"SHIT." Dia ternampak satu lorong dan lorong tersebut membawanya ke arah hutan yang tebal.
Perlahan-lahan dia berjalan sambil matanya tidak lepas memerhati keliling kawasan semak samun itu.
"You've gone overboard. Just give up. It's all over." Kedengaran seperti suara seseorang sedang bercakap.
"I won't give up. It's not over yet." Adli menyeringai. Sebelah lututnya berada di atas tanah. Sebelah tangannya memegang lengan yang berdarah akibat tembakan yang dilepaskan oleh Tengku Jahran. Lelaki itu tidak teragak-agak untuk melepaskan tembakan terhadapnya. Bajunya mula dipenuhi dengan darah pekat berwarna merah. Sakit tetapi ditahan.
"Tiara tak tahu siapa kau yang sebenarnya, kan?" Bibir Adli menyinis di dalam kesakitan. Riak wajah Tengku Jahran berubah sedikit apabila nama isterinya disebut.
"Apa dia akan rasa bila dia tahu siapa diri kau yang sebenarnya?" Soal Adli lagi cuba mencurah minyak di dalam api.
"Jangan libatkan isteri aku." Rahangnya diketap kuat.
Kedengaran suara Adli ketawa lepas. Tahu bahawa Tiara merupakan kelemahan utama Tengku Jahran.
"Dia akan pandang jijik dekat kau." Lagi Adli menambah.
Tengku Jahran diam. Tiara akan membencikan dirinya? Adakah Tiara akan menjauhkan diri selepas tahu siapa dirinya yang sebenar?
Adli memandang ke arah Tengku Jahran yang sedang leka itu. Perlahan-lahan dia bangun sambil memegang lengan yang berdarah. Dia menghampiri Tengku Jahran.
"Dia akan benci kau." Suaranya lagi. Pandangannya bertukar garang. Sebelah tangannya diangkat tinggi.
Bang!
Tembakan dilepaskan
"Arrghhhhhh!!!"
Tengku Jahran tersentak. Dia melihat Adli sudah menjerit kesakitan di atas tanah bersama kakinya yang sudah berdarah.
"Abang!" Tengku Jahran menoleh ke arah suara tersebut.
Tengku Dhafania mendekati abang kembarnya. Syed Riyaz turut mengekori langkah Tengku Dhafania.
Mujurlah mereka sempat tiba di kawasan ini. Melihatkan Adli yang hendak menyerang abangnya itu, terus dia melepaskan tembakan tanpa berfikir terlebih dulu.
"Fania."
"Are you okay?" Soal Tengku Dhafania. Tengku Jahran angguk. Dia tiada luka. Cuma bibirnya sedikit pecah akibat pergaduhannya bersama Adli awal tadi.
"Nasib baik kitorang cepat sampai." Ujar Tengku Dhafania lagi.
"Kau!" Mencerlung pandangan gadis itu terhadap Adli. Dia melihat Adli yang rebah di atas tanah itu.
"Ikutkan hati aku, nak saja aku tembak mati kau dekat sini." Tengku Dhafania melampiaskan rasa marahnya. Membara hatinya apabila memandang ke arah Adli. Bukannya dia tidak mengenali lelaki itu, malah lebih daripada kenal. Setiap kali dia ke Kafe Hayra, pasti dia akan bertembung dengan Adli. Ingin saja dia memukul diri sendiri apabila dia pernah berbual mesra dengan lelaki itu dahulu.
"Calm down." Syed Riyaz menenangkan adik sahabatnya itu. Dia tahu bagaimana sikap gadis itu apabila tengah marah.
"Biar aku uruskan dia ni. Kau bawa adik kau keluar dari sini." Syed Riyaz bersuara. Lebih krpada memberikan arahan.
Tengku Jahran memandang ke arah sahabatnya seakan meminta kepastian.
"Diorang semua selamat. Adik-adik kau yang lain pun ada sekali." Siapa lagi kalau bukan Tengku Dhamien dan Tengku Dhaisya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mysterious One: T.J. (ONGOING)
De Todo*Read at your own risk* Second Generation of The Tengku's ---------------------------------------------------------- "Stay by my side forever then I will be your shadow because the brightest flame casts the darker shadow." - T.J "When you start to w...
