_____
"Korang sudahlah lari. Aku penatlaa nak kejar" jerit Heeseung
Dia membiarkan Jake, Sunghoon dan Youngmi bermain sesama mereka. Macam budak kecil. Cuaca sejuk pun masih nak main tepi pantai. Nasiblah salji tak turun.
"Kalaulah korang tak simpan perasaan sesama sendiri. Mesti keadaan jadi lebih baik" ucap Heeseung sendirian.
Sesekali dia ketawakan Jake, sudah berapa kali lelaki itu mandi air laut. Akibat rancangan jahat Youngmi dan Sunghoon punya pasal.
Melihat hubungan akrab mereka bertiga cukup membuatkan Heeseung tersenyum bahagia. Dia bersyukur, Youngmi di kelilingi dengan insan yang baik.
Sayangnya masa depan mereka bergantung pada hati dan perasaan mereka sendiri. Heeseung tak sanggup lihat adiknya bergaduh Sunghoon mahupun Jake.
"Hee tolong. Ada monster kejar Mi!" jerit Youngmi lalu berlari ke arah Heeseung
Youngmi memeluk belakang Heeseung meminta pertolongan. Dia tidak mahu mandi air laut!
"Korang ambiklah Youngmi. Rendam dia dalam air laut" gurau Heeseung. Tubuh Youngmi berada belakangnya di tolak ke depan.
"Hee tak naklah!" bahu Heeseung ditampar kasar
"SAKITLAH HANAT"
____
Mereka berempat baring atas lantai. Masing masing tidak mahu balik bilik lepas berkongsi pengalaman seram.
Keputusan muktamad semua tidur dalam bilik Heeseung. Sempit pun sempitlah, yang penting tak kena kejar hantu.
"Saya nak tidur atas katil. Korang tiga tidurlah atas lantai" Youngmi bangun daripada lantai menuju ke katil
"Kenapa kau kena tidur situ? Tidurlah bawah, tu katil aku"
"Takkanlah Hee bagi Mi tidur dengan lelaki dua orang tu? Tak rasa bahaya?" soal Youngmi dengan nada mengejek
"Mestilah tak!" jerit Heeseung.
Lelaki tetaplah lelaki, Heeseung tak percayakan rakannya.
"Kita tidur sekali. Please" pujuk Heeseung sambil satukan tangannya
"A BIG NO"
"Alaaaahhh kenapaa"
"Sudahlah hyung. Kau tidur atas sofa, at least selesa sikit" ujar Sunghoon
Heeseung lepaskan keluhan. Akhirnya dia setuju juga tidur atas sofa. Sekurangnya sofa lebih baik daripada lantai.
Lepas sejam berlalu masing masing sudah di bawa ke alam mimpi kecuali Jake. Lelaki itu mendekati Youngmi lalu duduk di birai katil.
Rambut Youngmi di belai lembut kemudian satu ciuman jatuh di atas dahi mulus Youngmi.
Lama matanya menatap Youngmi yang dibuai mimpi.
Ting!
010 XXX XXX
[pic]
Your friend
SucksJantung Jake bagai nak pecah melihat gambar tersebut.
Rasa di khianati dengan rakan baik sendiri.
Perasaan marah secara tiba tiba membuak dalam diri Jake sehingga tidak mampu berfikiran waras.
Langkahnya laju ke arah Sunghoon. Tanpa berfikiran panjang terus muka Sunghoon ditumbuk bertalu talu sehingga lelaki itu terjaga daripada lena.
"Kau dah kenapa. Gila?" marah Sunghoon. Tangannya menolak tubuh Jake menjauhinya.
"Kau janji dengan aku tak nak rampas Youngmi. Habis tu kenapa kau pergi cium dia sial?"
"Jake, kau dah salah faham. Apa yang kau tengok tu-"
"Sudahlah. Aku tak nak dengar alasan kau. Patutlah kau nak sangat buat holiday ni, rupanya nak tutup kesalahan diri" kata Jake sambil ketawa sinis. Perasaan marah terhadap Sunghoon masih menggunung.
"Jake.. tolonglah dengar alasan Sunghoon. Awak dah salah faham" celah Youngmi yang baru saja terjaga. Dia cuba mencapai tangan Jake namun di tepis kasar.
"Saya kecewa dengan awak. Patutlah saya rasa perasaan awak terhadap saya tak pernah ikhlas"
"Saya ikhlas dengan awak. Tolonglah percayakan saya"
"Let's break up. Saya rasa hubungan kita gagal. Saya penat menaruh perasaan terhadap awak sedangkan awak tak sukakan saya" ucap Jake lalu keluar dari bilik tanpa sedikitpun menoleh ke belakang
Youngmi lap air matanya yang semakin galak membasahi pipi. Hatinya sakit dengan kata kata Jake.
"JAKE TUNGGULAH!" jerit Youngmi sambil menangis teresak esak
Heeseung memeluk tubuh Youngmi erat. Fikirannya kosong.
Apa yang Heeseung harapkan. Musnah.
Youngmi, Jake dan Sunghoon.
Bergaduh.
YOU ARE READING
strawberry kisses ; sweet dreams
Fanfiction[completed] [ STRAWBERRY KISSES ] [SEASON : ONE] Sour like a strawberry and sweet like a kiss. You make me learn about life, but I give you trauma. - Lee Youngmi, start : august 2023 end : september 2023 • [ SWEET DREAMS ] [SEASON TWO] I didn't...