Sorry korang, chapter hujung ii ni memang saya banyak focus dekat Nara je.
_____
Nara's
"Cantiknya anak eomma"
Aku mendiamkan diri tanpa membalas sepatah pun. Aku benci hari ini.
Hari perkahwinan aku dan Yeonjun.
"Sayang, senyumlah sikit. Hari bahagia kamu ni, kenapa murung sangat" eomma cuit pipi aku supaya senyum
"Eomma pergilah jemput tetamu. Nanti panggil Nara bila majlis nak mula" kataku lalu menolak lembut tangan eomma
"Duduk sini tau. Jangan nak lari" balas eomma sebelum keluar dari bilik
Aku lepaskan keluhan halus lalu genggam gaun yang tersarung pada tubuhku.
Fikiran aku kosong, dan buntu.
Tuk tuk!
"Nara"
Dahi aku berkerut melihat dia melangkah masuk dalam bilik.
"Heeseung? Awak buat apa dekat sini"
"Jom ikut aku"
"Huuh? Pergi mana?" soalku hairan
"Larilah. Takkan kau nak kahwin dengan Yeonjun"
"Tapi-"
"No tapi tapi. Ikut je cakap aku, Jay tunggu kau dekat luar" kata Heeseung lalu menarik tangan aku
Aku hanya mengikuti langkah Heeseung. Ke mana saja dia bawa, aku sanggup ikut asalkan perkahwinan aku terbatal.
Semasa aku ingin berjalan keluar dari dewan. Nama aku dipanggil oleh seseorang.
"Kwon Nara!"
"Tak payah layan. Ikut je aku" celah Heeseung lalu menarik aku agar terus berjalan
"Selangkah kau pergi. Aku musnahkan hidup adik kau, Lee Heeseung"
Aku berhenti berjalan lalu menoleh memandang tuan empunya suara.
"Apa masalah eomma ni? Eomma tak nampak ke Nara tak nak kahwin dengan Yeonjun?"
"Eh kau jangan nak cari pasal. Tetamu dah datang, jangan nak malukan eomma" eomma merentap tangan aku supaya mengikutinya
"No! Saya tak nak kahwin"
"Kwon Nara!" jerit eomma persih orang gila
Heeseung menolak tangan eomma kasar. Dia menarik tubuh aku supaya duduk di belakangnya.
"Lee Nara adik aku. Kau tak ada hak untuk kawal dia. Kau hanyalah orang luar!"
Wajah eomma berubah mendengar kata kata Heeseung. Malah aku juga terkejut dengan Heeseung.
"Heeseung apa maksud awak?" Bisikku
"Nanti aku terangkan. Sekarang aku nak kau pergi. Biar aku yang uruskan mak kau"
Aku mengetap bibir sebelum melangkah pergi. Dalam fikiran aku penuh dengan tanda tanya namun aku perlu selamatkan diri sendiri.
Keluar saja dari dewan aku terus menuju ke arah Jay. Jake, Jay dan Youngmi menunggu aku di parkir kereta.
"Mana Heeseung?" soal Youngmi sebaik sehaja aku sampai di kereta
"Heeseung dekat dalam"
Youngmi kusutkan rambutnya.
"Korang tunggu dekat sini. Saya pergi jumpa Heeseung" belum sempat Youngmi melangkah pergi tangannya di tahan oleh Jake.
"Jangan. Bahaya kalau awak pergi sorang" balas Jake
Aku mendiamkan diri sambil memandang mereka. Kenapa mereka takut sangat dengan eomma.
"Korang, Heeseung tak akan apa apa. Dekat dalam tu cuma ada eomma saya"
"Nara, eomma awak tu ramai orang suruhan. Macam mana kalau dia upah orang untuk bunuh Heeseung" balas Youngmi dengan penuh kerisauan
"Mustahil"
"Awak rasa mustahil sebab awak tak pernah tahu siapa eomma awak yang sebenarnya" kata Youngmi sebelum berlari masuk dalam dewan.
"Korang pergi dulu. Aku ikut Youngmi" celah Jake lalu mengikuti Youngmi
"Nara, jom ikut aku" pintu kereta dibuka oleh Jay
Lama aku memandang pintu kereta itu sebelum senyuman nipis terbit di bibirku.
"Maaf Jay. Saya perlu selesaikan urusan keluarga saya, saya tak nak jadi beban.. Saya perlu tamatkan semua ni" balasku lalu masuk semula dalam dewan
Dari jauh aku nampak Heeseung sedang bertekak dengan eomma. Yang peliknya tiada kelibat Youngmi dan Jake.
"Kau cari Youngmi?" bisik satu suara di telingaku
Hampir luruh jantung aku ketika dia berdiri tegak di sebelah aku.
"Yeonjun.. Aku tahu semua ni kerja gila kau. Mana Youn-"
"Kau carilah sendiri" balas Yeonjun sinis
"Kau memang bangsat!" balasku kasar lalu menuju ke tingkat atas dewan. Mencari kelibat Youngmi dan suaminya.
"Youngmi Jake! Mana korang?!"
Semua pintu aku bukak namun tiada orang. Tinggal satu saja bilik yang aku tidak masuk iaitu bilik yang aku duduki tadi.
Pintu bilik itu dibuka.
Seluruh tubuh aku terkaku saat melihat Youngmi berada di hujung koridor. Tangannya di ikat.
"Youngmi-"
"Jangan dekat! Bahaya" jerit Youngmi sambil menangis
Aku melihat lantai. Penuh dengan peralatan tajam. Kalau aku jalan, aku jamin kaki aku akan berdarah teruk walaupun pakai kasut.
"Youngmi mana Jake?" soalku hairan
"Saya tak tahu. Saya tak sempat jumpa Jake. Masuk je dalam dewan, ada orang tangkap saya"
"Yeonjun! Kau memang gila" kataku geram sambil menggenggam gaun erat. Perasaan marah membuak dalam diri.
"Youngmi awak tunggu situ. Saya akan datang selamatkan awak"
"Jangan Nara. Saya merayu jangan dekati saya, saya tak nak awak sakit"
Aku mengetap bibir. Perasaan sebak mula menyerbu diri.
"Kalau macam tu saya pergi mintak bantuan. Awak tunggu sekejap, saya akan datang dengan segera"
Belum sempat aku bukak pintu. Pintu itu sudah terbuka dari luar.
"Sunghoon?"
YOU ARE READING
strawberry kisses ; sweet dreams
Fanfiction[completed] [ STRAWBERRY KISSES ] [SEASON : ONE] Sour like a strawberry and sweet like a kiss. You make me learn about life, but I give you trauma. - Lee Youngmi, start : august 2023 end : september 2023 • [ SWEET DREAMS ] [SEASON TWO] I didn't...