_____
"Jake, awak busy tak?" soal Youngmi kemudian mendekati Jake yang berada di meja kerjanya
"Yup busy.. Tapi bagitahu je, awak nak apa?"
Tangan mekar Jake menarik tubuh Youngmi sehingga wanita itu terduduk di atas ribanya.
"Saya nak ajak awak pergi lunch"
"Ouhh sekejap. Bagi saya lima minit, saya nak semak borang ni. Lepas tu kita pergi makan" balas Jake kemudian meneruskan kerjanya. Sebelah tangannya memeluk erat pinggang Youngmi.
Youngmi diam membeku berada dalam pelukan lelaki itu. Selang beberapa saat kepala Youngmi menoleh menatap sisi wajah Jake.
Cup!
Satu ciuman mendarat di pipi Jake. Lelaki itu pada mulanya berkerut muka terus bertukar ceria.
"Sweetie saya nak buat kerja ni. Jangan nak nakal nakal"
"Dah lebih lima minit.. Jomlah pergi makan, tak lari pun kerja tu kalau awak tinggal sekejap"
Jake angguk kepalanya kemudian menutup laptop. Dia menoleh memandang aku sambil tersenyum manis.
"Okay jom"
"Jom!" balasku kemudian bangun dari ribanya. Tangan Jake aku genggam erat sambil menuju ke arah lift.
Sejak aku berkahwin dengan Jake. Perangai aku semakin berubah. Semua benda aku nak harapkan dia sedangkan aku boleh saja makan seorang diri. Ataupun makan bersama rakan sekerja aku di tadika.
Macam tak kena dengan gaya kan. Tetapi aku seorang guru tadika.
"Awak nak makan dekat mana?" soal Jake apabila pintu lift sudah pun terbuka
"Makan dekat kantin je lah.. Kalau keluar jauh kesian dekat awak pula"
Jake angguk kepalanya kemudian memeluk bahu aku menuju ke kantin. Masuk saja dalam kantin banyak mata memandang ke arah kami.
"Kenapa diorang pandang kita?"
"Sebab saya hansem dan awak cantik" balas Jake dengan nada tidak serius
Aku menumbuk bahu Jake. Geram betul dengan sikapnya yang tidak acuh.
"Ishh tak lawaklah"
"Diorang pandang kita sebab kita makan dekat sini.. Selalunya jawatan tertinggi tak makan dekat sini, diorang ada bilik khas"
Aku angguk kepala. Faham dengan maksud yang Jake cuba sampaikan.
Aku hampir lupa Jake merupakan jawatan tertinggi di syarikat ini. Patutlah pekerja bawahan pandang pelik ke arah kami.
"Awak duduklah. Saya bawak makanan untuk awak"
Aku duduk sambil menunggu Jake. Sesekali mata aku meliar memandang suasana sekeliling.
"Ja- Jay?!" aku kecilkan mata, memastikan lelaki yang aku pandang itu adalah Jay ataupun tidak
"Awak pandang siapa?" soal Jake hairan kemudian dia letak dulang makanan di atas meja
"Saya nampak Jay!"
"Awak jangan main main"
"Saya tak tipu. Saya nampak Jay tadi. Dia naik lift kuning tu" kataku sambil menunjuk ke arah lift bewarna kuning
"Tapi lift tu untuk orang atasan je"
"Mungkin Jay kerja sini"
"Dah empat tahun saya kerja sini. Saya tak pernah nampak Jay"
Aku lepaskan keluhan lalu menarik tangan Jake supaya duduk.
"Jomlah makan. Mungkin saya salah tengok"
Jake angguk kepalanya kemudian menyuap makanan dalam mulut aku.
"Lupakan apa yang jadi tadi. Kalau betul lelaki tadi itu ialah Jay.. Saya akan jumpa dia suatu hari nanti"
YOU ARE READING
strawberry kisses ; sweet dreams
Fanfiction[completed] [ STRAWBERRY KISSES ] [SEASON : ONE] Sour like a strawberry and sweet like a kiss. You make me learn about life, but I give you trauma. - Lee Youngmi, start : august 2023 end : september 2023 • [ SWEET DREAMS ] [SEASON TWO] I didn't...