00

260 16 14
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

Kwon Nara's

Kaki aku menapak laju berlari keluar dari rumah sambil mengusap air mata yang tidak berhenti membasahi pipi.

"Tak guna! Disebabkan kau, aku kena buang keluarga. Fu**!" jerit aku sepuasnya seperti orang gila sambil menarik narik rambut

Perasaan marah dan dendam membuak dalam diri.

Kau tunggu, aku akan balas dendam atas apa yang kau dah lakukan terhadap aku.

Kaki aku melangkah ke arah sebuah tasik. Niat nak tenangkan fikiran tapi entah kenapa padangan aku tertumpu pada seorang lelaki.

"Eh nak bunuh diri ke mamat tu?" soalku hairan sambil melihat tubuh lelaki itu sudah berada di hujung tasik. Segala perasaan yang bermain dalam hati serta merta hilang.

Lelaki itu perlahan lahan masuk ke dalam tasik tersebut sehingga tubuhnya sudah di mamah air.

Mata aku secara automatik terbukak luas. Aku tak boleh biarkan ada orang mati depan aku. Aku tak mahu terkena badi mayat.

Cukuplah diri aku terseksa, aku tidak mahu tambah lagi satu masalah. Diganggu oleh hantu.

"Encik, Jangan bunuh diri!"

"Tunggu saya selamatkan encik!" jeritku sambil berlari ke arahnya. Tanpa berfikir panjang aku masuk dalam tasik tersebut walaupun hakikatnya aku tidak tahu berenang!

Aku tak mahu mati, tetapi dalam masa yang sama aku tak boleh biarkan orang lain mati hadapan aku!

Belum sempat aku mencarinya, ada satu tangan menarik tubuh aku ke atas.

Kini, aku berada di permukaan air bersama lelaki tersebut. Dia memandang aku risau sambil memeluk seekor

kucing?!

"Kau gila ke? Nak bunuh diri jangan depan aku!" jeritnya sambil membawa aku naik ke permukaan darat

Aku diam tidak terkata. Masih terpinga pinga dengan apa yang baru saja berlaku tadi.

"Sa- saya terjun sebab nak selamatkan encik. Saya ingatkan encik yang nak bunuh diri" kataku jujur

Lelaki itu tepuk dahinya lalu melepaskan kucing tersebut berlalu pergi.

"Kau nampak kucing tu?"

Aku angguk kepala dengan begitu polos.

"Aku terjun sebab nak selamatkan kucing tu. Tapi tak sangka pulak, ada orang salah faham"

Aku malu. Dalam masa yang sama tidak. Iyalah, bukan salah aku kerana salah faham.

"Ouh.. Manalah saya tahu"

"Sekarang kau dah basah.. pergilah balik, kang demam pulak" katanya sambil kerling ke arah tubuh aku yang sudah basah lencun

Balik?

Sekarang aku mana ada rumah. Maklumlah dah kena halau dengan keluarga.

"Kenapa kau diam?"

Aku garu kepala yang tidak gatal sambil memandangnya dengan wajah tersengih sengih. Macam kerang busuk.

"Hmmm saya.. Saya tak ada rumah"

"Kalau kau tak ada rumah, dekat mana kau tinggal selama ni?"

"Dekat rumah sayalah"

Lelaki itu memandang aku serius sambil mengetap bibir. Dia mengeluh kasar.

"Cuba bagitahu aku betul betul. Tak payah berbelit sangat ayat tu, aku tak fahamlah"

Nak bagitahu ke tidak eh.

Tapi aku terdesak. Kalau aku bagitahu dia, mungkin dia boleh tolong.

"Saya.. Saya kena buang keluarga.

Tapi encik, jangan salah faham. Saya bukan jalang, saya di halau sebab ada orang fitnah saya"

"Ouhh.. so kau takde tempat tinggal lah ni?" soalnya sambil jongket kening ke atas

"Haah, tapi saya tak mintak pun encik tolong saya"

"Eh aku tak cakap pun nak tolong kau. Pandai pandailah kau hidup, kan dah besar"

Aku memandang dia dengan perasaan tidak puas hati. Kenapalah tuhan selalu pertemukan aku dengan manusia yang menyakitkan hati.

"Ishh encik pergilah balik.. Tak payah risaukan saya"

"Kau ni kuat perasan kan. Aku tak cakap pun, aku risaukan kau" katanya sambil ketawa

Aku mendiamkan diri sambil larikan pandangan daripadanya.

Cepatlah balik, aku malu. Aku tak mahu tengok muka dia.

"Woi perempuan, nak ikut aku tak?"

"Pergi mana?" soalku hairan

"Balik rumah aku"

"Tak naklah. Nanti keluarga encik hairan, kenapa encik bawa balik perempuan ke rumah"

"Bisinglah kau ni. Nak ikut ke tidak? Kang aku tinggal kau dekat sini, tidurlah bawah pokok tu" katanya sambil berjalan setapak ke depan

"Ehh mestilah saya nak ikut.. Terima kasih enci-"

"Nama aku Sunghoon, Park Sunghoon"

"Ouhh, selamat berkenalan Sunghoon. Nama saya Nara. Kwon Nara"

Even your name makes me safe.

____

Rindu youngmi and jake.. tunggu chapter sebelah.

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now