Seorang lelaki bertubuh tegap sedang duduk bersilang kaki sambil menghirup kopi panasnya. Sesekali matanya meliar ke sekeliling kawasan. Cawan yang berada di tangan diletakkan kembali di atas meja. Pandangan matanya masih tajam sama seperti dulu.
Raja Firas. Lama dia tidak menjejakkan kaki ke Malaysia. Keadaan di sini tidak banyak yang berubah. Masih sama seperti sebelum dia meninggalkan Malaysia.
"Uncle." Raja Firas menoleh ke arah panggilan tersebut. Muncul wajah tampan Tengku Jahran yang sudah lama tidak bersua muka dengannya. Di sebelah anak muda itu, berdirinya seorang wanita yang tidak kurang cantiknya. Mereka berdua mengambil tempat duduk di hadapan Raja Firas. Lelaki itu sekadar memerhati tanpa suara.
"Uncle sihat?" Soal Tengku Jahran. Walaupun usia lelaki itu sudah separuh abad namun wajahnya tetap tampan sama seperti waktu mudanya.
"Macam yang Ran tengok sekarang. Macam ni sajalah. Macam mana dengan kehidupan Ran sekarang?" Raja Firas pulang ke tanah airnya disebabkan satu hal. Hal yang melibatkan keluarga Tengku Dhaiyan.
"Macam yang daddy beritahu uncle. Hectic life. Ni isteri Ran. Tiara Camellia." Tengku Jahran perkenalkan isterinya kepada Raja Firas. Tiara angguk sedikit bersama senyuman di bibir. Raja Firas membalas senyuman tersebut. Tengku Jahran tahu pasti Tengku Dhaiyan sudah memberitahu lelaki itu terlebih dahulu. Kalau tidak, masakan Raja Firas mahu menjejakkan kakinya di sini.
"Serahkan pada uncle. Uncle tahu apa nak dibuat."
Tiara memandang ke arah suaminya sebelum beg tangannya diseluk untuk mengambil sesuatu. Satu pendrive kecik dikeluarkan lalu diserahkan kepada Raja Firas.
Lelaki itu terus mencapai pendrive tersebut lalu menggenggamnya dengan erat. Timbul urat-urat ditangannya.
"No copy?" Renungan tajam dihala tepat ke arah Tiara. Tiara menggeleng perlahan. Untuk apa dia membuat salinan video tersebut?
"Hanya uncle yang boleh tolong kami sekarang ni. Ran tak nak disebabkan Ran, nyawa isteri Ran di dalam bahaya. Ran sayangkan Camellia." Tulus ucapan yang terbit di bibir Tengku Jahran. Siapa tak sayang bini, oi??
Raja Firas senyum senget. Orang dah ada bini katakan. Bini dia pulak lawo!
"For now, you need to back off. Let me settle this." Ujar Raja Firas. Tengku Jahran sudah tidak perlu ikut campur akan perkara ini. Dia boleh uruskan bersendirian.
"Tapi, uncle...."
"Uncle tak suka dengar alasan. Whatever it is, back off!" Tegas bunyinya. Temgku Jahran terdiam. Memang Raja Firas seorang yang sangat tegas sehinggakan dia sendiri rasa gerun dengan lelaki itu. Tiara hanya mendiamkan diri. Tidak mahu dia masuk campur urusan mereka berdua.
"Thanks, Uncle Fir..."
"Uncle belum jumpa dengan daddy?" Raja Firas geleng. Bak kata Tengku Dhaiyan, selagi tak ada sesiapa pun yang mati, dia tidak akan menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Hanya disebabkan Tengku Jahran saja yang membuatkan dia pulang semula ke sini.
"Uncle akan jumpa dengan semua orang selepas selesai semua ini." Tengku Jahran angguk faham.
"Hati-hati, Jahran." Pesanan terakhir ditinggalkan kepada anak muda tersebut. Mata tepat ke arah anak sahabat baiknya itu. Tengku Jahran angguk. Dia tahu maksud oandangan tersebut.
Mereka beransur pergi namun pandangan mata Raja Firas tidak berganjak sedikit pun daripada memerhatikan langkah mereka berdua. Lebih tepat lagi ke arah Tiara Camellia. Firasatnya tidak pernah salah. Ada sesuatu dengan wanita itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mysterious One: T.J. (ONGOING)
Sonstiges*Read at your own risk* Second Generation of The Tengku's ---------------------------------------------------------- "Stay by my side forever then I will be your shadow because the brightest flame casts the darker shadow." - T.J "When you start to w...
