_____
Youngmi's
Aku mendiamkan diri sambil membuang pandangan ke luar tingkap. Masih segar dalam ingatan kejadian tiga hari yang lalu.
Heeseung sudah ceritakan semuanya pada aku. Aku maafkan dia kerana rahsiakan bahawa Nara kembar aku kerana dia buat semua itu demi mahukan kepastian.
Sebelum kedua orang tuaku meninggal dunia mereka sampaikan pesanan kepada Heeseung untuk mencari Nara. Tipulah kalau Heeseung tidak terkejut, dia sangkakan adiknya sorang itu meninggal dunia sejak bayi lagi. Rupanya Nara diculik oleh Puan Kwon. Puan Kwon sengaja culik Nara kerana dendamnya terhadap keluarga aku. Kerana keluarga aku, syarikat mereka musnah. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk menculik Nara.
Kedua orang tuaku membuat keputusan untuk menetap di Jepun untuk mencari Nara. Tanpa mereka sedar bahawa Nara sebenarnya berada di Korea. Puan Kwon sengaja palsukan keberadaan dia di mana supaya eomma dan appa tidak dapat temui Nara hingga akhir hayat mereka.
"Patutlah aku sayangkan kau walaupun baru pertama kali jumpa" keluhku sendirian
"Youngmi"
Aku pusing kepala beralih memandang Jake. Senyuman halus terpancar di wajahnya.
"Hi love"kataku sambil mendepa tangan
Jake jalan mendekati katil lalu memeluk tubuh aku erat. Dahi aku dikucukup sekilas.
"How's your life?"
"Awak rasa?" soalku sambil memeluk lehernya
"Saya rasa okay. Baby macam mana, okay tak?"
"Baby lapar"
Aku bersyukur. Anak aku baik-baik saja, cuma aku perlu berehat buat beberapa hari agar tidak stress lagi.
Jake tidak marahkan aku kerana rahsiakan kandungan tetapi dia marahkan aku kerana jumpa Yeonjun tanpa kebenaran. Dua hari jugaklah dia bebel benda yang sama.
"Cakaplah mummy baby yang lapar.. Tak payah guna alasan"
"Ishhh nak majok ah" aku tampar bahu Jake kasar
"Auchh sakitlah!"
"Gedik gedik" balasku sambil menahan tawa. Jake ni tak tahan sakit. Cubit sikit pun boleh berair mata dia.
Tuk tuk!
"Masuklah!" jeritku lalu menolak tubuh Jake supaya menjauhi aku
"Hi Youngmi. Awak sihat tak?"
Bibir aku mekar apabila melihat wajahnya. Jay bawa Nara datang melawat aku.
Aku tak tahulah Nara bagi alasan apa dekat Puan Kwon untuk keluar dari rumah kerana setahu aku ibunya garang. Walaupun aku bencikan Puan Kwon tapi aku tidak mampu ungkap semua itu hadapan Nara, kerana baik buruk Puan Kwon mestilah Nara sayangkan dia kerana wanita itu telah menjadi ibu Nara sejak bayi. Lagipun Nara tidak tahu hal sebenar, dan aku rasa lebih baik aku rahsiakan dulu bahawa dia kembar aku.
"Mi sihat je.. Meh laa duduk sini, kita sembang" balasku lalu menepuk ruang kosong di sebelah aku
"Jake.. Awak boleh keluar tak? Saya nak sembang dengan wife awak. Jangan risau saya takkan culik dia" ujar Nara sambil memandang Jake
"Ahhh boleh boleh"
Lelaki itu garu kepalanya yang tidak gatal lalu berjalan keluar dari bilik sambil menarik tangan Jay.
_____
"Macam mana kau bawak Nara datang sini?" soal Jake sebaik sahaja tiba di ruang tamu bersama Jay
"Naik kereta lah" balas Jay selamba
"Ishhh maksud aku.. Mak dia tak marah ke? Ouh lagi satu, Sunghoon tahu ke kau bawak tunang dia keluar?"
"Satu, mak dia tak ada dekat rumah so Nara yang nak ambil kesempatan keluar. Dua, tolong ingat sikit eh Nara bekas tunang Sunghoon. Tiga, aku rasa Sunghoon okay je aku bawak Nara datang sini sebab dia busy"
Jake lepaskan keluhan.
"Patutlah aku tak rapat dengan kau masa sekolah dulu. Sombong"
"Eh kau fikir aku nak rapat dengan kau?"
"Eyyy kau ni.. Memang cari pa-"
"Kau diam jap. Aku nak angkat call" celah Jay lalu menjawab panggilan
Jake memandang Jay dengan penuh tanda tanya kerana muka laki itu berkerut seribu semasa menjawab panggilan.
"Weh kenapa?" soal Jake hairan
"Aku kena pergi dulu. Kau tolong hantar Nara balik rumah"
Belum sempat Jay pergi tangan lelaki itu di tahan.
"Kau pergi sebab Sunghoon ke?"
Jay ketap bibirnya.
"Sunghoon accident. Aku tahu dia tak sakit, tapi aku perlu bawak dia pergi hospital segera sebelum darah dia habis. Aku tak boleh biarkan Sunghoon mati. Dia sorang je yang aku ada dalam dunia ni"
"Aku ikut kau"
Jay geleng kepalanya laju.
"Kau tak boleh ikut aku. Kau kena hantar Nara balik, cakap dekat Nara aku ada emergency call dari pejabat. Pastikan Nara dan Youngmi tak tahu tentang Sunghoon, ni rahsia kita dua"
Belum sempat Jake membalas, Jay sudah berlari keluar dari rumah.
"Park Sunghoon, kau ni suka buat masalah" keluh Jake.
Apa yang mampu Jake lalukan hanyalah satu iaitu berdoa. Berdoa agar Sunghoon selamat.
_____
Sad ending
Open Ending
Happy Ending
Okay pilih pilih.. kalau saya baik hati, saya buat ending ikut suggestion korang
YOU ARE READING
strawberry kisses ; sweet dreams
Fanfic[completed] [ STRAWBERRY KISSES ] [SEASON : ONE] Sour like a strawberry and sweet like a kiss. You make me learn about life, but I give you trauma. - Lee Youngmi, start : august 2023 end : september 2023 • [ SWEET DREAMS ] [SEASON TWO] I didn't...