_____
Tuktuk!
Dahi Nara berkedut apabila bunyi ketukan tingkap bergema satu bilik. Tanpa menunggu masa gadis itu terus pergi ke tingkap lalu membukanya.
"Sunghoon, awak buat apa dekat sini?"
"Shhhh diam.. Nanti mak kau dengar" Sunghoon menutup mulut Nara lalu menarik tangan Nara duduk di birai katil.
"Yeonjun ada dapat sini tak?"
Nara geleng kepalanya tanpa membalas sepatah kata.
"Aku nak kau ikut cakap mak kau kahwin dengan Yeonjun?"
"Awak gila ke?"
"Dengar dulu alasan aku" tangan Sunghoon naik memegang wajah Nara supaya memandangnya.
"Yeonjun punca aku terlibat dalam kebakaran lima tahun lepas"
"Maksud awak?"
Seperti yang di janjikan, Sunghoon ceritakan semuanya kepada Nara. Tiada satu pun yang tinggal. Kali ini tiada lagi rahsia antara Sunghoon dan Nara.
"Kalau Yeonjun sukakan saya sebab muka saya sama macam Youngmi. Baik dia pergi cari Youngmi je.. Kenapa mesti saya yang di cari?"
"Aku tak tahu punca dia gilakan kau. Mungkin dia dah lupakan Youngmi, dan obsess dekat kau.. Yeonjun tu gila, kalau dia nak.. Dia akan pastikan benda tu dapat dalam tangan dia"
Nara lepaskan keluhan lalu memandang Sunghoon. Wajah lelaki itu muram.
"Kenapa awak nak saya setuju kahwin dengan dia?"
"Kalau kau tak ikut kehendak dia, nyawa kau dalam bahaya. Tapi aku akan pastikan perkahwinan korang tak akan terjadi sebab aku akan bongkarkan perangai buruk dia dekat keluarga kau"
"Saya letak kepercayaan saya dekat awak. Jangan buat saya kecewa lagi. Saya dah penat kena tipu dengan awak"
Sunghoon genggam tangan Nara erat lalu menayang senyuman nipis. Berharap Nara percayakannya kali ini.
"Aku tak akan biarkan dia rampas orang yang aku sayang"
Nara mengetap bibir. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang. Terasa seperti Sunghoon memang ikhlas sayangkan dirinya kali ini.
"Pergilah balik.. Dah lewat malam"
Belum sempat Nara menarik tangan Sunghoon supaya bangun daripada katil, lelaki itu memeluk tubuhnya erat.
"Maafkan aku atas apa yang terjadi. Aku tahu aku tak matang. Aku sepatutnya percayakan kau.. Aku terlalu cemburu masa tu sampai tak sedar apa yang aku cakap"
"Kenapa awak nak cemburu? Saya bukan sesiapa dalam hidup awak"
Sunghoon geleng kepalanya lalu lepaskan pelukan. Wajah Nara diusap lembut.
"Kau penting dalam hidup aku. Maafkan aku kerana tak hargai kau selama ni. Aku ikhlas sayangkan kau"
"Semuanya sudah terlambat. Awak dengan saya dah tak ada apa apa.. Pergilah balik"
Sunghoon lepaskan keluhan. Dia tidak mampu memaksa Nara mempercayainya. Selama ini Nara sudah bagi banyak peluang tapi tidak dihargai.
"Nara, aku sayangkan kau lebih daripada yang kau sangkakan. Aku juga cintakan kau. Aku tak kisah kalau kau tak percayakan aku, tapi apa yang aku cakap kali ni aku memang ikhlas"
Sunghoon mengusap rambut Nara lalu mencium dahi gadis itu lama sebelum berlalu pergi.
"Terima kasih kerana hargai saya" ucap Nara walaupun dia tahu lelaki itu tidak dengar.
_____
Sambil menolak troli mata Jake meliar mencari susuk tubuh Youngmi. Pergi manalah isterinya ini, cari cili atau buat cili. Lama betul, sudah 10 minit Jake menunggu.
Dahi Jake berkerut apabila terdengar jeritan Youngmi. Lelaki itu terus berlari mencari Youngmi di setiap pelusuk pasar raya.
"Hey sweetie, kenapa ni-" seluruh tubuh Jake terkaku apabila matanya bertentangan dengan seorang lelaki yang cukup dia kenal
Choi Yeonjun.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Jake kasar
"Beli baranglah. Takkan nak menjahit pulak" balas Yeonjun sambil kerling ke arah Youngmi.
Gadis itu berada dalam dakapan Jake, bibirnya pucat. Kejadian lima tahun lepas bermain dalam fikiran.
"Kau dah dapat barang yang kau nak kan? Sekarang aku nak kau berambus"
"Semudah tu je kau halau aku?" Yeonjun ketawa sinis lalu mencuit dagu Youngmi supaya memandangnya
"Kau jangan berani sentuh isteri aku!" tangan Yeonjun di tepis kasar. Muka Jake mula merah menahan marah.
"Auchhh garang.. Sekarang dah berani tunjuk hero, dulu masa kebakaran kau tak datang selamatkan Youngmi pun"
"Kau jangan babitkan masa lalu aku!" marah Jake. Hampir saja dia ingin menumbuk wajah Yeonjun tapi di tahan oleh Youngmi.
"Jake, jangan.. Saya tak nak awak terlibat dalam masalah, dekat sini banyak CCTV" pujuk Youngmi sambil memegang tangan Jake
Jake mendiamkan diri. Dadanya berombak memandang Yeonjun. Perasaan marah membuak dalam diri.
"Yeonjun, saya mintak jasa baik awak pergilah dari sini. Saya tak ada kaitan dengan awak.. Saya merayu jangan ganggu hidup saya lagi"
Yeonjun angguk kepalanya sambil ketawa sinis. Dia mendekati Youngmi sambil berbisik sesuatu.
"Aku mungkin tak akan ganggu kau lagi. Tapi your second half, nyawa dia dalam tangan aku"
Yeonjun meninggalkan pasangan suami isteri itu dengan penuh tanda tanya.
"Sayang, awak okay tak?" soal Jake risau. Lelaki itu mengusap tubuh Youngmi supaya tenang.
"Jake"
Mata Youngmi tepat memandang ke arah Jake. Entah kenapa perasaan sebak menyelubungi diri.
"Apa maksud Yeonjun?"
"Shhh janganlah fikir. Dia tu gila, cakap pun merepek" pujuk Jake
"Jake, what if orang yang Yeonjun maksudkan tu memang dalam bahaya?"
"Siapa your second half.. Tak ada kan.. Mesti Yeonjun tipu je tu" Jake berjalan setapak ke depan namun tubuh Youngmi masih mengeras
"Sweetie, sudahlah fikir. Nanti awak stress"
"Saya nak jumpa Nara"
_____
Happy New Year!
Love you💕
YOU ARE READING
strawberry kisses ; sweet dreams
Fanfiction[completed] [ STRAWBERRY KISSES ] [SEASON : ONE] Sour like a strawberry and sweet like a kiss. You make me learn about life, but I give you trauma. - Lee Youngmi, start : august 2023 end : september 2023 • [ SWEET DREAMS ] [SEASON TWO] I didn't...