25

125 16 3
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

Nara's

Langkah aku longlai saat membuka pintu. Sudah tiga hari aku tidak lalu makan. Aku tidak mahu buat semua benda. Aku rasa hilang harapan untuk teruskan kehidupan.

Apa yang Sunghoon buat dekat aku memang meninggalkan kesan. Aku tak akan lupakan penipuan yang dia lakukan terhadap aku.

"Oh hi Jay" kataku perlahan lalu membuka pintu memberi ruang untuk Jay masuk ke dalam.

Keluarga aku tiada di rumah. Mereka sibuk siapkan barang perkahwinan aku. Jadi aku tidak kisah Jay datang ke rumah, kerana aku perlukan teman.

"Kenapa bibir kau pucat sangat ni. Kau demam ke?" tangan Jay naik memegang dahi aku. Panas.

"Nara kau demamlah. Jom ikut aku pergi klinik" Jay menarik tangan aku, ingin berjalan keluar dari rumah.

"Saya tak nak pergi. Saya nak rehat dekat rumah"

"Nara, lagi dua hari kau bakal berkahwin. Takkanlah kau nak demam masa hari perkahwinan kau?"

Soalan Jay membuat aku terdiam. Tidak sangka tinggal dua hari lagi aku bakal berkahwin.

Aku tidak mahu. Tapi dalam masa yang sama aku tiada pilihan. Aku tidak boleh lari daripada Yeonjun dan eomma.

"Jay, awak sendiri pun tahu saya tak nak kahwin dengan Yeonjun"

Jay menarik tubuh aku. Tangannya berada di bahu aku. Tubuhnya tunduk separas dengan aku agar mata kami bertentangan.

"Nara, aku tak akan biarkan kau kahwin dengan Yeonjun"

"Sudahlah Jay. Tak payah bagi alasan. Sunghoon pun cakap benda yang sama, tapi awak tengoklah. Dia tak kisah pun saya kahwin dengan Yeonjun"

Jay geleng kepalanya lalu melangkah setapak mengdekati aku.

"Aku tak sama macam Sunghoon. Aku tak akan biarkan hidup kau musnah dalam tangan Yeonjun. Aku akan pastikan hari perkahwinan korang akan hancur"

Aku dongak kepala memandang Jay.

"Jay, kenapa awak baik dengan saya? Kenapa awak sanggup selamatkan saya walaupun awak tahu saya tak dapat balas jasa awak?"

"Sebab aku sayangkan kau. Aku tahu, aku tak dapat ganti tempat Sunghoon dalam hati kau. But please, bagi aku jadi orang berguna dalam hidup kau. Aku nak tolong kau disaat kau susah, itu pun sudah memadai"

Air mata aku menitik membasahi pipi. Perasaan bersalah terhadap Jay menggunung dalam diri. Aku bersalah kerana tidak dapat balas persaan Jay. Lelaki ini terlalu baik. Dia layak dapat perempuan yang sempurna.

"Jay, maafkan saya"

"Shhh janganlah menangis" balas Jay lalu memeluk tubuh aku erat

Aku membalas pelukan Jay sambil menangis sepuasnya.

"Terima kasih Jay. Awak sentiasa ada disaat saya perlukan seseorang"

_____

Lepas sejam Jay pulang ke rumahnya aku menuju ke rumah Sunghoon. Aku perlu selesaikan masalah aku dengan Sunghoon. Aku tidak boleh biarkan tanda tanya terus bermain dalam fikiran aku.

Pintu rumahnya aku buka. Nampaknya Sunghoon tidak tukar kod pintu. Dia masih gunakan tarikh anniversary kami.

"Park Sunghoon"

"Kau buat apa dekat sini?" soalnya kasar lalu mendekati aku yang berada di ruang tamu

"Apa hubungan apa dengan Jieun?"

"Kau dah tahukan. Jieun bakal tunang aku. Kau nak aku terang macam mana lagi?"

Aku ketawa sinis lalu selak rambut ke belakang. Seluruh tubuh aku menjadi panas. Panas kerana menahan marah.

"Awak jangan nak tipu sayalah. Awak berlakon je kan?"

"Kau fikir aku ada masa nak berlakon? Sedarlah Nara, aku tak nak ada hubungan dengan kau"

"Habis tu kenapa awak datang bilik saya malam tu? Kenapa awak cakap awak cintakan saya? Kenapa awak tabur janji dekat saya? Kenapa Sunghoon?!"

"Eh kau lupa ke. Aku sendiri ada cakap, manusia boleh berubah hati. Silap kaulah sebab bodoh pergi percayakan cakap aku bulat bulat"

"Awak memang munafik! Saya menyesal kenal awal"

"Aku pun menyesal kenal kau. Menyusahkan hidup aku"

"Wahhhh, baru sekarang nak menyesal jumpa saya. Habis tu selama ni awak cakap, awak sayangkan saya tu apa? Kata kata kosong?" soalku sinis

"Pergi baliklah Nara. Aku tak nak tengok muka kau"

"Awak kejam Sunghoon, saya penat. Saya penat dengan awak. Awak tak pernah bukak hati awak untuk saya. Siapa saya dalam hati awak sebenarnya?"

Sunghoon mendiamkan diri. Matanya tidak menunjuk sebarang riaksi.

Entah kenapa fikirannya kosong.

"Park Sunghoon. Jawablah soalan saya!" aku jerit sepuasnya sambil menangis teresak esak. Perasaan aku kini hancur. Terlalu sakit dengan sikap Sunghoon yang tidak pernah berubah.

"Saya bencikan awak. Saya menyesal cintakan awak!"

Mata bundar Sunghoon menatap wajah aku. Bibirnya mula bergerak ingin mengeluarkan sesuatu.

"Aku tak pernah minta kau untuk cintakan aku. Dan aku, tak pernah kisah jika kau bencikan aku"

Nara mengetap bibirnya. Menahan segala perasaan yang bermain dalam hati.

"Awak beri saya sebuah mimpi buruk yang saya tak akan lupakan. Terima kasih Sunghoon, kerana jadikan saya orang yang tidak bernilai dalam hidup awak"

Aku melangkah pergi sambil mengesat air mata. Tiada gunanya aku menangis disebabkan seorang jantan yang tidak pernah hargai kewujudan aku.

Sunghoon, saya harap saya mampu bencikan awak.

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now