12

173 17 47
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

Nara's

Tangan aku naik kusutkan rambut sambil sumpah seranah. Perkara yang terjadi semalam berlegar dalam fikiran. Macam manalah aku ada kekuatan untuk berdebat dengan Sunghoon hanya disebabkan perasaan cemburu aku terhadap insan bernama Youngmi.

Lee Youngmi, wanita itu sudah menjadi isteri orang tetapi aku masih rasa terancam dengan kemunculan dia. Walaupun dia berkahwin sekalipun itu semua tak akan menghalang perasaan Sunghoon terhadapnya.

Aku tahu betapa kuatnya perasaan Sunghoon terhadap Youngmi, kerana aku sentiasa menjadi pilihan kedua dalam hati Sunghoon. Selama tiga tahun ini aku cuba untuk buka mata Sunghoon supaya melihat aku sebagai seorang yang dia layak cintai tetapi semua itu sia sia.

Jujur, aku ikhlas cintakan Sunghoon walaupun pada mulanya aku cuma anggap Sunghoon sebagai majikan dan insan yang telah selamatkan aku. Tapi perasaan aku mula berbubah apabila dia ingin aku menjadi tunangnya, malah dia sanggup tanggung hidup aku seperti kami sudah berkahwin.

Lelaki itu, ikhlas dalam menjaga aku tetapi perasaan dia. Aku sendiri tidak mampu baca.

"Hey, termenung apa tu?" sapa Sunghoon dari arah belakang. Tangannya memeluk pinggang aku erat sambil rehatkan dagunya di atas bahu aku.

"Saya tengok pokoklah"

"Bukan kau yang tengok pokok. Tapi pokok yang tengok kau"

Aku pusing badan menghadap Sunghoon. Tangan aku naik mengusap rambutnya.

"Aip janganlah sentuh rambut aku, nanti tak cantik" katanya lalu menarik tangan aku menjauhi kepalanya

"Eleh. Gediklah awak ni" balasku sambil mencebik bibir

"Kau nak ikut aku keluar tak?"

"Pergi mana?"

"Makan makan"

Aku angguk kepala sambil tersenyum lebar. Siapa je tak suka makan kan.

"Nak. Kejap eh saya pergi tukar baju"

"Aku bagi kau 10minit.. Kalau kau lambat aku naik atas-"

"Byeeee saya naik dulu" balasku sambil berlari masuk dalam rumah.

_____

"Kau pergilah masuk kereta dulu, aku nak bayar bil kejap"

Aku angguk kepalanya lalu bangun daripada kerusi meninggalkan Sunghoon di dalam restoran. Puas makan hari ini, semua yang aku nak dia belanja.

Sampai saja hadapan pintu kereta, ada satu tangan menghalang aku daripada masuk ke dalam.

"Hey babe"

Aku menoleh ke tepi bersama kerutan di dahi. Hampir gugur jantung aku apabila melihatnya.

"Kau buat apa dekat sini?" soalku sambil mengundur setapak ke belakang

"Kau terkejut ke aku ada depan mata kau sekarang?" soalnya sambil mendekati aku bersama senyuman sinis di bibir

"Stop. Jangan dekat dengan aku" kataku dengan nada bergetar getar

"Sayang, janganlah lari daripada aku. Tiga tahun aku tunggu kau. Kau tak rindu aku ke?"

"Aku tak pernah rindukan kau. Aku jijik dengan kau! Sebab kaulah aku kena buang keluarga, semua disebabkan kau!"

Dia ketawa terbahak bahak apabila aku memarahinya. Seperti tidak pernah buat salah, dia langsung tidak hairan akan perasaan aku.

"Salah kau sebab buat aku naik angin. Kalau kau ikut cakap aku, kahwin dengan aku. Aku tak akan sebar cerita palsu bahawa kau tidur dengan jantan"

Pang!

"Tutup mulut kau, Yeonjun. Aku benci dengar suara kau. Semua yang ada dekat kau, aku benci!"

"Kalau kau benci aku sekalipun. Keluarga kau tetap sayangkan aku" balas lelaki bernama Yeonjun itu sambil mencuit dagu aku

Aku menepis tangannya sambil mata aku mencari kelibat Sunghoon. Pergi mana lelaki ni, kata bayar bil tapi macam buat bil.

"Eh jap. Daripada kau dapat duit beli kereta mahal ni? Kau jual badan eh?" soal Yeonjun sambil kerling ke arah kereta milik Sunghoon

"Kalau aku jual badan sekalipun bukan masalah kau! Sekarang aku nak kau pergi dari sini!" jeritku persih orang gila

"Auch janganlah marah...

Okay aku pergi dulu, tapi jangan ingat kau selamat. Aku akan menghantui hidup kau sampailah kau jadi milik aku, bye sayang" balasnya lalu kucup pipi aku sebelum berlalu pergi

Tangan aku naik mengelap pipi dengan kasar. Jijik!

"Nara kenapa tak tunggu dekat dalam?"

"Awak pergi mana?!" soalku sambil menahan marah yang masih berbaki dalam diri

"Aku call dengan Youngmi tadi. Lama sangat ke kau tunggu?"

Aku melepaskan keluhan halus.

Youngmi lagi..

Tanpa membalas sepatah pun soalannya aku terus masuk dalam perut kereta.

"Nara, kau okay tak? Ada apa apa terjadi ke tadi?" soal Sunghoon sebaik sahaja masuk dalam kereta. Dia memandang aku wajah penuh risau.

"Saya okay je. Cuma penat sikit"

"Betul ni?"

"Ya betul. Jomlah balik, saya nak rehat" balasku lalu rebahkan badan pada kusyen kereta. Kepala pusing ke arah tingkap supaya Sunghoon tidak nampak wajahku.

"Nara, kau marahkan aku ke?"

"Tak. Saya tak marahkan awak. Saya cuma penat.. Bawaklah kereta, saya nak tidur" balasku sambil mengetap bibir menahan tangisan.

"Nara, kalau kau ada masalah ceritalah dekat aku. Aku sentiasa ada untuk kau, aku tak akan tinggalkan kau. Aku sayangkan kau, aku tak nak kau tahan sakit seorang diri"

Aku menutup mulut dengan tapak tangan sambil menahan diri daripada meraung. Hati aku tersentuh dengan cara dia cuba untuk memujuk aku tapi dalam masa yang sama. Aku takut, semua itu hanyalah janji manis yang tidak bermakna.

_____

TADAAAAA YEONJUN BUAT COMEBACK!

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now