07

277 29 8
                                    

_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____

"Sunghoon kalau awak mengantuk ti-" Youngmi berhenti bercakap apabila melihat Sunghoon sudah tidur sambil berlapik tangan di atas meja

Youngmi terus mengemas buku dan alat tulis yang berselerak di atas meja kemudian mengambil sehelai selimut di atas katil.

"Tidur pun hansem. Tak fahamlah" kata Youngmi sendirian lalu menyelimuti tubuh Sunghoon. Kakinya bergerak keluar dari bilik menuju ke ruang tamu sambil bernyanyi kecil

"Hey Jake. Kenapa tak tidur lagi?"

"Tak mengantuklah. Kenapa awak tak tidur?"

"Saya baru habis buat homework dengan Sunghoon. Dan sama macam awak tak mengantuk lagi" balas Youngmi lalu labuh punggungnya sebelah Jake

Mereka berdua mendiamkan diri buat beberapa minit. Masing masing tidak bukak mulut.

Suasana menjadi semakin hening.

"Heeseung mana?"

"Tidur" balas Jake sepatah

Youngmi hanya angguk kepalanya mendengar jawapan daripada mulut Jake.

Logik kalau Heeseung sudah masuk tidur. Dia tu suka membuta.

"Sunghoon mana?"

"Tidur" balas Youngmi sepatah sama seperti Jake tadi

"Ouhh"

"Dia tertidur dalam bilik saya. Saya tak sanggup nak kejut jadi saya keluar bilik"

Jake tidak membalas.

Suasana kembali hening.

"Jake boleh saya tanya sesuatu?"

"Tentang Sunghoon ke?"

Youngmi angguk kepalanya.

"Sunghoon sakit ke?" soal Youngmi perlahan. Risau jika ada orang lain dengar perbualannya dengan Jake.

"Ya Sunghoon memang sakit. Tapi sakit yang dia hadapi buat diri dia tidak merasa sakit"

Dahi Youngmi berkerut. Tak faham.

"Maksud awak?"

"Sunghoon menghidapi penyakit CIPA, sebab itulah dia tak kesah kalau lebam satu muka sekalipun kerana Sunghoon tiada deria sakit.

Sejujurnya Sunghoon dalam bahaya kerana nyawa Sunghoon berada dalam tangan dia sendiri jika dia salah langkah. Bagi Sunghoon kena tikam dengan sebilah pisau adalah perkara biasa tapi semua itu boleh meragut nyawa"

Youngmi menetup mulutnya dengan tapak tangan. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar ketika ini.

Mesti hidup Sunghoon derita. Bagi orang lain merasa peritnya sakit merupakan bala, mungkin bagi Sunghoon iainya satu nikmat jika dapat rasa apa itu erti kesakitan.

"Kenapa saya tak pernah tahu" Youngmi tunduk wajahnya. Rasa serba salah kerana tidak tahu tentang keadaan Sunghoon selama ini sedangkan Sunghoon merupakan rakan baik Heeseung, merangkap rakan sekelasnya.

"Awak tak perlu rasa bersalah. Sunghoon sendiri nak rahsiakan semua ni" balas Jake sambil mengusap bahu Youngmi

"Saya.." bicara Youngmi terhenti. Dia malu untuk berkata sebegitu walaupun hatinya ingin.

"Cakaplah apa yang terpendam dalam diri awak. Jangan malu"

"Saya nak jadi kawan korang. I mean bestfriend, saya nak lalui pahit manis kehidupan dengan korang. Saya nak bantu awak dan Sunghoon ketika susah"

Ketawa halus keluar daripada mulut Jake. Tangannya memeluk lengan Youngmi sambil angguk kepala.

"Sweet, saya dah lama anggap awak kawan saya. Awak yang ignore saya selama ni" kata Jake dengan sisa tawanya

"Ishh janganlah gelak. Saya malulah" Youngmi tutup wajahnya dengan tapak tangan. Darahnya menjadi panas akibat malu.

"Janganlah tutup muka awak. Saya nak tengok" Jake menarik tangan Youngmi. Mata bundarnya memandang tepat ke arah Youngmi.

Cantik.

Setiap kali melihat Youngmi, itulah yang terlintas dalam fikiran Jake. Youngmi seorang yang sangat cantik.

"Pinjamkan bahu awak. Saya nak tidur" belum sempat Youngmi bukak mulut Jake terus rebahkan kepalanya atas bahu Youngmi lalu menutup mata

Youngmi sedikitpun tidak membantah. Dia hanya biarkan kepala Jake berada di bahunya sambil bermain dengan rambut lelaki itu.

"Comel"

____

Congenital insensitivity to pain with anhidrosis (CIPA) ; disease where there is an inability to feel pain and temperature, and decreased or absent sweating.

strawberry kisses ; sweet dreams  Where stories live. Discover now