_____
Youngmi's
Aku membasuh tangan di singki sambil membuang pandangan ke luar tingkap. Salji turun semakin lebat.
Kejadian semalam berlegar dalam fikiran. Diri Sunghoon semalam sangatlah lain, dia sangat matang. Tambah pula senyuman manis di bibirnya tidak lekang semasa kami bermain salji.
Jujur, aku sukakan senyuman Sunghoon.
Kerana senyuman itu sangat mahal dan mendamaikan.
"Hey sweetie"
"Awak buat apa dekat sini?" soalku sambil lap tangan
"Rindu"
Aku ketawa halus mendengar jawapan Jake. Rindu?
Padahal baru berapa minit yang lepas dia tengok muka aku.
"Lawaklah awak ni. Saya ada depan mata awak kan"
"Tapi saya tetap rindukan awak" katanya lalu memeluk aku. Mukanya berada di ceruk leher aku.
Tangan aku naik mengusap belakang Jake, perlahan.
"Awak ada masalah ke? Ceritalah, saya tak nak awak pendam sorang sorang"
Jake geleng kepalanya lalu menjauhi aku sedikit. Tangannya menyentuh wajahku, pandangannya redup.
"I love you, Youngmi.
Saya tak sanggup awak tinggalkan saya"
Tangan Jake yang berada di wajahku aku pegang.
Dengan penuh berani bibirnya di kucup lembut buat beberapa saat.
"I love you more Jake. Saya ikhlas sayangkan awak"
"Jangan tinggalkan saya"
"Saya ada dekat sini Jake. Saya tak akan tinggalkan awak" kataku lalu menarik tubuh Jake masuk dalam pelukan. Hangat.
____
Sunghoon's
Salji semakin banyak turun atas tubuhku namun aku hanya biarkan sahaja.
Sedikitpun tidak terasa sejuk.
Apa yang aku rasa cuma satu. Sedih.
Aku perlukan seseorang untuk berada di sisi aku.
"Apalah nasib kau Sunghoon. Malang" kataku sendirian lalu melepaskan keluhan
"Sunghoon"
Aku menoleh ke tepi melihat seorang lelaki duduk di sebelah aku.
Tubuhnya bergetar menahan sejuk tetapi dia tidak terniat untuk tinggalkan aku sendirian.
"Kenapa muka dan badan kau penuh luka"
"Tak tahu" balasku sepatah
"Mesti kau ikut bapak kau buat kerja haram lagikan. Berhentilah, sampai bila kau nak ikut jejak dia jadi gangster. Silap hari bulan kau boleh mati" pesan lelaki itu sambil memandang aku risau
"Jangan risau tentang aku. Aku tak sakit, jadi aku tak kesah kalau kena tembak sekalipun"
"Memang badan kau tak sakit. Tapi perasaan kau macam mana?
Aku tahu kau terseksa. Sejak kecil bapak kau latih buat kerja haram sedangkan kau tak rela. Bila kau gagal kutip hutang, gagal lawan musuh bapak kau. Kau kena pukul dengan dia.
Youngmi. Dia pulak dah couple dengan kawan baik kau. Kau tak sakit ke Sunghoon?
Cukuplah berlagak kuat"
Aku menarik leher bajunya sambil mengepal penumbuk. Perasaan marah membuak buak dalam diri.
"Tumbuklah kalau itu yang buat kau rasa lega" katanya sambil menatap aku
"Kau jangan cabar aku Park Jongseong. Kau tak ada hak nak tahu tentang hidup aku"
Lelaki bernama Park Jongseong atau lebih tepat lagi Jay itu hanya ketawa sinis. Dia menolak tangan Sunghoon kasar.
"Kau lemah!" katanya sebelum berlalu pergi
Aku rebah ke lantai sambil melepaskan tangisan. Dada di tumbuk berkali kali.
Perasaan aku hancur.
Hidup aku musnah.
YOU ARE READING
strawberry kisses ; sweet dreams
Fanfic[completed] [ STRAWBERRY KISSES ] [SEASON : ONE] Sour like a strawberry and sweet like a kiss. You make me learn about life, but I give you trauma. - Lee Youngmi, start : august 2023 end : september 2023 • [ SWEET DREAMS ] [SEASON TWO] I didn't...