16

168 19 19
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

Youngmi masuk dalam bilik tidurnya selepas Sunghoon ke rumah. Dia kerling ke arah Jake, lelaki itu sudah dibuai mimpi.

Youngmi tunduk sedikit tubuhnya lalu mengucup dahi lelaki itu sekilas. Tanpa dia sedar bahawa Jake sudah terjaga daripada lena.

"Apa ni cium orang masa tengah tidur" cebik Jake lalu menarik tubuh Youngmi supaya baring di sebelahnya. Tubuh genit itu dipeluk erat.

"Alaaa nak cium suami sendiri pun tak boleh"

"Eh saya tak cakap apa pun.. Buatlah selalu, saya tak marah pun" balasnya kemudian mencuit hidung Youngmi

"Ishh tidur tidur.. Esok awak kerja"

"Sunghoon dah balik ke?"

"Haah. Baru je balik tadi. Kenapa?" balas Youngmi bersama anggukan

"Saya tak tahu apa yang korang bincangkan. Tapi saya yakin, masalah Sunghoon dengan bekas tunang dia ada kaitan dengan awak kan?"

Lidah Youngmi kelu. Jake sudah masak dengan perangai Sunghoon sampaikan apa yang mereka bualkan tadi Jake boleh agak.

"Saya kesiankan bekas tunang Sunghoon. Kalau boleh saya nak jumpa dia, saya nak pujuk dia. Tapi dalam masa yang sama saya tak berani nak jumpa dia.. sebab sayalah mereka bergaduh"

"Sejak hari pertama saya jumpa Sunghoon, saya tahu dia tidak lupakan awak.. Saya tak marahkan Sunghoon kerana sukakan awak sebab saya tak boleh halang perasaan dia. Cuma saya kecewa dengan sikap Sunghoon.. Sepatutnya Sunghoon bukak hati untuk tunang dia, tapi ini tidak. Dia putuskan hubungan dengan alasan bodoh" balas Jake lalu kerling ke arah Youngmi.

Jake tahu isterinya rasa bersalah terhadap bekas tunang Sunghoon. Tapi apa yang boleh dia lakukan. Semua itu sudah terjadi.

"Saya harap lepas apa yang terjadi hari ini Sunghoon akan berubah"

"Dahlah sayang, tak payah fikir lagi. Jom tidur"

"Goodnight" ucap Youngmi sebelum pejamkan matanya

"Goodnight sweetie"

_____

Nara's

"Hey selamat pagi" sapa Jay sambil siapkan sarapan di dapur

"Selamat pagi Jay. Awak masak apa?"

"Pancake.. Come here, kita sarapan sekali"

Aku ketawa halus melihat Jay memanggil aku persih anak kecil. Pertama kali aku lihat sisi mesra Jay, sebelum ini dia suka gaduh dengan aku.

"Terima kasih Jay, dan maaf sebab susahkan awak"

Jay geleng kepalanya lalu menghulur aku sepinggan pancake bersama segelas susu.

"Kau tak susahkan aku. Lagipun aku ikhlas tolong kau, kalau bukan sebab Sunghoon sekalipun.. Aku tetap tolong kau"

Aku mengetap bibir. Tipulah kalau aku tidak tersentuh dengan kata kata Jay, lelaki ini telah tolong aku di saat aku perlukan seseorang.

"Jay.. Saya nak mintak tolong boleh?"

"Tolong apa?"

"Hantar saya balik rumah keluarga saya. Saya rasa sudah tiba masanya saya kembali jumpa keluarga saya"

Kepala Jay terus menoleh memandang aku. Wajahnya berkerut seribu.

"Bukan ke kau bergaduh dengan diorang?"

"Ya, memang saya bergaduh dengan keluarga saya. Tapi saya tiada pilihan, saya tetap kena pulang dekat pangkuan diorang"

"Kau tinggal je lah dengan aku. Aku tak halau kau pun" suara Jay berubah seperti tidak senang aku ingin keluar dari rumahnya

"Jay, kalau saya terus tinggal dekat sini.. Awak dengan Sunghoon tak akan berbaik, cukuplah disebabkan saya korang bergaduh. Lagipun saya tak nak Sunghoon terus anggap saya curang dengan dia sedangkan saya mati matian cintakan dia"

Jay lepaskan keluhan lalu pergi ke singki tanpa sebarang kata.

Aku mengikuti Jay dari belakang. Bahunya aku tarik supaya menghadap aku.

"Please Jay..."

"Okaylah. Aku hantar kau balik sekejap lagi. Tapi janji dengan aku, kalau apa apa terjadi dekat kau tolong call aku. Aku tak nak kau dalam bahaya lagi"

Aku angguk kepala sambil menayang senyuman manis.

Tidak sangka aku akan pulang ke pangkuan keluarga aku setelah tiga tahun berlalu. Aku berharap pintu rumah itu masih terbukak untuk aku.

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now