03

171 14 20
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

"Sunghoon..

Park Sunghoon"

Nama lelaki itu meniti di bibir Youngmi. Apa yang terjadi dua tahun lepas sudah terbongkar. Rahsia yang Heeseung dan Jake cuba sembunyi telah pun musnah. Lima bulan lepas, Youngmi dapat tahu bahawa kewujudan Sunghoon selama ini bukanlah mimpi indahnya semasa koma namun ianya nyata.

Tipulah kalau Youngmi tidak kecewa apabila Heeseung dan Jake menipu dirinya seperti orang bodoh. Tetapi Youngmi sedar bahawa mereka berbuat semua itu demi kebaikan.

"Saya tak sangka awak tinggalkan saya buat selamanya" keluh Youngmi

Tuk tuk!

"Masuklah" ujar Youngmi sambil menoleh ke arah pintu bilik

"Hey sweetie pie. Awak busy ke?" soal Jake lalu labuh punggungnya sebelah Youngmi

"Awak nampak saya busy ke?"

Jake cebik bibirnya lalu menarik tubuh Youngmi berbaring di atas katil. Pinggang kecil gadis itu dipeluk erat lalu satu ciuman mendarat atas dahi Youngmi.

"Saya tanya je.. Janganlah garang sangat"

"Alololo majuk ke? Sorrylaa sayang.. Saya takde niat pun nak buat awak kecil hati"

"Awak cakap apa tadi? Cuba ulang lagi sekali"

"Eh melebihlah awak ni. Saya sebut sekali je" balas Youngmi lalu menolak tangan Jake supaya melepaskan pelukan

"Alaaaa sweet.. Tolonglah cakap lagi sekali. Kalau tak-"

"Kalau tak apa?" soal Youngmi sambil jegil matanya

"Saya kiss awak"

"Buatlah kalau awak berani. Saya bagitahu mak awak"

"Macamlah saya kesah" balas Jake lalu memegang wajah Youngmi. Seluruh pipi Youngmi menjadi mangsa ciuman Jake.

"Yahhh Sim Jaeyun!"

"Okay sorryyyy sorryyy" balas Jake lalu melepaskan Youngmi.

Mereka berdua berbaring sambil memandang siling. Tiba-tiba suasana menjadi hening.

"Jake, saya rindu Sunghoon"

"Saya pun rindukan dia" balas Jake perlahan namun cukup untuk didengari oleh Youngmi

"Awak rasa kubur Sunghoon dekat mana?"

"Saya tak tahu. Jay sorang je yang tahu.. Saya cuba tanya Jay, tapi dia dah menghilangkan diri"

Youngmi lepaskan keluhan halus. Tangannya bermain dengan jari lelaki itu.

"Saya harap sangat Sunghoon bahagia dekat sana"

"Yaa, saya juga"

_____

Uhuk uhuk!

"Siapa pulak seru nama aku ni. Nak minum pun tak senang" kata Sunghoon selepas meneguk segelas air

"Awak okay?"

"Aku okay je. Kau kenapa duduk situ? Datanglah sini, kita makan sekali" panggil Sunghoon sebaik sahaja dia nampak tubuh Nara tercegat hadapan peti sejuk

"Boleh ke? Saya kan pembantu rumah awak"

"Kenapa tak boleh pulak. Aku yang suruh kan.. Lagipun aku boss jadi dengar je cakap aku"

Nara angguk kepalanya lalu duduk hadapan Sunghoon. Lauk yang terhidang di atas meja makan menjadi tatapan Nara.

"Kenapa tengok je makan tu. Makanlah...

Ke kau nak aku suap?"

"Eh mestilah tak" balas Nara laju kemudian dia mula menjamah makanan

"Aku nak pergi kerja. Kalau kau bosan kawanlah dengan maid dalam rumah ni. Diorang semua baik"

Nara angguk kepalanya sambil memandang Sunghoon berjalan menuju ke pintu rumah.

"Sunghoon"

"Kenapa?"

"Take care"

Sunghoon tidak membalas malah dia terus keluar dari rumah tanpa sebarang kata.

"Lahhh sombong"

"Boss tak sombong tapi dia tu pendiam orangnya" celah satu suara

"Eh hai.. Awak pekerja dekat sini ke?" soal Nara sambil menayang senyuman janggal

"Yaa, saya pembantu rumah Tuan Park. Awak pula siapa?"

"Saya pun pembantu rumah, sama macam awak. Tapi saya kerja pada waktu malam"

"Ouhh kalau macam tu kenapa awak ada sekarang? Kenapa tak datang malam ni je?" soalnya hairan sambil memandang Nara dengan wajah tidak puas hati

"Hmmm sebab Tuan Park suruh saya duduk sini?"

"Huuh pelik.. Sebelum ini tak pernah pulak Tuan Park suruh maid tinggal sini"

Nara garu kepalanya yang tidak gatal. Banyak tanya pulak maid Sunghoon ni. Dah kering idea Nara nak menjawab soalan perempuan di hadapannya kini.

"Lupakan pasal Tuan Park. Apa kata awak perkenalkan diri. Nama saya Kwon Nara. Awak?"

"Choi Yaera. Saya sebaya Tuan Park, jadi awak kena panggil saya unnie"

"Eh macam mana awak tahu saya muda daripada awak. Saya tak pernah reveal umur saya" balas Nara hairan

"Muka awak nampak macam budak mentah baru habis sekolah. Terang terang muda daripada Tuan Park..

Mungkin sebab itulah Tuan Park bagi awak tidur sini. Yelah, dia pandang awak pun mesti tak ada selera. Awak sama level dengan budak tadika" kata Yaera sinis sambil memandang Nara dari atas hingga ke bawah

Nara mengepal penumbuk. Sedaya upaya menahan sabar.

Boleh pulak minah senget ni samakan aku dengan budak tadika. Biadap!

"Ouhh selamat berkenalan Yaera... Tapi mana lagi dua orang maid dalam rumah ni?"

"Awak ada kaki kan? Pandai pandailah cari" balas Yaera sebelum berlalu pergi

"Sabar Nara. Sabar. Tuhan nak bagi kau ujian" pujuk Nara sambil memeluk tubuh

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now