10

264 29 22
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

Youngmi's

"Youngmi tunggu!"

"Awak nak apa lagi?" Aku melepaskan keluhan.

Yeonjun ni memang tak faham bahasa ke. Nak aku guna bahasa isyarat supaya dia faham.

"Betul ke Sunghoon fake boyfriend kau?"

"Siapa yang sebarkan Sunghoon fake boyfriend saya? Kami elok je bercinta. Awak cemburu cakap je lah"

Yeonjun ketawakan aku. Ketawa yang dibuat buat.

"Macamlah aku tak tahu kau suruh Sunghoon menyamar jadi boyfriend kau. Bukan ke hari ni korang rasmi putus?" soal Yeonjun sinis sambil mendekati aku

Air liur ditelan kesat. Aku tak tahu daripada mana Yeonjun dapat tahu hubungan aku dan Sunghoon sekadar lakonan.

"Saya tak akan putus dengan Sunghoon. Awak jangan buat cerita palsu"

Yeonjun mendekati aku sehingga aku tersandar di dinding. Matanya jatuh ke arah bibir aku.

Bodoh! Kenapalah aku masuk blok yang tak ada orang tanpa bawa kawan. Sekarang aku dah terperangkap dengan mamat gila ni.

"Sayang, aku tak buat cerita palsu. Aku tahu semuanya tentang kau" kata Yeonjun sinis lalu menahan aku di dinding. Tangannya menyekat aku sehingga aku tidak dapat bergerak.

"Lepaskan aku!" jeritku sambil menahan air mata. Aku tak nak menangis disebabkan lelaki tak guna.

"Aku nak kau jauhi Sunghoon and your beloved crush Jake Sim"

"Kau siapa nak halang hidup aku!"

Pang!

Tamparan Yeonjun hampir buat aku pengsan. Mujur aku masih bertahan.

"Kau jangan nak melawan cakap aku!" jerkah Yeonjun

"Bangsat kau siapa nak jerkah dekat perempuan aku!"

Kepala aku menoleh ke arah Sunghoon.

Dadanya berombak menahan marah. Tanpa belas kesihan terus kepala Yeonjun dihentak ke dinding.

Yeonjun terus jatuh ke bawah sambil memegang kepalanya yang sudah berdarah. Matanya semakin layu.

"Jangan sentuh Youngmi. Kalau kau sentuh dia, aku akan jemput nyawa kau"

Sunghoon mendekati aku. Tubuh aku terus dicempung pergi ke bilik rawatan.

____

"Duduk. Aku nak cari ubat untuk rawat luka kau"

Belum sempat Sunghoon pergi tangannya di tarik oleh Youngmi. Perempuan itu memandangnya polos.

"Macam mana awak tahu saya ada dekat situ?"

"Jay bagitahu"

"Jay? Park Jongseong?"

Sunghoon angguk kepalanya lalu merapikan rambut Youngmi.

"Kebetulan Jay lalu situ, dia nampak kau dengan Yeonjun tengah bergaduh sebab itulah dia bagitahu aku"

"Terima kasih. Kalaulah awak tak tolong tadi, saya tak tahu apa yang akan terjadi"

"Aku mintak maaf sebab lambat. Aku sepatutnya datang lebih awal"

Youngmi geleng kepalanya. Tanpa sedar air matanya sudah jatuh ke pipi. Sayu hatinya melihat Sunghoon dalam keadaan serba salah. Kerana apa yang berlaku tadi bukan salah Sunghoon malah salah dirinya. Dia sepatutnya peka.

"Janganlah menangis. Kalau Jake nampak kau menangis mesti dia sedih" tangan Sunghoon mengelap air mata yang berada di pipi Youngmi

"Kenapa mesti Jake? Awak tak sedih?"

"Perlu ke aku bagitahu kau?"

"Ya, perlu. Sebab saya nak tahu"

Sunghoon mendiamkan diri. Dirinya tak mampu bagi jawapan.

Jujur Sunghoon sedih melihat keadaan Youngmi sebegini namun dirinya harus berlagak seperti tidak pedulikan tentang Youngmi.

Sunghoon takut,

dia akan jatuh lebih dalam sehingga merampas kepunyaan rakan baiknya sendiri iaitu Jake.

"Sunghoon jawablah soalan saya!"

"Shut up Lee Youngmi! Once you open your mouth i'll kiss you"

"Then do it! Awak fikir saya takut-"

Belum sempat Youngmi habiskan ayatnya bibir lelaki itu bertembung dengannya. Tangan Sunghoon memeluk pinggang Youngmi sehingga kedudukan mereka tiada jarak.

Seluruh tubuh Youngmi menjadi kaku. Darah dalam badannya semakin panas. Malu. Tidak sangka Sunghoon akan lakukan perkara itu.

"Strawberry huuh?" kata lelaki itu sinis lalu melepaskan Youngmi

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now