10

162 18 4
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

"Nara kau okay tak?"

Sunghoon mengetuk pintu bilik Nara berkali-kali. Lagi sejam majlis hendak bermula tetapi gadis itu masih berada dalam bilik.

"Nara aku bukak pintu ni" ujar Sunghoon kemudian membuka pintu bilik Nara.

Seperti yang Sunghoon sangkakan, Nara tidak bersiap lagi. Gadis itu tertidur sambil memeluk tubuh.

"Nara, kau okay tak?" soal Sunghoon risau. Dahi Nara disentuh. Tidak demam.

"Hoon, sorry buat awak menunggu. Sekejap saya nak bersiap, lepas tu kita pergi"

Belum sempat Nara bangun dari baringan Sunghoon menghalang bahunya. Badan Nara ditolak kembali supaya terbaring.

"Kau demam ke? Kenapa berpeluh semacam"

"Saya tak demam.. Sakit perempuan je.. Tak payahlah risau, saya boleh bangun"

Sunghoon geleng kepala lalu menahan bahu Nara agar tidak bangun.

Bagi Nara sakit yang dia alami ini biasa. Tetapi bagi Sunghoon, tidak. Hampir setiap bulan Sunghoon melihat Nara dalam keadaan sebegini. Dan Sunghoon tahu Nara sangat perlukan seseorang dalam situasi sebegini.

"Baru datang ke?"

"Haah, petang tadi" balas Nara sambil mengetap bibir. Entah kenapa dirinya terasa malu walaupun situasi ini bukan kali pertama dalam hidupnya.

"Kau duduk sini jap. Aku pergi ambil ubat dekat dapur"

"Eh tak payah. Saya boleh ambil sendiri. Awak pergilah majlis Jay. Kesian dekat dia kalau awak tak datang"

Lama Sunghoon mengambil masa untuk membalas. Fikirannya bercelaru.

"Sunghoon, saya okay je. Awak tak perlu risaukan saya. Lagipun ini perkara biasa bagi saya"

Sunghoon lepaskan keluhan lalu bangun dari sisi katil. Dia memandang wajah Nara risau.

"Kalau kau sakit terus call aku. Jangan fikir dua tiga kali. Call je aku"

Nara angguk kepalanya sambil menayang senyuman manis untuk lelaki itu.

"Yaa, saya akan call awak kalau ada kecemasan"

"Aku pergi dulu. Jaga diri"

Dahi mulus Nara dicium sekilas sebelum dia menapak keluar dari rumah.

"Bawak balik makanan untuk saya!" jerit Nara sebaik sahaja Sunghoon keluar dari bilik

_____

Sunghoon's

Masuk saja dalam dewan aku mencari kelibat Jay. Manalah budak tu pergi. Batang hidung pun tak nampak.

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now