_____
Nara gigit bibirnya sambil terkebil kebil memandang wajah Sunghoon. Dia bingun. Masih memikirkan tujuan Sunghoon bawanya ke sini.
"Sunghoon"
"Hmmm kenapa?" soal Sunghoon sambil cekak pinggang
"Awak nak buat apa dengan saya?"
"Sabarlah aku tengah fikir"
"Apa kata awak jadikan saya maid.. Bolehlah saya dapat duit hehehehehe" kataku sambil menayang sengihan
"Rumah aku dah ada tiga orang maid, so kau tak diperlukan"
"Kalau macam tu awak pecat je maid awak. Jadikan saya maid baru awak"
"Kau larat ke nak bersihkan rumah aku? Tengoklah ruang tamu ni pun dah sama besar macam padang bola"
Nara terdiam buat seketika. Betul juga apa yang Sunghoon katakan. Rumah Sunghoon ini sebenar penthouse. Senang cakap memang penthouse pun.
Ding dong!
Kepala Sunghoon dan Nara menoleh ke pintu. Mereka memandang seorang lelaki masuk ke dalam sambil silang tangan di dada.
"Eh hoon, dah pandai bawak balik perempuan"
Sunghoon jegil matanya lalu menumbuk bahu lelaki itu.
"Jaga sikit mulut kau"
"Betul lah apa yang aku cakap" balas lelaki bernama Jay itu
"Daripada kau merepek lebih baik kau bagi cadangan dekat aku.. Sekarang aku nak buat apa dekat perempuan ni" kata Sunghoon lalu jarinya menunjuk ke arah Nara
Nara garu kepalanya yang tidak gatal. Tak pasal-pasal dirinya menjadi beban kepada dua orang manusia di hadapannya ini.
"Korang-"
"Kau diam. Jay ikut aku jap, aku nak bincang sikit dengan kau" celah Sunghoon lalu menarik bahu Jay mengikutinya pergi ke tingkat atas
Tidak sampai 10 minit Sunghoon dan Jay turun semula ke bawah. Mereka duduk hadapan Nara sambil menayang senyuman sinis.
"Korang jangan takutkan saya" kata Nara perlahan sambil menelan air liur kesat
"Kau takut ke? Aku tak ada niat buruk pun..
Aku dah bincang dengan Jay. Kau akan jadi maid aku pada waktu malam-"
Nara terus bangun berdiri. Wajahnya serta merta pucat.
"Ehhh saya tak nak.. Awak ada muslihat lain kannn"
"Kau sabar boleh tak? Aku cakap tak habis lagi" marah Sunghoon
"Sunghoon ambil kau sebagai maid sebab tiga orang maid dalam rumah ni akan pulang selepas pukul 6 petang. Jadi segala urusan dalam rumah ni pada waktu malam, kau yang aturkan. Jangan salah faham pulak, Sunghoon tak akan apa-apakan kau..
Lagipun setakat orang macam kau, dia tak pandang langsung"
Hampir tersedak Nara mendengar ayat terakhir Jay. Jujur Nara terasa hina namun apa dia boleh dia lakukan. Nak melawan? Mestilah tidak, kerana mereka telah tolong dirinya daripada kesusahan.
"Jay kau tunggu sini jap.. Aku nak tunjuk bilik dekat dia.. Nara ikut aku"
Nara mengikuti Sunghoon pergi ke tingkat atas. Matanya masih meliar memandang segenap rumah agam ini. Cantik.
"Ini bilik kau.. Pergilah mandi, lepas tu rehat. Esok pagi kau turun sarapan"
"Sunghoon"
Anak mata Sunghoon melihat tangannya berada dalam genggaman tangan Nara.
"Sa-saya tak ada baju. Boleh saya pinjam baju awak? Tapi kalau tak boleh, tak apa"
"Kau ni menyusahkan hidup aku tahu tak.. Tunggu sini, aku pergi cari baju untuk kau" Sunghoon lepaskan keluhan lalu menolak tangan Nara lembut.
Nasib kaulah Sunghoon. Siapa suruh hulur pertolongan dekat random person.
YOU ARE READING
strawberry kisses ; sweet dreams
Fanfiction[completed] [ STRAWBERRY KISSES ] [SEASON : ONE] Sour like a strawberry and sweet like a kiss. You make me learn about life, but I give you trauma. - Lee Youngmi, start : august 2023 end : september 2023 • [ SWEET DREAMS ] [SEASON TWO] I didn't...