02

173 14 10
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

Nara's

Aku keluar dari bilik lalu mencari kelibat Sunghoon. Seluruh rumah ini sudah gelap, cuma tinggal satu saja tempat yang masih bercahaya iaitu dapur.

Kaki aku melangkah ke dapur. Dari jauh aku nampak dia sedang meneguk sebotol soju.

"Sunghoon, awak tak tidur lagi?" soalku lalu mendekatinya yang berada di kaunter dapur

"Eo Youngmi kau buat apa dekat sini?" soalnya sambil memandang aku hairan

"Siapa pulak minah Youngmi.. Nama aku Nara" kataku perlahan sambil menggaru kepala yang tidak gatal

"Mi dekatlah sikit. Aku dah lama tak tengok muka kau" katanya lalu menarik tangan aku supaya dekat dengannya

"Sunghoon, awak silap orang"

"Shhh diam.. Bagi aku lima minit untuk peluk kau, aku rindukan kau"

Tanpa sebarang amaran Sunghoon memeluk tubuh aku erat. Lidah aku kelu. Tak mampu berkata apa-apa.

Siapa Youngmi?

Kenapa lelaki ini seperti hilang arah sampaikan dia gelar aku sebagai Youngmi.

"Dulu Youngmi suka pakai baju ni, aku pernah janji dengan Youngmi tak ada siapa boleh usik baju ni.. Tapi tak sangka pulak aku bagi kau pinjam" katanya perlahan sambil mengeratkan pelukan di pinggang aku

Aku masih tak faham apa yang berlegar dalam fikiran Sunghoon. Dia cakap aku Youngmin, dalam masa yang sama dia seolah tahu bahawa aku bukan Youngmi.

Apa yang dia nak sebenarnya.

"Sunghoon, saya bukan Youngmi"

Sunghoon angguk kepalanya lalu lepaskan pelukan.

"Maaf.. Aku tak sengaja peluk kau. Pergilah tidur, dah lewat malam" katanya sebelum berlalu pergi meninggalkan aku sendirian di dapur

____

Sunghoon's

Aku melepaskan keluhan ketika sampai di bilik. Fikiran kusut.

"Kenapa muka kau iras dia" tangan aku membuka laci meja lalu mengambil sekeping gambar.

Wajah Youngmi memang seiras Nara. Aku tahu mereka bukan orang yang sama, tetapi kewujudan Nara membuatkan aku teringatkan Youngmi.

Betul apa yang Jay katakan. Aku tidak boleh samakan Nara dan Youngmi kerana mereka orang yang berlainan.

"Kau tolong Nara sebab muka dia macam Youngmi kan?"

"Tak Jay.. Aku tolong Nara sebab aku kesiankan dia"

"Kau tak payah tipu akulah. Dua tahun kebelakangan ni kau susah tolong orang, hati kau tak sama macam dulu, yang mudah kesiankan orang. Tapi kenapa hari ni kau berubah?

Sebab Youngmi kan?" balas Jay sinis sambil memandang aku tajam

Aku tak mampu lari daripada Jay. Jay itu kembar aku. Dia mampu baca fikiran aku seperti buku.

"Aku cuba lupakan Youngmi.. Tolonglah faham situasi aku"

"Kau tak habis habis cakap benda yang sama. Dua tahun kau cuba lupakan Youngmi, tapi aku tak pernah nampak kau move on. Sekarang kau nak gunakan Nara sebab muka dia macam Youngmi"

"Aku tak akan libatkan Nara dalam masa silam aku. Nara tak ada kaitan dan aku tak gunakan dia. Aku ikhlas tolong Nara"

Jay ketawa sinis mendengar ayat yang keluar dari mulut aku.

"Tak ada kaitan? Okay, kalau macam tu. Aku nak tengok.. Sejauh mana kau boleh hidup dengan Nara tanpa bayang bayang Youngmi"

Aku menutup mata lalu rebahkan badan di atas katil. Perbualan antara aku dan Jay tadi masih segar dalam ingatan.

Aku perlu lupakan Youngmi.

Ya, aku perlu lupakan dia.

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now