04

160 18 16
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

Nara's

Sudah sebulan aku menjadi maid di rumah Sunghoon. Semuanya berjalan dengan lancar.

Walaupun Yaera selalu ganggu hidup aku namun aku tidak kisah kerana Yaewon unnie dan Youngjae oppa selalu tolong aku. Mereka berdualah rakan sekerja yang selalu tolong aku ketika susah. Nak harapan Yaera, aku dah lama senarai hitamkan nama dia.

Sekarang sudah jam 2 pagi namun Sunghoon masih belum pulang. Tipulah kalau aku tidak tertunggu tunggu. Sudah jadi rutin dalam hidup aku untuk tunggu kepulangan Sunghoon.

"Pergi manalah budak Sunghoon ni"

Entah kenapa perasaan risau menyerbu diri. Selama sebulan tinggal bersama Sunghoon, lelaki itu tidak pernah pulang lewat ke rumah.

"Tak salahkan kalau aku call Jay tanya tentang Sunghoon" kataku sendirian sambil bermain dengan telefon

"Ishh call je lah"

Nombor Jay aku cari namun belum sempat aku tekan butang panggilan, lelaki itu telefon aku terlebih dahulu.

"Hello Jay"

"Sunghoon dah balik ke belum?"

"Belum. Kenapa Jay?"

"Sebelum Sunghoon buat kerja gila aku nak pesan dekat kau awal awal. 25 Oktober merupakan peristiwa buruk dalam hidup Sunghoon. Jadi aku mintak maaf bagi pihak dia kalau dia buat perkara di luar kawalan.

But please be nice to him, dia dah lama sakit. Tolong berlembut dengan adik aku. Kalau dia buat benda bodoh dekat kau sekalipun, tolong tolak dia dengan cara baik"

Dahi aku berkerut. Terlalu banyak tanda tanya bermain dalam fikiran tetapi aku tidak sempat bertanya apabila telefon aku dirampas oleh seseorang. Atau lebih tepat lagi Sunghoon.

"Jongseong jangan ganggu aku malam ni. Bye"

Mata aku terkebil kebil memandang Sunghoon. Suka hati dia nak letak panggilan. Nasiblab aku sempat terima pesanan daripada Jay.

"Sunghoon awak okay tak ni?"

"Kau nampak aku okay ke?" soal Sunghoon lalu labuh punggung di sebelah aku

Aku dan dia masing masing mendiamkan diri. Sofa empuk ini tiba-tiba terasa keras. Cuaca yang panas menjadi sejuk.

"Aku rindukan Youngmi" katanya sambil memandang tepat ke arah aku

Aku larikan pandangan. Perasaan gementar mula menyerbu diri. Hari ini merupakan kali kedua Sunghoon menyebut nama Youngmi di hadapan aku.

Aku tidak kenal siapa itu Youngmi tetapi aku pasti. Dia orang penting dalam hidup Sunghoon.

"Kalau awak rindukan dia. Kenapa awak tak jumpa dia?"

"Sebab aku dah jadi debu dalam hidup Youngmi"

Aku mengetap bibir lalu mengusap tapak tangan Sunghoon. Aku perlukan keberanian. Aku perlu tahu siapa itu Youngmi.

"Cuba awak cerita dekat saya. Siapa Youngmi yang awak maksudkan?"

"Kau tak perlu tahu.. Kau orang baru dalam hidup aku" balasnya lalu menepis tangan aku

Memang betul apa yang Sunghoon katakan. Aku hanyalah orang baru dalam hidupnya. Dia tolong aku kerana kesiankan aku. Jadi aku tidak ada hak untuk tahu tentang kehidupannya.

Tapi, kenapa. Hati aku nak sangat tahu tentang masa lalu Sunghoon.

"Saya tahu saya orang baru dalam hidup awak, tapi tolonglah. Bagi saya peluang untuk jadi tempat luahan awak"

Sunghoon menoleh kepalanya memandang aku. Matanya bergetar menahan seribu satu keperitan.

"25 Oktober...

Aku sepatutnya mati masa tu. Tapi aku tak faham kenapa aku masih hidup.. Aku sepatutnya mati"

"Nara, aku sepatutnya mati.. Kalau aku mati, hati aku tidak sesakit ini"

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now