20

254 21 29
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

Nara's

Sudah 30 minit aku mendiamkan diri semasa perjalanan. Sunghoon bawa aku untuk berjumpa dengan Youngmi. Aku ikutkan saja, lagipun aku juga nak tahu siapa Youngmi. Sebelum ini selalu dengar kisahnya saja.

"Eomma awak tahu tak awak keluar dengan saya?" soal Sunghoon sambil fokus memandu kereta

"Hmmm tak.. Saya cakap nak keluar ambil angin dengan kawan uni saya, jadi dia bagi je"

Sunghoon angguk kepalanya lalu berhentikan kereta di hadapan sebuah rumah.

"Rumah Youngmi ke ni?"

"Haah ini rumah keluarga Youngmi. Sekarang abang Youngmi yang menetap dekat sini"

Aku angguk kepalanya lalu keluar dari perut kereta. Entah kenapa perasaan gementar menyelubungi diri.

"Jangan takut.. Aku ada dengan kau. Jay pun ada dekat dalam"

Sunghoon menarik tangan aku berjalan masuk ke dalam rumah.

"Hi korang" sapa Sunghoon

Mereka yang berada di ruang tamu serentak memandang ke arah aku. Masing masing membulat mata memandang aku, kecuali Jay kerana dia sudah lama kenal aku.

Masalah sekarang ini, bukan mereka saja yang terkejut. Aku juga terkejut. Hampir gugur jantung aku melihat wajah Youngmi.

Jadi betullah kata Yaera, muka aku seiras dengan Youngmi.

"Nara?" soal Youngmi sambil mendekati aku. Matanya berair, tunggu masa saja untuk tumpah.

Aku angguk kepala tanpa membalas sepatah perkataan.

"Maafkan saya.. Sebab saya awak kena lalui semua ni"

Tubuh aku dipeluk erat. Youngmi menangis teresak esak di bahu aku.

Jujur, aku rasa bersalah kerana pernah pandang buruk terhadap Youngmi. Gadis ini terlalu baik, patutlah ramai orang sayangkan dia.

"Sudahlah menangis.. Saya tak salahkan awak. Apa yang kita lalui ini, semua ujian" balasku sambil mengusap bahu Youngmi

Youngmi lepaskan pelukan lalu memandang aku bersama senyuman manis.

"I see myself in you"

Aku juga rasa benda yang sama. Walaupun aku pertama kali jumpa Youngmi, aku dapat rasakan diri aku dalam dirinya.

Aku tidak mampu membenci Youngmi, walaupun sebab dialah aku selalu bergaduh dengan Sunghoon. Dan sebab dialah Yeonjun gilakan aku.

"Kenalkan ini suami saya, Sim Jake. Dan ini abang saya, Lee Heeseung"

"Hi Nara. Long time no see" balas Jake bersama senyuman

Nampaknya dia masih ingat aku gadis dekat butik hari tu.

"Korang kenal ke?" soal Youngmi hairan

"Dialah gadis yang saya jumpa dekat butik Sunghoon"

"Alahai kecilnya dunia.. Tak sangka Jake jumpa awak sebelum saya" Youngmi lepaskan tawa sambil memandang aku.

"Heeseung kenapa diam je?" soal Sunghoon sambil menepuk bahu Heeseung. Pelik kerana lelaki itu diam daripada tadi.

"Hi Nara" sapa Heeseung sambil menayang senyuman nipis

"Ouh hi" balasku janggal. Entah kenapa Heeseung seakan tidak mahu bercakap dengan aku.

"Heeseung mana bini dengan anak kau? Aku nak main dengan Manchae" soal Jay, ingin mengubah suasana

"Ouh diorang balik kampung jap, ada kenduri kahwin tapi aku tak ikut sebab ada kerja"

"Lah menyesal aku datang sini. Aku datang sebab nak main dengan anak kau je" balas Jay sambil lepaskan keluhan

"Kalau nak main dengan baby. Kahwinlah awal" celah Jake

"Macam mana aku nak kahwin kalau orang yang aku suka tu milik orang lain" balas Jay sambil melirik mata ke arah aku

Aku larikan pandangan. Aku tahu maksud Jay. Dia tuju semua itu dekat aku.

"Korang duduklah dulu. Saya nak siapkan makan malam" celah Youngmi sebelum pergi ke dapur

Aku mengikuti Youngmi ke dapur. Rasa tidak senang duduk di ruang tamu. Sunghoon, Jake, Jay, dan Heeseung. Mereka semua buat aku tidak senang duduk. Lagi lagi Heeseung, dia tidak habis merenung aku.

"Boleh saya tolong?"

"Eh kenapa awak tak duduk dekat ruang tamu je?"

"Hmmm saya tak selesa" Aku tayang senyuman janggal.

"Kalau macam tu jomlah masak dengan saya" balas Youngmi sambil mengeluarkan bahan basah daripada peti sejuk

Sepanjang aku masak dengan Youngmi, banyak benda yang kami ceritakan. Tak sangka aku dengan Youngmi mempunyai banyak persamaan.

"Kalau kita tipu orang, cakap kita ni kembar. Mesti diorang percayakan"

Aku angguk kepala sambil menyusun makanan di atas meja.

"Nara, boleh tak saya nak tanya awak sesuatu"

"Tanyalah"

"Apa hubungan awak dengan Yeonjun?" soal Youngmi

"Dia bakal suami saya. Saya tak terima dia, tapi saya buat semua ini kerana terpaksa. Sunghoon dah janji dengan saya, dia akan tolong saya. Kali ini saya percayakan dia"

Air muka Youngmi jatuh. Dia menghampiri aku lalu genggam tangan aku erat.

"Nara, saya harap awak jaga diri. Jaga biarkan Yeonjun sakiti awak, saya kenal perangai Yeonjun. Lelaki tu gila.. Kalau dia sakiti awak, tolong bagitahu saya dan yang lain"

"Saya tak akan biarkan Yeonjun sakiti saya. Saya percaya Sunghoon dapat bebaskan saya daripada lelaki jahanam tu" balasku sambil menayang senyuman nipis. Sejujurnya aku tidak yakin.

Aku tidak yakin, rancangan Sunghoon akan berjalan dengan lancar.

"Awak tunggulah sini. Biar saya panggil diorang" kataku sebelum pergi ke ruang tamu

"Korang, makanan dah siap"

"Yeayyy makannnn" Jake bangun daripada sofa sambil berlari ke dapur. Sekali tengok macam budak lima tahun.

Mereka semua sudah pergi ke dapur kecuali aku dan Heeseung. Lelaki itu masih membeku di sofa.

"Hee-"

"Bila birthday kau?" soal Heeseung sambil melirik ke arah aku

"20 april. Kenapa awak tanya?" soalku hairan

"Tak ada apa. Saja nak tahu" balasnya lalu pergi ke dapur

Aku mengikuti langkah Heeseung. Sampai saja di meja makan, masih ada dua kerusi yang kosong iaitu sebelah Jay dan Sunghoon.

"Nara, kenapa berdiri je? Duduklah sini" Sunghoon menepuk tempat duduk kosong di sebelahnya

"Hmmm tak apa. Saya nak duduk sini" balasku lalu labuh punggung di sebelah Jay

"Kenapa kau tak duduk sebelah ex kau?" bisik Jay

"Boleh ambilkan saya nasi?" balasku sambil menghulur pinggan. Aku tidak ada jawapan untuk soalan Jay.

Aku nak duduk sebelah Sunghoon.

Aku rindukan dia.

Aku masih sayangkan dia.

Tapi, hati aku sudah tawar.

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now