Today, I am here again
I can't sleep and
I try to forget you again- white night
_Sunghoon
Aku cuba pejam mata untuk tidur namun tidak boleh. Jam di dinding aku pandang. Sekarang baru pukul dua pagi tetapi mata aku masih cerah.
Hati aku gelisah. Gelisah memikirkan Youngmi. Sudah tiga minggu aku tidak bercakap dengan Youngmi.
Jujur, aku sangat rindukan Youngmi.
Aku bangun daripada katil terus mencapai kunci motor. Tanpa menunggu masa aku terus menuju ke rumah Heeseung.
Kali ini, aku akan bertindak.
Aku tidak mahu jadi pengecut.
Aku mahu Youngmi tunai permintaan aku, kerana dia sudah janji sebelum ini.
Sampai saja depan rumah Heeseung, nombor telefon Youngmi terus di dial. Walaupun ambik masa yang agak lama untuk Youngmi keluar aku tetap berdiri hadapan rumahnya.
Cuaca semakin sejuk memandang sekarang musim salji, mujur aku tidak peka terhadap suhu.
"Kenapa awak datang jumpa saya?" soal Youngmi sambil mendekati aku
Tangannya menggosok mata. Masih mamai.
"Maaf. Aku mintak maaf atas apa yang terjadi hari itu. Aku menyesal dengan apa yang aku dah lakukan. Tolong maafkan aku"
Youngmi ketawa halus lalu mengusap rambut aku lembut. Matanya bersinar di bawah cahaya lampu.
Aku mencapai tangan Youngmi yang berada di atas kepalaku. Tangan itu di usap lembut.
"Youngmi"
"Sunghoon"
"Kau cakap dulu" kataku sambil mengusap tangan Youngmi agar dia tidak merasa sejuk
"Let's break up.
Saya tahu hubungan kita tidak serius. Tapi saya rasa jahat sangat kerana libatkan awak dalam hal peribadi saya. Jadi mulai hari ini awak bukan fake boyfriend saya, awak bestfriend saya buat selamanya"
"Tapi kenapa? Aku ada buat salah ke dekat kau?" soalku lalu tunduk padangan ke bawah. Hujung tubir mataku semakin berair.
"Sebab saya dan Jake officially couple"
Aku melepaskan tangan Youngmi. Seluruh tubuh aku terkaku.
Aku tidak salah dengar bukan?
"Bila?"
"Hari ini" balasnya dengan nada perlahan namun cukup untuk aku dengar
Aku sangkakan aku cepat. Rupanya tidak.
Aku lambat.
Nampaknya permintaan aku musnah.
"Congrats. Aku tumpang gembira" balasku sambil menayang senyuman semanis mungkin.
Aku sepatutnya bahagia.
Hajat Jake selama ini sudah termakbul.
Tapi kenapa. Perasaan aku terlalu sakit sehingga aku rasa sukar untuk bernafas.
Terlalu sakit.
"Terima kasih Sunghoon. Awak sangat bermakna dalam hidup saya, saya tak akan lupakan seribu satu kebaikan awak terhadap saya" ucap Youngmi sambil menatap aku
Aku membalas pandangan Youngmi sebelum membuka bicara.
"Youngmi, kalau kau perlukan seseorang untuk lindungi kau, ingatlah kau ada aku. Aku sentiasa ada untuk kau"
Youngmi angguk kepalanya sambil mendepa tangan.
Aku menuju ke arah Youngmi lalu memeluk tubuhnya erat.
"I love you, Youngmi"
Sayangnya semua itu hanya terbuku dalam hati.
Tak apa Sunghoon. Semuanya akan baik saja. Asalkan Jake dan Youngmi bahagia, kau juga perlu bahagia.
"Sunghoon, tengok tu. Salji!" Youngmi melepaskan pelukan lalu tadah tangannya ke atas menanti salji turun. Bibirnya tidak lekang senyuman.
Tanpa sedar aku ketawa melihat kecomelan Youngmi.
"First snow with you"
___
YOU ARE READING
strawberry kisses ; sweet dreams
Hayran Kurgu[completed] [ STRAWBERRY KISSES ] [SEASON : ONE] Sour like a strawberry and sweet like a kiss. You make me learn about life, but I give you trauma. - Lee Youngmi, start : august 2023 end : september 2023 • [ SWEET DREAMS ] [SEASON TWO] I didn't...