06

157 15 3
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

Three years later

Nara's

"Morning Puan" sapa Yaewon semasa aku masuk ke dapur

"Unnie dah berapa kali saya pesan jangan panggil saya puan"

"Kalau boss dengar habislah saya kena bebel. Sebelum saya kena bebel lebih baik saya panggil Nara as Puan" balas Yaewon sambil menghidangkan makanan di atas meja

"Alah depan Sunghoon tu panggil lah saya Puan, sekarang ni dia takde jadi tak perlu panggil saya macan tu. Lagipun saya belum kahwin dengan dia, anggap saja saya sama macam dulu, maid dalam rumah ni" balasku sambil menyusun pinggan di atas meja

"Mana boleh macam tu.. Awak tu bakal isteri dia. Level kita dah tak setaras"

Aku cekak pinggang sambil memandang Yaewon. Geram betul dengan dia ni. Ada saja alasan.

"Saya tak sukalah unnie cakap macam tu. Saya sama je macam orang lain, tetap manusia biasa. Lainlah kalau saya bernafas guna insang, unnie pulak guna hidung"

Yaewon lepaskan tawa apabila wajah
aku semakin merah menahan geram.

"Janganlah marah Puan Kwon. Jom kita makan ye" pujuk Yaewon sambil menarik tangan aku supaya duduk di kerusi

"Tak naklah makan. Saya merajuk dengan unnie" kataku sambil mencebik bibir

"Bibir tu dah kenapa muncung macam itik? Nak mintak kena cium ke?"

Aku menoleh ke tepi melihat Sunghoon. Dia menayang senyuman nakal sambil memandang aku.

"Tak inginlah saya. Awak pergilah cium buntot kuali tu" kataku sambil menunjuk ke arah kuali yang tergantung di dinding

"Tuan jemputlah makan. Saya pergi dulu" celah Yaewon sambil lepaskan tawa melihat gelagat aku.

Sunghoon angguk kepalanya kemudian duduk sebelah aku. Makanan dalam pinggan aku di ambil olehnya.

"Yahhh duduklah depan saya. Kan ada pinggan kosong tu. Kenapa nak ambil saya punya"

"Ishh banyak bunyilah kau ni. Kau kalau lapar, ambil aku punya makanan yang tak tersentuh tu" balas Sunghoon sambil menguyah nasi goreng yang masih berbaki separuh dalam pinggan aku

"Tak naklah.. Nanti-"

"Selamat Pagi Tuan"

Aku panggung kepala melihat tuan empunya suara. Seperti yang aku sangka iaitu Yaera.

"Morning" balas Sunghoon tanpa kerling ke arahnya

"Tuan, hari ni saya nak masak makanan kegemaran tuan-"

"Kau boleh diam tak? Kau tak nampak ke aku tengah sarapan dengan Nara?" celah Sunghoon lalu menghentak sudu di atas meja

Yaewon menelan air liur kesat. Dia tunduk berkali kali sambil meminta maaf.

"Maaf Tuan. Maaf. Saya janji tak akan ulangi kesilapan yang sama" katanya sebelum keluar dari ruang makan

"Hoon, janganlah marahkan dia" ujar aku sambil mengusap belakang Sunghoon supaya kemarahan dia semakin reda

"Aku dah lama perhatikan minah tu.. Kalau dia buat aku hilang sabar, memang aku pecat dia"

"Janganlah buat macam tu. Dia kerja sini sebab nak cari rezeki. Kalau awak pecat dia, belum tentu dia dapat kerja dekat tempat lain"

"Nara janganlah jadi baik sangat. Kalau dia ada niat buruk dekat kau macam mana?" soal Sunghoon risau

Aku mengetap bibir sambil memandang wajah risau Sunghoon. Lelaki ini memang sempurna dalam menjaga aku. Bermula daripada pertemuan di tasik, lalu dibawa ke rumahnya sebagai pembantu rumah, kemudian menjadi tempat untuk aku bergantung. Dan akhir sekali, paling tidak aku sangka menjadi tunangnya.

Aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran Sunghoon sehingga dia ingin jadikan aku sebagai tunangnya. Aku terima Sunghoon dalam hidup aku, kerana aku sudah terlanjur sayangkan dia. Malah, aku cintakan dia walaupun aku sendiri tahu Sunghoon tidak mampu balas perasaan aku.

Aku tahu, hati Sunghoon milik Youngmi. Walaupun aku cuba yang terbaik sekalipun, lelaki itu sentiasa letak Youngmi sebagai nombor satu dalam hatinya.

"Termenung pulak" celah Sunghoon lalu mencubit pipi aku

"Sakitlahhh"

"Kau fikirkan apa?"

"Saya tengah fikir anak kita nanti comel tak" balas aku sambil menayang sengihan. Saja nak usik Sunghoon, sebab mamat ni cepat malu.

"Uhuk uhuk... Yahhh, jauh betul kau fikir" balasnya sambil menepuk dada

"Saya fikir je. Tak salah kan"

"Kau nak ke ada anak dengan aku?"

Tangan aku menarik wajah Sunghoon supaya menghadap tepi. Kemudian aku angguk kepala dengan laju.

"Mestilah nak.. Awak hansem, saya cantik. Kalau bergabung mesti padu"

Pak

Sunghoon jentik dahi aku lembut.

"Kau ni memang tak tahu malu. Patutlah tiga tahun lepas kau ikut je aku balik ke rumah. Mesti sebab aku hansem kan"

"Eleh awak pun sama.. Berani tolong saya sedangkan awak tak kenal siapa saya.. Kalau saya pembunuh bersiri macam mana?"

Sunghoon lepaskan tawa kemudian memandang aku sinis.

"Sayang, kau tu pegang pisau nak potong bawang pun terkial kial. Inikan pula nak bunuh orang"

"Yahhh janganlah hina saya!"

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now