24

126 15 5
                                    

Happy reading!_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Happy reading!
_____

Nara's

Aku silang tangan di dada sambil menunggu Yeonjun mencari baju pengantin untuk aku. Aku malas nak cari.

Bukan aku nak kahwin dengan dia pun. Tapi dia yang beria. Aku harap sangat perkahwinan kami terbatal. Aku percayakan Sunghoon, aku harap rancangan dia untuk batalkan perkahwinan aku dan Yeonjun berjalan dengan lancar.

"Cuba kau try baju ni. Mesti cantik"

"Tak nak" balasku selamba

Yeonjun lepaskan keluhan lalu berjalan mendekati aku. Tangan aku di tarik kasar menuju ke arah fitting room.

"Pergi pakai" katanya kasar lalu campak gaun bewarna putih di tepat ke muka aku

"Ishh apa masalah awak ni? Saya tak nak, tak nak lah. Tak payah paksa" aku baling gaun itu di atas lantai

"Kau jangan nak melawan eh cakap aku. Aku ni cuba bersabar dengan perangai kau"

"Habis tu awak ingat saya tak sabar dengan perangai awak? Ingatlah Yeonjun, saya tak akan cintakan awak. Sampai mati, hati saya bukan untuk awak" balasku geram lalu berjalan keluar dari butik meninggalkan Yeonjun.

Aku berjalan tanpa hala tuju. Perasaan marah membuak dalam diri. Rasa nak mengamuk, tapi aku risau orang ingat aku gila pulak.

Buk!

"Yah pabo. Jalan tu pan-" mulutnya terkaku

"Yaera-"

"Maaf. Saya tak sengaja" balasnya laju sebelum ingin jalan meninggalkan aku

"Yaera tunggu" tangan aku menarik tangan Yaera

Gadis itu membeku saat tangan aku menahannya. Mata bundarnya memandang aku.

"Choi Yaera, saya nak cakap sikit dengan awak"

____

"Jadi awak adik Yeonjun?" soalku dengan nada mendatar

Aku masih marahkan Yaera kerana jadi batu api dalam hubungan aku dan Sunghoon. Tapi dalam masa yang sama aku bersyukur, disebabkan Yaera aku kenal siapa Youngmi yang sebenarnya.

Kalau Yaera tidak buat semua itu, sampai sekarang aku tidak dapat berjumpa dengan Youngmi.

"Yaa" balasnya perlahan lalu memandang ke arah lain. Wajahnya muram tidak seperti sebelum ini.

"Saya nak awak ceritakan semuanya dekat saya. Apa muslihat awak selama bekerja dengan Sunghoon, dan apa rancangan Yeonjun selama ini"

Yaera mendiamkan diri buat beberapa saat. Keluhan dilepaskan lalu dia membuka mulut, cerita segala rahsia Yeonjun yang aku tidak tahu selama ini.

Aku mendiamkan diri mendengar setiap butir bicara Yaera. Perasaan marah terhadap Yeonjun semakin membuak. Seperti yang aku jangka, dia mahu jadikan aku sebagai isterinya kerana dia tidak dapat lupakan Youngmi. Yeonjun juga telah bantu syarikat appa yang muflis, sebab itulah eomma nak sangat aku berkahwin dengan Yeonjun. Semua disebabkan duit.

"Nara, saya mintak maaf. Saya kesal apa yang saya dah buat dekat awak"

"Benda dah berlalu. Kalau saya terus berdendam apa je saya dapat"

Yaera genggang tangan aku. Matanya berair memandang aku.

"Nara, tolonglah larikan diri daripada Yeonjun. Lelaki tu gila.. Walaupun saya adik dia, tapi saya tak mampu kawal dia. Saya sedar apa yang dia buat selama ni salah. Saya menyesal ikut plan dia untuk hancurkan hubungan awak dan Sunghoon"

Aku tersenyum nipis lalu menepuk lembut tangan Yaera. Entah kenapa aku lembut hati melihatnya. Mungkin, Yaera sudah menyesal sepenuhnya. Jadi aku tidak mampu berdendam dengannya.

"Saya cuba yang terbaik" balasku lembut

"Nara, kalau Yeonjun cari pasal dengan awak. Carilah saya, saya akan bantu awak.. Ini nombor saya" katanya kemudian menghulur aku sekeping kertas

Aku angguk kepala lalu mencapai kertas itu.

"Saya balik dulu.. Saya harap awak bahagia dengan Sunghoon, saya doakan yang terbaik untuk awak" balas Yaera lalu berjalan keluar dari cafe

Aku melihat Yaera dengan ekor mata. Dapat aku lihat wajahnya sedikit muram.

Aku tahu Yaera sudah lama simpan perasaan terhadap Sunghoon. Tapi lelaki itu tidak pernah pandangnya.

Aku bangun dari kerusi. Lepas habis membayar bil di kaunter kaki aku melangkah keluar dari restoran. Seperti biasa kaki aku berjalan tanpa arah tuju.

Dalam 10 minit aku berjalan, kaki aku berhenti di sebuah taman. Niat aku nak ambil angin tapi benda lain yang aku nampak.

Aku nampak Sunghoon.

Dia bukan keseorangan tetapi dengan perempuan lain.

Mesra.

Jantung aku berdegup kencang. Peluh mula mercik di dahi. Sedaya upaya aku menahan marah. Rasa dikhianati dengan insan yang aku sayang buat kali kedua.

"Park Sunghoon!" jeritku sambil berjalan mendekatinya

Sunghoon menoleh memandang aku. Wajahnya mendatar, sedikit pun tidak terkejut aku berada di sini.

"Siapa perempuan ni?"

"Kau tak perlu tahu"

Aku?

Panggilan dia sudah berubah. Padahal baru semalam dia bahasakan 'saya awak' dengan aku.

"Hi, awak mesti Nara kan? Saya Kim Jieun, bakal tunang Sunghoon"

Aku ketawa palsu lalu menampar bahu Sunghoon. Sedaya upaya menahan air mata.

"Sunghoon pandai awak buat lawak. Tak baik prank saya macam ni"

"Aku tak prank. Betul lah, Jieun bakal tunang aku"

Oh tuhan. Cubaan apakah ini. Kenapa Sunghoon tiba-tiba saja berubah.

"Ohh.. Tahniah" balasku perlahan lalu pusing badan berjalan pergi dari situ

Sunghoon sedikit pun tidak halang aku. Dia membiarkan aku pergi tanpa memberi sebarang alasan.

Hati aku sakit.

Lagi sekali, Sunghoon mungkir janji. Dan lagi sekali dia khianati aku.

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now