirup bau wangi pada baju itu sedalam-dalamnya hingga tidak menyedari yanh air matanya juga turut mengalir. Dia terlalu rindukan Safa. Enam tahun ini mengajar dia betapa sakitnya menanggung rindu pada orang yang sudah tiada.

Enam tahun ini juga mengajar dia erti cinta sebenarnya. Orang yang mencintai sanggup berbuat apa-apa sahaj demi orang yang dicintai. Begitu juga Safa. Safa sanggup mengorbankan perasaan sendiri demi melihat dia kembali bahagia dengan Laila yang tidak cintakan dia pun.

Kalau Laila benar-benar cinta, kenapa sanggup curang dengan dia?

"Safa, abang rindukan isteri abang... Kalaulah abang diberi peluang, abang sanggup gadaikan nyawa abang supaya Safa hidup bahagia dengan anak-anak kita," Adam merintih disebalik kain baju kurung tadi yang masih lagi ditekup ke wajahnya.

Adam membuka satu-satu pintu yang ada pada almari besar ini. Dia mahu melihat apa yang boleh bantu dia untuk mengubat rindunya pada Safa. Sehinggalah dia cuba menarik satu laci, tetapi tidak berjaya.

"Manalah Safa letak kunci laci ni?" keluhnya sendiri. Bertahun-tahun dia cuba membuka laci itu, tapi gagal. Adam kembali mencari kunci kepada laci tadi diseluruh sudut di bilik.

Kcing!

Segugus kunci jatuh ke atas lantai bila Adam menggoncang sebuah bag tangan berjenama yang pernah dia hadiahkan pada Safa dulu. Kenapa selama ini, dia tak pernah terfikir untuk melihat isi dalam beg ini?

Laci tadi terus dibuka. Saat laci itu ditarik, Adam melihat ada sebuah buku kulit keras yang tebal, satu-satunya isi yang ada dalam laci itu.

"Nampak macam diari," kata Adam sendiri. Buku itu dicapai lalu dibawa ke bilik tidurnya. Jam di dinding dilihat. Sudah jam 1 tengah hari. Dia perlu mengambil Yusuf pulang dari kelas melukis.

Hingga Akhir Nafasmu(COMPLETE)Where stories live. Discover now