_____
"Awak nak bawak saya pergi mana ni?" soal Nara lalu kerling ke arah Sunghoon. Lelaki itu fokus memandu kereta.
"Beli dress untuk kau"
"Dress? Ada majlis besar ke?"
"Malam ni majlis perlantikan Jay sebagai Ceo. Jadi aku nak bawak kau pergi sana"
Nara angguk kepala tanpa sebarang bunyi. Ke mana Sunghoon pergi, dia ikut saja.
"Dah sampai" ujar Sunghoon sebaik sahaja sampai di hadapan sebuah butik mewah.
Nara melangkah keluar dari kereta sambil menunggu Sunghoon.
Sudah lima minit Nara menunggu Sunghoon dari luar namun lelaki itu masih berada di dalam kereta sambil membuat panggilan. Sekali pandang, wajah lelaki itu berubah ubah. Sekejap masam, sekejap okay.
"Sunghoon lama lagi ke?" soal Nara melalui tingkap kereta yang terbuka separuh
"Kau pergilah masuk dulu. Aku ada hal sikit.. Pilih je dress mana yang kau suka, nanti aku bayarkan"
Nara lepaskan keluhan halus lalu bawa kakinya masuk ke dalam butik. Pada mulanya Nara harapkan Sunghoon yang pilih dress untuk dirinya malam ini. Tetapi semua itu hanyalah angan angan.
Mata Nara meliar mencari dress yang bersesuaian. Baru saja tangannya ingin mencapai dress bewarna biru lembut itu ada satu tangan capai terlebih dahulu.
"Maaflah, saya dah ambil dulu-
Mi? Awak buat apa dekat sini?" soal lelaki itu hairan sehingga berkerut dahinya
"Awak cakap dengan saya ke?" soalku kembali
Lelaki hadapan Nara kini lepaskan tawa halus. Rambutnya yang menutup dahi diselak ke belakang.
"Yaa, saya cakap dengan awak. Tapi maaf, saya baru sedar saya salah orang"
Nara angguk kepalanya sambil menayang senyuman nipis. Adakah Nara baru saja digelar sebagai muka orang awam?
"Ouh tak apa.. Hmmm awak nak beli dress tu ke?" soal Nara sambil kerling ke arah dress yang berada dalam genggaman lelaki itu
"Ya, saya nak belikan untuk isteri saya. Tak sangka pulak awak pun suka dress ni.. Tak apa ke kalau saya ambil dress ni?"
"Eh tak apa. Awak ambil je. Saya boleh cari yang lain"
"Betul ni" lelaki itu memandang Nara bagi meminta kepastian. Risau jika Nara tidak puas hati kerana dress biru itu telah di ambil.
"Yaa betul. Lagipun saya nak tanya pendapat tunang saya untuk tema majlis yang dia nak bawak saya malam ni"
"Ouhh i see. Entah entah kita pergi majlis yang sama malam ni" kata lelaki itu sambil angkat keningnya ke atas
"Hmmm maybe"
"Kalau macam tu awak cubalah cari saya malam ni. Manalah tahu kita datang majlis yang sama. Bolehlah awak berkawan dengan isteri saya"
Nara angguk kepalanya. Tiada masalah bagi Nara untuk berjumpa dengan orang baru. Lagipun dia ingin mencari kawan. Dah penat kawan dengan Sunghoon, Jay dan rakan kepada dua orang lelaki itu. Iaitu Sunoo, Jungwon dan Riki.
"Saya balik dulu ye, by the way nama saya Jake. Sim Jake.. Jangan lupa cari saya malam ni" balas lelaki bernama Jake itu sebelum pergi ke kaunter bayaran
"Sim Jake.. Bukan ke tu nama kawan Sunghoon" kata Nara sendirian sambil memandang susuk tubuh Jake yang semakin menghilang
"Dah cari baju ke belum?" celah Sunghoon sambil memeluk bahu Nara
"Awak dah lama ke dekat sini?"
"Taklah. Aku baru je masuk. Kenapa muka kau cuak sangat?" soal Sunghoon kemudian mengelap dahi Nara yang agak berpeluh
Nara geleng kepalanya lalu menayang senyuman nipis. Lebih baik apa yang terjadi tadi hanyalah rahsia. Nara tidak mahu Sunghoon teringatkan Jake. Bukan Nara tidak suka tetapi dia tidak mahu lelaki itu terperangkap dalam masa lalu.
"Saya cuma risau. Ingatkan perompak yang tegur saya tadi"
"Ishh merepeklah kau ni. Jom aku pilih dress untuk kau. Nak harapkan kau yang pilih, sampai esok tak dapat" kata Sunghoon kemudian menarik tubuh Nara mengikutinya untuk mencari dress
Nara lepaskan keluhan. Sekurang kurangnya Sunghoon tidak nampak Jake. Dan apa yang Nara harapkan menjadi juga. Lelaki itu pilih dress untuknya.
YOU ARE READING
strawberry kisses ; sweet dreams
Fanfiction[completed] [ STRAWBERRY KISSES ] [SEASON : ONE] Sour like a strawberry and sweet like a kiss. You make me learn about life, but I give you trauma. - Lee Youngmi, start : august 2023 end : september 2023 • [ SWEET DREAMS ] [SEASON TWO] I didn't...