_____
Youngmi's
Seperti biasa Jake dan Sunghoon suka melepak dekat rumah aku lepas habis sekolah.
Hari ini Heeseung tiada kerana dia ada kelas petang. Eomma Appa? Jangan tanyalah mereka memang tak ada dekat rumah kerana kerja di luar negara.
"Korang dua dah mandi ke belum?" soalku sambil duduk bersila di ruang tamu
"Aku sebelum datang sini dah mandi. Lainlah Jake rumah dekat pun tak reti mandi" perli Sunghoon lalu duduk bersila sebelah aku
Jake mengambil bantal lalu baling tepat mengenai kepala Sunghoon.
"Sakitlah!" jerit Sunghoon sambil gosok kepalanya
"Kau tak payah nak tipu aku. Kau sakit pun tak tahu rasa macam mana" balas Jake kasar
"Lagipun aku dan mandilah. Tak nampak ke aku pakai baju apa"
Mata aku terus merenung baju Jake. Dia memakai tshirt bewarna hitam dan sudah semestinya bukan tshirt sekolah. Sunghoon sengaja buat fitnah.
"Tak baiklah tuduh orang" tangan aku mencubit lengan sunghoon
Dia tak kesah kalau aku tampar dia sekalipun. Bukannya sakit.
"Korang tak lapar ke?" soal Jake lalu duduk sebelah aku
Sekarang aku berada di tengah, antara Sunghoon dan Jake.
"Lapar tapi saya nak korang belanja" kataku tanpa malu
"Aku oder pizza. Okay tak?" soal Sunghoon kemudian dia baring. Kepalanya berada atas paha aku.
Mata Jake membulat melihat Sunghoon.
"Tak adil. Aku pun nak tidur jugak"
Sekarang Jake pula baringkan kepalanya atas paha aku di sebelah kiri.
Tujuan aku bersila untuk dijadikan bantal ke?
"Kau dah oder ke belum?" soal Jake
"Belum. Kau perisa apa?"
"Aku tak kesah. Kau tanyalah Youngmi nak apa"
"Pepperoni pizza okay tak?" soal mereka berdua serentak sambil memandang aku
Aku tunduk kepala memandang mereka berdua. Jantung aku berdegup kencang. Rasa macam lari satu pusingan padang tanpa henti.
"Saya okay! Okay sangat!" balasku drastik lalu terus berdiri
Kepala Jake dan Sunghoon secara automatik terhantuk atas lantai. Muka Jake sudah berkerut seribu menahan sakit manakala Sunghoo seperti tiada apa yang berlaku.
"Bagilah signal dulu sebelum bangun. Nasib tak benjol kepala saya" kata Jake sambil mengusap kepalanya
"Sorry.. saya tak sengaja" aku melarikan pandangan daripada mereka berdua. Malu!
"Aku ada buat salah ke. Kenapa muka kau merah?"
Tangan Sunghoon ingin memegang wajah aku namun aku cepat menjauhinya.
"Jangan sentuh! Saya nak pergi tandas kejap" aku berlari menuju ke tandas
Pintu tandas dikunci lalu aku menatap wajahku di cermin.
Muka aku masih merah.
Bodoh Jake!
Bodoh Sunghoon!
Dua dua bodoh!
"Ingat Youngmi. Korang kawan, tak lebih tak kurang" kata aku sendirian lalu menatap cermin
Sudah dua tahun simpan perasaan terhadap Jake, sepatutnya aku gembira kerana kami semakin rapat.
Tapi kenapa aku berdoa, hubungan aku dan Jake sekadar kawan.
Mungkin wujudnya Sunghoon.
Dia buat perasaan aku keliru.
Sebab itulah aku berharap, antara kami bertiga hanyalah kawan.
Aku tak nak disakiti dan aku tak nak Sunghoon dan Jake sakit disebabkan aku.
YOU ARE READING
strawberry kisses ; sweet dreams
Fanfiction[completed] [ STRAWBERRY KISSES ] [SEASON : ONE] Sour like a strawberry and sweet like a kiss. Itulah kehidupan. Tiada perkara yang sentiasa manis. Di luar saja nampak manis tetapi di dalam siapa tahu. Ini kisah antara aku dan mereka. Lee Youngmi...