00

852 37 30
                                    

votement allowedty ! _____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

votement allowed
ty !
_____

Youngmi's

"Lee Youngmi, kau nak pergi mana!"

Aku mengetap bibir lalu pusing ke belakang. Otak masih berfikir bagaimana hendak larikan diri walaupun aku tahu iainya bakal gagal.

"Sa- saya nak pergi tandas" balasku sambil menayang senyuman janggal

"Kau jangan nak larikan diri. Dah buat salah lepas tu tak tahu malu" kata lelaki itu sambil mendekati aku

"Yeonjun janganlah marah. Saya janji saya akan bagitahu kawan awak hal sebenar" aku ingin genggam tangan Yeonjun namun ditepis kasar

"Tak payah janji kalau tak pandai tepati"

Aku mengetap bibir. Buntu.

Mata aku meliar mencari seseorang yang dapat selamatkan aku daripada Yeonjun.

"Korang jangan halang laluan boleh tak? Pergi bergaduh tempat lain" celah satu suara dari arah belakang

Aku pusing melihat suara tuan empunya badan. Tak sangka tuhan kirimkan penyelamat untuk aku ketika ini walaupun aku sudah banyak lakukan dosa.

Aku akan gunakan dia sebaik mungkin. Kerana dia saja yang dapat selamatkan aku ketika ini.

"Sayang. Awak nak pergi mana?" tangannya aku genggam erat sambil mencebik bibir

"Kau dah kenapa. Gila?" soalnya lelaki itu sambil jegil matanya

"Tolong saya. Nanti saya belanja awak makan" bisikku di telinganya

"Tak na-"

Belum sempat dia membalas aku mencelah suaranya.

"Yeonjun saya harap awak faham dengan situasi sekarang ni. Saya mintak maaf atas apa yang saya lakukan dan saya mintak maaf sebab dah malukan awak. Saya harap awak jumpa perempuan yang lebih baik daripada saya" kataku kepada Yeonjun

Yeonjun memandang aku sinis. Matanya beralih ke arah tangan aku memeluk lengan lelaki di sebelah aku kini.

"Aku harap boyfriend baru kau ni tak kena tipu macam aku. Goodbye dear, semoga kau jadi anak dara tua sampai mati" balas Yeonjun sebelum berlalu pergi

Aku melepaskan tangan Sunghoon selepas Yeonjun berlalu pergi.

Ya, lelaki bidan terjun yang aku minta tolong tadi ialah Park Sunghoon. Salah seorang lelaki paling popular di sekolah ini, tapi aku tak pernah tertarik kerana dia bukan taste aku.

"Dah habis kan? Boleh aku pergi?" soalnya sambil merenung aku tajam

Aku angguk kepala sambil menayang sengihan. Tipulah kalau aku tidak takut. Matanya tajam kalah pisau.

"Terima kasih. Awak boleh pergi, kalau perlukan balasan boleh mintak dekat abang saya" balasku lalu berlari pergi

Aku tak nak terbabit dalam hidup Sunghoon. Tapi aku yang tarik dia masuk dalam hidup aku.

Siapa saja tidak kenal Park Sunghoon, seorang lelaki yang pendiam dan ego. Tiada siapa berani dekat dengannya kecuali abang aku dan Jake.

Kaki aku masih barlari menuju ke kelas sambil memikirkan kejadian tadi sehingga aku tidak sedar bahawa kepala aku terlanggar tubuh seseorang.

Auch!

Keras macam batu!

"Awak okay?" soalnya sambil memandang aku dengan penuh risau

"JAKE!" jeritku sambil menutup mulut

Tak sangka kepala aku terlanggar dada suci murni Jake.

Crush aku.

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now