05

159 14 0
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

Nara masih terdiam selepas mendengar luahan Sunghoon. Tidak sangka lelaki ini percayakan dirinya sehingga berani ceritakan tentang masa lalunya. Apa yang berlegar dalam fikiran Nara tentang kehidupan Sunghoon sudahpun terungkap.

Cuma satu saja kesilapan Sunghoon. Dia masih sembunyikan tentang rupa paras Nara yang hampir seiras dengan Youngmi. Bagi Sunghoon, tiada siapa boleh tahu tentang perkara itu melainkan dirinya dan Jay.

"Sunghoon, saya harap awak kekal tabah"

"Kau tak perlu kesiankan aku. Benda dah lama berlalu.. Cuma aku yang bodoh masih teringatkan dia" balas Sunghoon lalu sandarkan badannya di sofa

"Nara, cuba kau cerita dekat aku. Macam mana kau boleh kena halau keluar dari rumah?"

Nara mengetap bibir. Hatinya terasa berat hendak ceritakan hal sebenar dekat Sunghoon.

"Sorry kalau buat kau tak selesa. Aku tak terniat nak tahu rahsia kau"

Nara geleng kepalanya sambil menayang senyuman nipis.

"Saya akan ceritakan semuanya.. Tapi sebelum tu, tolong janji dengan saya. Awak akan berada di samping saya apabila saya perlukan awak" soal Nara sambil menghulur jari mulusnya hadapan Sunghoon

Anak mata Sunghoon jatuh melihat jari halus Nara. Tidak sampai sesaat lelaki itu menyambut pinky promise Nara sambil memberi senyuman.

"Ya, aku janji"

Bibir Nara secara automatik tersenyum lebar. Tidak sangka Sunghoon akan menjadi tempat untuk dia meluah segala rahsia.

Dan siapa sangka, kerana Nara. Lelaki itu berubah hari ini. Tanggal 25 Oktober pada tahu ini tidak sama seperti sebelum ini.

_____

Youngmi's

Aku dan Jake mendiamkan sambil memandang ke arah langit malam.

"Jake, saya rasa Sunghoon masih hidup"

"Tapi Jay sendiri bagitahu saya, Sunghoon dah meninggal"

"Awak tak rasa pelik ke. Dekat mana kubur Sunghoon? Dekat mana keberadaan Jay? Saya rasa Jay ada sembunyikan sesuatu daripada kita.. Entah entah Sunghoon tak mati pun"

Jake lepaskan keluhan lalu kusutkan rambutnya.

"Youngmi jangan tanya soalan yang saya tak mampu jawab.. Saya sendiri masih tertanya tanya tentang kehilangan Sunghoon"

Aku memandang Jake dengan perasaan serba salah. Tak sangka pula aku dah buat dia rimas.

"Maaf sebab saya dah rosakan mood awak"

Jake geleng kepalanya lalu genggam tangan aku erat. Bibirnya menayang senyuman halus.

"Awak tak perlu mintak maaf. Awak tak buat salah pun, cuma saya yang penat. Saya penat fikirkan tentang Sunghoon.. Dia kawan baik saya Mi, saya rasa tak berguna sebab tak ada di samping dia masa dia susah"

"Jake, awak tak boleh cakap macam tu. Awak sentiasa berada di samping dia cuma situasi membuatkan hubungan awak dan dia terputus" aku mengusap bahu Jake sambil memeluk tubuhnya dari sisi

"Kalaulah Sunghoon masih ada. Saya nak hargai dia sebagai sahabat saya. Saya sayangkan dia Mi"

Aku angguk kepala mendengar butir bicara dari mulut Jake.

"Saya pun sayangkan dia Jake. Andai kata Sunghoon masih hidup sekalipun, saya harap dia jumpa orang yang lebih baik daripada kita"

Jake genggam tangan aku erat. Matanya redup memandang ke arah langit malam yang gelap gelita. Tiada satu pun bintang.

"Hari ni genap dua tahun Sunghoon tinggalkan kita..

Tuhan, jika dia masih hidup tolong kembalikan dia dalam hidup kami"

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now