08

158 15 3
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

Buk!

Jay membuka pintu rumah Sunghoon dengan kasar. Tanpa di pelawa Jay terjah masuk ke dalam mencari kelibat Sunghoon.

"PARK SUNGHOON AKU ADA NEWS!"

"Ishh tak payahlah jerit. Kenapa?"

"Jake kerja dekat syarikat aku!"

Terbutang mata Sunghoon mendengar nama Jake keluar dari mulut Jay.

"Macam mana dia boleh kerja situ?" soal Sunghoon hairan

"Manalah aku tahu. Jake sebenarnya dah empat tahun kerja dekat situ, tapi aku tak pernah nampak muka dia. Iyalah sebelum ni kan eomma yang handle company, sekarang aku kena uruskan semuanya.

Jadi hari pelantikan jawatan kuasa nanti mesti ada Jake!"

"Kau pecatlah dia"

Puk!

Tangan Jay naik mengetuk kepala Sunghoon. Geram dengan adiknya ini.

"Aku tak ada sebab kukuh untuk pecat dia. Lagipun Jake pandai buat kerja, tak hairanlah eomma lantik dia sebagai ketua marketing. Sepanjang Jake bekerja, hal kewangan syarikat berjalan dengan lancar"

Sunghoon angguk kepala. Memang tidak dapat dinafikan Jake seorang yang amanah dan pandai uruskan kerjanya dengan baik. Sebab itulah Jake pernah dilantik sebagai ketua pelajar kerana sifatnya yang amanah.

"Jay, aku nak tanya sikit.. Macam mana kau boleh dapat jemputan undangan perkahwinan Jake dengan Youngmi?"

"Ouhh ada sorang classmate kita kerja dekat syarikat aku, jadi aku mintaklah dekat dia.. Tak sangka pulak Jake jemput seluruh kakitangan syarikat. Mesti eomma pergi kenduri dia"

"Thats mean eomma dah lama kenal Jake. Tapi Jake tak tahu eomma itu ibu aku sebab dulu aku tinggal dengan appa" balas Sunghoon lalu selak rambutnya ke belakang

"Ouh cakap pasal appa. Apa khabar orang tua tu?" soal Jay sambil kerling ke arah Sunghoon

"Masih terlantar dekat hospital. Kau tak nak melawat dia ke?" soal Sunghoon

"Hmmm nantilah. Aku busy sikit, uruskan hal syarikat"

Sunghoon lepaskan tawa sinis. Macamlah dia tidak tahu sebenarnya Jay masih berdendam dengan Park Haesoo iaitu ayah mereka. Tapi Sunghoon tidak salahkan Jay kerana jauh dalam sudut hati Sunghoon, dia juga simpan sedikit dendam terhadap lelaki tua itu kerana pisahkan dia dengan ibunya.

"Sebelum aku balik. Aku nak pesan sikit, kalau kau terserempak dengan Jake dan Youngmi nanti. Janganlah lari.. Masalah tak akan selesai kalau kau lari"

Sunghoon tidak membalas namun dia terima setiap butir bicara Jay.

_____

Jake's

"Sweetie, minggu depan syarikat saya ada majlis. Awak nak ikut?"

"Majlis apa?" soal Youngmi sambil menyikat rambut di hadapan cermin solek

"Perlantikan Ceo baru. Awak ikutlah saya, awak kan suka majlis grand" balas aku kemudian menapak ke arah Youngmi yang berada di meja solek.

"Hmmm saya tak ada bajulah"

"Alah pasal baju janganlah risau. Saya boleh belikan" aku mengambil sikat yang berada dalam genggaman tangan Youngmi kemudian menyikat rambut gadis itu perlahan lahan.

"Hmmm suka hati awaklah.. Saya ikut je" balas Youngmi sambil memandang aku dari pantulan cermin

"Kenapa pandang saya macam tu?" soalku hairan apabila anak mata Youngmi tidak lepas merenung aku

"Saja. Nak tengok muka suami saya puas puas"

"Kalau macam tu lebih baik awak menghadap saya"

Youngmi geleng kepalanya.

"Kalau saya pusing ke depan.. Macam mana awak nak sikat rambut saya?"

Aku letak sikat di atas meja lalu menarik tubuh Youngmi ke depan. Tubuh aku rendahkan sedikit supaya separas dengan Youngmi.

"Now tengoklah saya"

Youngmi menutup wajahnya yang semakin memerah.

"Ishh saya malulah. Tepi sikit, saya nak tidur" Youngmi menolak tubuh Jake kemudian berlalu pergi ke katil

"Heeseung bagi awak makan apa eh? Dah besar pun comel"

"Hmmm makan kasih sayang" balas Youngmi sambil pejamkan mata

Aku rebahkan badan di sebelah Youngmi kemudian memeluk tubuh genit itu.

"Good night sweetie" ucapku lalu mencium dahinya sekilas

"Good night, love"

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now