11

199 20 35
                                    

votement ty!btw saya suka baca komen, kitonya mudah terhibur 😭🫶🏼_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

votement ty!
btw saya suka baca komen,
kitonya mudah terhibur 😭🫶🏼
_____

Lama Sunghoon mendiamkan diri. Mulutnya bagai di kunci sehingga tidak mampu bercakap.

"Sunghoon. Awak tak nak cakap dengan saya ke?"

Sunghoon angkat kepalanya memandang wajah Youngmi. Jantungnya berombak laju. Terasa darah mengalir dengan cepat sehingga terasa panas satu badan.

"Aku- aku tak tahu nak cakap apa" ucap Sunghoon jujur

Youngmi menoleh ke arah Jake bagi meminta izin lelaki itu untuk mendekati Sunghoon. Sebaik sahaja Jake angguk kepala, kaki Youngmi terus berjalan ke arah Sunghoon.

"Saya rindukan awak"

Bergetar anak mata Youngmi melihat lelaki di hadapannya kini. Sudah lima tahun dia tidak bersemuka dengan Sunghoon. Tidak sangka lelaki itu masih tidak berubah.

"Ya, aku pun rindukan kau" balas Sunghoon sambil menayang senyuman nipis

"Terima kasih kerana sudi selamatkan saya lima tahun lepas. Saya tak mampu balas jasa awak. Hanya tuhan yang mampu balas setiap kebaikan awak"

"Kau tak perlu berterima kasih. Aku ikhlas buat semua tu.. Kau kan kawan aku" balas Sunghoon lalu larikan pandangan ke tepi. Entah kenapa hatinya sakit apabila perkataan kawan itu keluar dari mulutnya sendiri.

"Sunghoon.. Kau tak ada buah hati ke?" celah Jake secara tiba tiba

Soalan Jake itu membuatkan lidah Sunghoon kelu sehingga lelaki itu mengambil masa untuk jawab.

"Ahhh tak ada"

Maaf Nara. Aku tak sengaja.

Jake angguk kepalanya kemudian memeluk bahu Youngmi sambil menayang senyuman nakal.

"Aku dengan Youngmi dah kahwin. Kau cepatlah cari pasangan.. Bolehlah anak kita nanti jadi bestie"

"Yah malulah sikit" laju tangan Youngmi mencubit lengan Jake. Tak malu betul!

"Hrmmm nanti aku carilah, buat masa sekarang aku nak fokus kerja"

"Ouh kau sambung business ayah kau ke?"

"Eh taklah. Aku tak nak sambung kerja haram dia.. Tapi aku guna duit tu untuk bukak business baru. Korang nanti datanglah butik aku. Aku ada bukak butik dekat Gangnam"

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now