leave some votement :')
ty!
_____Youngmi's
"Hey sweetie"
"Hey, awak buat apa dekat sini?" soalku sambil menuju ke perpustakaan
"Ikut awak" balasnya lalu memeluk bahu aku
"Cikgu tak datang ke?"
"Cikgu ada dalam kelas tapi saya ponteng kejap. Tak lama pun, 10 minit je"
"Best student ponteng kelas.. macam mimpi"
"10 minit bukan seharian. Awak cakap macam saya teruk sangat" balasnya dengan nada merajuk
"Gediklah awak ni. Pergi balik kelas sebelum saya report dekat cikgu" kataku lalu pusing tubuhnya ke arah laluan kelas
"Kiss dulu"
"Ishh tak tahu malu. Sedar diri kita dekat sekolah kan"
Jake angguk kepalanya lalu memandang sekeliling.
Cup!
Satu ciuman jatuh atas dahi aku.
"Saya pergi dulu. Take care sweet" katanya kemudian berlari menuju ke kelas. Bibir Jake tidak lekang senyuman sepanjang jalan.
"Tak malu betul" kataku sendirian sambil memegang dahi. Seluruh wajah aku terasa bahang. Semua salah Jake!
Aku masuk dalam perpustakaan kemudian menuju ke rak buku. Mata aku ralit mencari buku sehingga tidak sedar seorang lelaki berdiri sebelahku sambil mencari buku rujukan.
Buk!
"Maaf" katanya kemudian tunduk mengambil buku yang berada atas lantai. Buku itu dihulurkan kepada aku.
"Terima kasih.. Jay?"
"Awak buat apa dekat sini?" soalku hairan. Buku dalam tangannya aku ambil.
"Mestilah cari buku. Takkan berak kut" balasnya selamba
Hari ini merupakan kali kedua aku bercakap dengan Jay tapi dia tetap sombong seperti kali pertama aku menegurnya.
Cuma satu saja yang berubah.
Jay tak nerd!
Tiada lagi kaca mata bulat dan rambut kolotnya. Handsome!
"Aku tahu aku hansem tapi tak payahlah tengok sampai tembus"
"Ishh perasanlah awak ni. Sebijik macam Sunghoon" kataku tanpa sedar aku sudah memetik nama Sunghoon.
Sunghoon. Sejak dia mintak maaf dekat aku hari itu, aku jarang nampak mukanya. Bila aku tanya kenapa dia menjauh diri, katanya sibuk.
"Rindu Sunghoon ke?"
"Seboklah awak ni. Busybody"
"Aku bukan busybody tapi saja tanya soalan yang dah ada jawapan. Aku tahu kau rindukan Sunghoon, tapi lebih baik kau jauhkan diri daripada dia"
Aku ketawa sinis lalu hentak buku atas rak dengan kasar.
"Awak siapa nak halang saya?"
"Aku orang penting dalam hidup Sunghoon. Aku ada hak untuk masuk campur, sebelum aku buat kau menangis lebih baik kau jauhi Sunghoon.
Dia tak layak dekati perempuan macam kau. Disebabkan kau Sunghoon dah cederakan diri dia. Semua sebab kau-"
"PARK JONGSEONG SUDAH!"
Aku memandang ke arah Sunghoon. Dia menghampiri aku dan Jay, mukanya merah menahan marah.
"Kau pergi balik kelas. Sekarang!" ujar Sunghoon lalu menolak bahu Jay kasar sehingga lelaki itu berganjak setapak ke belakang
Aku mengetap bibir. Risau.
Mujur sekarang tiada orang dalam perpustakaan. Aku tak mahu pergaduhan Sunghoon dan Jay menjadi perhatian orang ramai.
"Kau nak marahkan aku demi pertahankan perempuan ni? Sedarlah diri. Disebabkan Youngmi hidup kau hancur!"
"Hidup aku tak ada kena dengan kau. Sekarang aku nak kau berambus sebelum aku heret kau keluar dari sini" balas Sunghoon dengan nada keras. Dadanya berombak menahan marah.
"Fine! Kalau kau susah suatu hari nanti, jangan cari aku" balas Jay kemudian meninggalkan perpustakaan
Aku melepaskan keluhan lalu kusutkan rambut. Fikiran aku buntu.
"Sunghoon, saya rasa apa yang Jay cakap tadi benar. Awak tak patut dekati saya, cukuplah diri awak sakit disebabkan saya" kataku sambil menahan sebak.
Aku mengaku apa yang Jay katakan tadi semuanya betul. Selama ini aku tahu Sunghoon sukakan aku, tapi aku saja diamkan diri.
Aku masih bagi dia harapan palsu, sedangkan aku tahu penghujungnya aku akan kembali pada Jake.
Aku tidak sepatutnya bergantung harap pada Sunghoon. Tapi aku sendiri tidak tahu kenapa, aku rasa lebih selamat dengannya berbanding Jake.
Sunghoon ibarat rumah kedua aku. Sedangkan Jake, insan yang aku cintai.
Aku perlukan Sunghoon tetapi dalam masa yang masa aku juga perlukan Jake.
Sunghoon telah isi kekosongan dalam hidup aku, makanala Jake telah isi kekosongan dalam hati aku.
Aku perlukan mereka berdua.
Dan aku tahu, pilihan cuma satu.
YOU ARE READING
strawberry kisses ; sweet dreams
Фанфик[completed] [ STRAWBERRY KISSES ] [SEASON : ONE] Sour like a strawberry and sweet like a kiss. Itulah kehidupan. Tiada perkara yang sentiasa manis. Di luar saja nampak manis tetapi di dalam siapa tahu. Ini kisah antara aku dan mereka. Lee Youngmi...