_____
Youngmi's
"Sunghoon"
"SUNGHOON"
"PARK SUNG-"
Sunghoon bukak matanya lalu menarik lengan aku kasar sehingga aku terdorong ke depan. Mata aku membulat apabila bibir aku hampir terkena dengan bibirnya. Matanya tepat memandang aku.
"Lepaslah!" aku cuba menolak Sunghoon tetapi semakin kuat dia genggam lengan aku
"Kau nak apa?" soalnya serius
"Kita ada kerja berkumpulan. Saya nak bahagikan tugas"
"Perlu ke kejut aku macam tu? Kau tahu tak suara kau kuat kalah meriam" balas Sunghoon lalu melepaskan lengan aku
"Sorrylah. Manalah saya tahu"
"Cepatlah bagitahu aku apa yang patut. Jangan sampai aku sambung tidur"
Aku menarik kerusi lalu duduk hadapan Sunghoon. Kertas kerja aku letak atas mejanya sambil menerangkan apa yang patut.
"Dah siap?"
Aku geleng kepala. Aku baru terang 50% dia tanya dah siap ke belum. Nampak sangat dia malas tengok muka aku.
"Kalau macam tu kau terang dekat rumah nanti" katanya lalu bangun daripada kerusi keluar dari kelas
Aku tak tahu kenapa tapi kaki aku mengejar Sunghoon.
Semasa aku mengejar Sunghoon mata aku sempat menangkap pandangan orang sekeliling. Mereka bergosip pasal aku.
Yeonjun! Ini semua salah kau.
"Sunghoon tunggulah!" jeritku sambil mengejarnya
"Ishh kau nak apa?" soalnya malas namun kakinya tetap berhenti berjalan
"Sampai hati awak tinggalkan girlfriend awak dekat belakang sorang sorang" kataku sambil mencebik bibir. Tolonglah cair dengan lakonan aku.
Sunghoon pandang aku dengan penuh menyampah.
Mesti dia ingat aku perempuan gila.
"Jomlah kita pergi kantin. Saya lapar" aku menarik tangan Sunghoon mengikuti langkah aku
"Kau boleh tak lepas tangan aku. Orang pandanglah"
"Shhh diam.. berlakon jadi boyfriend saya, nanti saya tunaikan permintaan awak" bisikku di telinga
"Aku tak nak"
"Saya tidak terima bantahan awak"
Sunghoon tidak membalas apa. Dia hanya mengikuti aku pergi ke kantin walaupun wajahnya jelas sekali malas layan aku.
__
Sunghoon duduk hadapan aku sambil silang tangan di dada. Makanan di atas meja sikit pun tidak jamah.
"Kenapa awak tak makan?" soal aku sambil menguyah roti
"Kenapa aku kena jadi fake boyfriend kau?"
Aku letak lebihan roti di atas meja kemudian lap mulut. Mata aku berubah layu, meminta belas kasihan Sunghoon.
"Yeonjun dah sebar dekat satu sekolah kita bercinta. Tolonglah bantu saya, bulan depan kita break. Lepas tu awak boleh mintak apa saja yang awak nak dekat saya"
"Ishh kau ni memang menyusahkan hidup aku. Pergilah mintak orang lain jadi boyfriend kau"
"Kalau saya tahu benda ni akan terjadi saya akan mintak tolong orang lain. Saya pun tak nak libatkan awak dalam hal peribadi saya" balasku geram
Dia ingat aku ingin sangat jadi kekasih dia. Lebih baik aku suruh Jake jadi boyfriend abadi aku.
"Kalau kau tak tunai permintaan aku nanti. Nahas aku cari sampai lubang cacing" balasnya lalu mendekati mukanya dengan aku
"Janganlah dekat sangat. Macam macam mana kalau saya ada niat buruk?" balas aku sambil menahan gentar
"Niat buruk? Macam mana tu?" soalnya sinis. Kepalanya semakin dekat dengan aku sehingga aku dapat rasa deruan nafasnya.
Aku menelan air liur kesat. Otak aku boleh tak waras kalau keadaan kami sebegini setiap hari.
"Makan pun comot" jari Sunghoon lap hujung bibir aku kemudian dia berlalu pergi meninggalkan aku yang masih terpinga pinga.
"Youngmi ingat Jake. Ingat Jake!"
____
should I post sampai klimaks or post setiap hari 5 chapter?
YOU ARE READING
strawberry kisses ; sweet dreams
Fanfic[completed] [ STRAWBERRY KISSES ] [SEASON : ONE] Sour like a strawberry and sweet like a kiss. You make me learn about life, but I give you trauma. - Lee Youngmi, start : august 2023 end : september 2023 • [ SWEET DREAMS ] [SEASON TWO] I didn't...