Bab 43

738 31 5
                                        

Tengku Jahran merenung ke luar jendela. Langit biru menjadi tatapan pandangannya. Burung-burung yang berterbangan dihadapannya dipandang sepi.

"Abang." Suara halus memanggil Tengku Jahran yang sedang ralit memerhati ke arah luar.

"Abang tengok apa?" Tiara lantas memeluk tubuh sasa suaminya dari arah belakang. Tengku Jahran memegang erat lengan isterinya. Mengetatkan lagi pelukan tersebut.

"Cuaca cantik hari ni, kan?" Itu yang dibalas. Tengku Jahran menarik Tiara agar berada di hadapannya lalu tubuh kecil itu dipeluk dari arah belakang. Kini, pandangan mata mereka berdua terhala ke arah luar jendela.

Tiara tersenyum nipis. Jika suaminya sudah berkelakuan seperti ini, pasti ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran lelaki tersebut.

"Abang fikirkan pasal kejadian tu lagi ke?" Soal Tiara inginkan kepastian. Kedengaran Tengku Jahran menghela nafas berat. Benar tekaan isterinya.

"Perkara ni belum selesai lagi, sayang." Ujar Tengku Jahran. Nadanya berbaur kerisauan. Walaupun Adli sudah berada di dalam tahanannya, namun itu tidak menjaminkan keselamatan mereka semua. Melihatkan Adli yang nekad mahu membalas dendam, membuatkan Tengku Jahran menjadi lebih berjaga-jaga.

Tiara mengelus lembut lengan suaminya.

"Benda ni akan selesai juga. Camellia percayakan abang." Lembut saja suara itu memujuk.

"Camellia tak takut dengan abang ke?" Pertanyaan itu membuatkan Tiara mengerutkan dahinya. Untuk apa dia takut dengan suami sendiri? Lepas kejadian tempoh hari, dia merasakan seperti Tengku Jahran ingin mengelakkan diri daripadanya. Entah kenapa, Tiara tidak suka suaminya berkelakuan seperti itu.

Tiara memalingkan tubuhnya menghadap Tengku Jahran. Mata mereka bersabung. Saling bertatapan antara satu sama lain. Lama Tiara memandang anak mata lelaki itu seakan cuba mencari sesuatu. Tengku Jahran seorang yang pandai menyembunyikan perasaannya. Tetapi, pandangan mata seseorang itu tidak boleh menipu. Terpancar kerisauan di pandangan mata Tengku Jahran. Tapak tangan Tiara melekap lembut di pipi lelaki itu.

"Untuk apa Camellia takut? Abang adalah suami Camellia sendiri. Cuba bagi Camellia sebab kenapa Camellia perlu takut dengan abang." Lama mata mereka bersatu. Tengku Jahran kehilangan kata-kata apabila matanya bertembung dengan mata cantik milik Tiara.

"Abang tak seperti apa yang Camellia harapkan." Ujar Tengku Jahran perlahan. Tiara merenung lagi anak mata lelaki itu yang sudah berubah sayu.

Kali ini lengan Tengku Jahran pula dielus lembut. Bagaikan cuba menyalurkan semangat buat lelaki tersebut.

"You have done more than enough. Abang selamatkan keluarga Camellia, abang sanggup pertaruhkan nyawa abang untuk keluarga Camellia. Apa lagi yang Camellia nak harapkan? Hanya disebabkan masa lalu abang, abang ingat Camellia akan buang abang macam tu saja ke?"

Tiara menggeleng.

"Tak, abang. Camellia terima abang seadanya. Dan Camellia harap abang pun sama." Tengku Jahran menyimpul senyuman mendengar bait kata yang terbit daripada mulut kecil isterinya. Kepala Tiara diusap lembut.

"Terima kasih, sayang abang." Romantik bunyinya sehingga membuatkan pipi Tiara berona merah.

"Walau apa pun yang terjadi, Camellia tetap ada dengan abang."

"Abang pun akan tetap jaga Camellia macam nyawa abang sendiri. Abang akan protect Camellia dan keluarga kita." Itu janji Tengku Jahran dari dulu sehinggalah sekarang. Tidak pernah berubah.

******

"Apa yang Ran nak buat sekarang? Walaupun Adli ada dengan Ran sekarang ni, takkan menjaminkan apa-apa. Dekat luar tu, kita tak tahu siapa lagi yang bersubahat dengan dia."

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang