_____
Sunghoon's
Buat kali ke berapa aku lepaskan keluhan sambil meneguk arak. Fikiran aku masih memikirkan Nara. Macam manalah hidup barunya bersama Jay.
Aku terlalu rindukan Nara. Aku rindu berada dalam dakapan gadis itu. Sehari tanpa Nara boleh buat aku gila.
Sekarang aku sedar, orang yang aku ingin berada di samping aku ialah Nara. Bukan Youngmi. Youngmi itu cuma masa lalu yang aku tidak dapat lupakan.
Memang aku pernah cintakan Youngmi, tetapi perasaan itu sudah lama terpadam, cuma aku saja yang tidak sedar. Sejak aku bertemu dengan Nara, aku cintakan dia. Tetapi aku ego, aku tidak mahu mengaku bahawa aku sudah jatuh hati padanya.
"Nara, cepatlah balik.. Aku rindukan kau" keluhku lalu sandar pada sisi sofa sambil pejamkan mata
"Tuan okay tak?" celah satu suara lalu mengambil botol arak yang berada dalam genggaman tangan aku
"Kau buat apa dekat sini?"
"Saya datang kerjalah" balasnya bersahaja
"Eh pergi berambuslah. Sebab kaulah aku dengan Nara bergaduh" balasku kasar
"Saya cuma bagitahu benda betul. Kalau saya tak bocorkan rahsia Tuan, sampai bila bila Nara tak tahu boss masih pendam perasaan dekat Youngmi"
Dahi aku berkerut memandang Yaera. Macam mana perempuan ini boleh kenal Youngmi sedangkan dia tidak pernah kenal aku sejak alam persekolahan.
"Macam mana kau boleh kenal Youngmi?"
"Semua itu tak penting"
"Jawablah soalan aku. Macam mana kau boleh kenal Youngmi!" jeritku lalu genggam tangannya kasar
"Mestilah saya kenal. Sebab tuan dengan Youngmi punca abang saya masuk penjara!"
Masa seakan terhenti. Jadi selama bertahun Yaera bekerja dengan aku, rupanya dia adik kepada Yeonjun.
Dan aku tidak pernah tahu semua itu.
"Apa tujuan kau kerja dengan aku?"
"Park Sunghoon, kau buta ke? Aku kerja sini sebab nak musnahkan hidup kau tapi aku gagal. Sebab aku sukakan kau. Tapi kau sibuk layan Nara sampai tak nampak aku yang ada depan mata kau"
"Yaera aku tak sangka kau ada niat buruk dekat aku. Aku ikhlas ambil kau bekerja, aku tak pecat kau sebab aku fikir tentang masa depan kau dekat luar sana. Tapi ini yang kau balas dekat aku?"
Sungguh aku kecewa. Walaupun Yaera selalu ambil kesempatan dalam bekerja tapi aku masih tutup sebelah mata kerana aku anggap dia datang kerja untuk sara keluarganya yang susah. Rupa-rupanya dia datang ke sini untuk membalas dendam bagi pihak Yeonjun.
"Aku tak akan buat semua ini kalau kau balas perasaan aku. Sekarang kau terimalah hakikat, Nara tak akan kembali pada kau"
"Kau keluar dari rumah ni. Mulai sekarang aku tak mahu tengok muka kau" balasku geram
"Ouh sebelum aku berambus dari sini, kau perlu tahu suatu benda. Yeonjun dah lama keluar penjara, even more than 3 years tapi aku saja bertahan kerja dekat sini sebab perasaan bodoh aku terhadap aku.
Kau tahu apa maksud tiga tahun? Tiga tahun tu tempoh kau kenal dengan Nara"
Aku pusing menghadap Yaera dengan penuh tanda tanya. Aku langsung tak faham apa yang dia cuba sampaikan.
"Apa maksud kau?"
"Eh kalau nak tahu pergilah cari sendiri jawapan. Aku dah bagi clue paling besar" balas Yaera sinis sambil berjalan ke pintu rumah
Aku berlari mengikuti Yaera lalu tahan tubuhnya di dinding. Dada aku berombak menahan marah.
"Bagitahu aku sebelum kau menyesal"
"Kau nak buat apa? Bunuh aku?" balasnya sambil ketawa palsu
"Ya, aku sanggup bunuh kau. Kalau kau nak selamat bagitahu aku apa maksud kau tadi!"
"Sunghoon don't be stupid. Kalau kau boleh jatuh hati dekat Nara sebab muka dia macam Youngmi, apatah lagi Yeonjun. Kalau kau nak tahu Yeonjun punca Nara kena halau keluar dari rumah. Tapi aku tak sangka pula Nara terjumpa dengan kau, manusia yang tak reti move on macam abang kau"
Lidah aku kelu, seluruh tubuh aku membeku sehingga tidak dapat berfikir. Perasaan bersalah menggunung dalam diri.
Aku rasa bersalah terhadap Nara. Yeonjun telah gunakan dia kerana rupa parasnya yang seiras dengan Youngmi. Malah aku juga sama, aku tolong Nara tiga tahun lepas kerana rindukan Youngmi.
"Sanggup kau rahsiakan semua ni"
"Aku tak ada keperluan untuk bagitahu kau. Kalau aku tolong kau sekalipun, kau tak akan balas perasaan aku. Sekarang kau dah tahu semuanya kan? Bagi aku balik"
Aku mengundur setepak ke belakang memberi laluan kepada Yaera untuk pulang ke rumahnya.
Selepas Yaera pergi aku terus membuat panggilan. Aku tidak mahu minta pertolongan Jay kerana kami baru saja bergaduh tapi aku terpaksa.
Jongseong
Hello?
Jay tolong jaga Nara
Dia dalam bahaya
Jangan bagi Nara balik rumah diaApa maksud kau?
Aku baru je hantar Nara
balik rumah tadi
Sebab dia tak nak duduk dengan aku
Dia tak nak kau salah faham lagiAku letak panggilan lalu mengambil kunci kereta menuju ke rumah Nara. Mujur Nara pernah bagitahu aku alamat rumahnya, tidaklah aku terpinga pinga.
Aku perlu selamatkan Nara daripada Yeonjun. Nara milik aku, aku tak akan benarkam Yeonjun rampas Nara daripada aku.
YOU ARE READING
strawberry kisses ; sweet dreams
Fanfiction[completed] [ STRAWBERRY KISSES ] [SEASON : ONE] Sour like a strawberry and sweet like a kiss. You make me learn about life, but I give you trauma. - Lee Youngmi, start : august 2023 end : september 2023 • [ SWEET DREAMS ] [SEASON TWO] I didn't...