[platonic soulmate]
leave some votement
ty!
___"Aku tak akan ikut cakap Jay.. Dia tak ada hak nak kawal hidup aku"
Youngmi lepaskan keluhan. Kesal.
"Sunghoon jangan disebabkan saya hidup awak musnah. Awak kawan saya, saya nak hidup awak sempurna. Kalau saya layak bahagia, begitu juga dengan awak"
"Macam mana aku nak bahagia kalau kau yang buat aku sedih.
Lee Youngmi, pernah tak kau terdetik bukak hati untuk aku?" lirih nadanya bersuara.
Park Sunghoon yang berdiri hadapan Youngmi ketika ini tidak sama seperti dahulu. Wajahnya muram, matanya layu, bibirnya merekah malah hatinya remuk. Dirinya terlalu menyedihkan.
Tipulah kalau Youngmi tidak berasa kesian melihat keadaan Sunghoon sebegini. Kalaulah Youngmi tidak melayan Sunghoon sehingga lelaki itu salah faham, mesti semua ini tak akan terjadi.
"Sunghoon maafkan saya. Disebabkan saya awak jadi macam ni. Maafkan saya kerana lukakan perasaan awak.
Saya sayangkan awak Sunghoon. Sampai mati saya sayangkan awak tapi saya tak mampu balas perasaan awak. Maafkan saya"
Sunghoon angguk kepalanya memahami apa yang Youngmi katakan.
Nampaknya Youngmi memang meletak batasan dalam hubungan mereka berdua iaitu tidak lebih daripada kawan.
Sunghoon faham dan dia akui sejak mula lagi dirinya bakal kalah. Kalah dengan diri sendiri.
Sunghoon tidak pernah anggap Jake sebagai lawan. Kerana dirinya dan Jake terlalu berbeza, Jake itu sempurna orangnya. Jika dibanding sama Sunghoon, sudah semestinya Sunghoon kalah.
Park Sunghoon, lelaki ini mempunyai 1001 kekurangan. Dia memerlukan seseorang untuk melengkapi kekurangan yang ada pada dirinya.
Manakala Jake Sim, mempunyai 1001 keistimewaan. Hidupnya sempurna. Keluarganya bahagia, hidupnya tidak pernah merasa tekanan, pandai dalam semua aspek, dan tidak mempunyai musuh.
Lainlah Sunghoon, musuh sentiasa menanti dia jatuh.
"Youngmi, aku tahu aku tak layak berada dalam hati kau. Cuma satu saja yang aku minta, tolong bahagia demi aku. Bahagiakan Jake sama seperti aku cuba bahagiakan kau"
Youngmi mengetap bibirnya menahan tangisan. Tangannya bergetar memegang bahu Sunghoon lalu menarik tubuh lelaki itu masuk dalam pelukan.
"Sung-"
Bicara Youngmi terhenti apabila siren.
Mereka berdua saling memandang antara satu sama lain. Perasaan takut mula menyerbu diri.
"Jom pergi!"
Sunghoon menarik lengan Youngmi ingin keluar dari perpustakaan namun tubuh mereka membeku apabila api semakin marak sekitar blok perpustakaan.
"Tolong! Ada sesiapa tak dekat sini!" jerit Youngmi sambil berlari ke arah tingkap meminta pertolongan
Nampaknya blok ini tiada orang. Mustahil dalam perpustakaan tiada orang.
Sunghoon mengepal penumbuk. Dia tahu semua ini sudah dirancang.
Bukan kemalangan.
Mustahil sebuah blok yang besar boleh terbakar dalam sekelip mata. Mesti bangunan ini sudah disimbah minyak.
"Bangsat. Kau memang nak aku mati!"
"Sunghoon sabar. Mesti ada jalan untuk kita keluar" pujuk Youngmi walaupun dalam hatinya sudah gelisah
Seluruh bangunan ini sudah di mamah api. Terlalu cepat api marak.
"Youngmi pandang aku"
Bahu Youngmi ditarik supaya menghadap Sunghoon. Lelaki itu tunduk badannya separas dengan Youngmi.
Mata mereka bertembung.
"Aku janji tak akan biarkan kau sakit. Jadi tolong percaya dengan aku"
Sunghoon bukak blazernya lalu membaluti tubuh Youngmi.
"Sunghoon awak nak buat apa ni?"
"Shh diam. Percaya dengan aku, aku akan pastikan kau selamat"
Youngmi geleng kepalanya lalu menolak tangan Sunghoon yang berada di bahunya.
"Saya tahu awak nak buat kerja gila. Saya nak kita selamat, bukan saya seorang"
Sunghoon memandang api semakin marak sama seperti masa yang mereka ada. Semakin suntuk.
"Lee Youngmi tolonglah jangan degil. Ikut saja cakap aku"
"Saya tak nak!" jerit Youngmi lalu melepaskan tangisan. Dia tak sanggup turuti kerja gila Sunghoon.
"Sayang, tengok sini. Kau kena percayakan aku, andai kata tuhan jemput ajal aku sebelum kau. Tolong jadi pasangan yang baik untuk Jake.
Aku sayangkan kau dan aku sayangkan Jake. Jadi tolong dengar cakap aku, aku nak korang bahagia bersama.
Dan tolong sampaikan untuk Jake dan Heeseung, mereka kawan aku baik aku buat selamanya. Aku tak akan ganti tempat mereka dengan orang lain"
Semakin galak air mata Youngmi turun membasahi pipi. Dirinya terasa seperti manusia tidak berguna. Sunghoon telah korbankan segalanya sehingga sanggup gadaikan nyawa.
"Sudahlah menangis. Aku tak pandai pujuk, tapi aku yakin dapat selamatkan kau dari sini. Kau tahukan aku tak dapat merasa kesakitan, jadi benarkan aku selamatkan kau buat kali terakhir"
"Sunghoon" lirih suara Youngmi memanggil nama lelaki itu bersama tangisan
"Jom aku bawak kau keluar dari sini" Sunghoon membaluti tubuh Youngmi dengan blazer miliknya dan beberapa kain tebal yang masih tidak terbakar.
"Jangan Sunghoon"
"Shhh diam. Pejamkan mata"
YOU ARE READING
strawberry kisses ; sweet dreams
Fanfiction[completed] [ STRAWBERRY KISSES ] [SEASON : ONE] Sour like a strawberry and sweet like a kiss. You make me learn about life, but I give you trauma. - Lee Youngmi, start : august 2023 end : september 2023 • [ SWEET DREAMS ] [SEASON TWO] I didn't...