s a t u

273 37 5
                                    

Ini adalah karya fiksyen. Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua nama, watak, perniagaan, tempat, peristiwa dan kejadian dalam buku ini adalah sama ada hasil imaginasi pengarang atau digunakan secara rekaan. Sebarang persamaan dengan orang sebenar, hidup atau mati, atau kejadian sebenar adalah kebetulan semata-mata.

Hak Cipta © 2024 oleh ramieon. Semua hak cipta adalah terpelihara di bawah undang-undang. Sebarang penyalinan, pengedaran, atau penggunaan karya ini tanpa kebenaran bertulis daripada penulis adalah dilarang. Sebarang pelanggaran hak cipta akan didakwa mengikut undang-undang yang berkenaan.


𝙼𝚞𝚕𝚊 : 17 Ogos 2024
𝚃𝚊𝚖𝚊𝚝:

🪸

Majalah Remaja edisi terbaru itu dihempas ke atas meja berukiran kayu. Tubuhnya yang berjisim 52kg dibiarkan berayun kerana gerakan buaian. Kelopak mata dipejam rapat kerana cahaya sinaran matahari petang yang terpancar dari arah barat yang mencucuk mata.

Baru sahaja nak merehatkan fikiran, suara yang kecoh dari ruang tamu membuatkan Maya berdecit tak puas hati.

"Mama! Papa! Marina dah balik! I have good news for both of you!" Suara Marina, kakak Maya nyaring menceceh butir bicara yang tidak jelas.

"Rina. So what's the good news, sayang?" Mama yang baru keluar dari ruangan dapur lekas mendapatkan anak sulung kesayangannya.

"I passed! Rina layak ke pusingan separuh akhir!" Teriak Marina sambil memeluk tubuh ibu kandungnya.

"Congratulations, my sweety. Alhamdulillah tak sia-sia usaha Rina selama ni. Gembiranya mama. Malam nanti kita minta papa belanja Marina makan. Rina nak makan apa malam ni? Kita sambut your achievement while having dinner at restaurant, ya?"

"Sure mama. Rina sebenarnya teringin nak makan hotpot dengan seafood grill dekat restoran yang baru buka sebelah hotel tu.

"Sounds good. Kejap mama mesej papa supaya balik awal sikit hari ni. He's kinda busy today. I hope he can make time for us."

"Sure mama." Marina keriangan. Berita baik yang diterima oleh agensi hiburan mengenai pencalonannya dalam pertandingan pencarian bakat personaliti pempengaruh dan penghibur rancangan hiburan Malaysia itu sedikit sebanyak membuatkan Marina berasa bangga.

Bukan mudah untuk mendapat slot ke separuh akhir. Ramai yang telah tersingkir di peringkat suku akhir. Tak kurang juga yang disingkirkan sejak dari awal pencalonan. Seperti contoh, adiknya. Marina tergelak kecil mengingatkan hal itu. Dia membawa langkah ke anjung rumah yang menjadi tempat berehat untuk menikmati pemandangan pantai.

"Hei Maya. Kau mesti bangga kan kakak kau layak ke pusingan separuh akhir? Nasib baik jugak kau tarik diri. Eh ke kau kena reject dari awal pencalonan lagi?" Marina ketawa terbahak-bahak selepas mengejek adik kandung sendiri.

"Sebab tu aku kata, kalau kau nak diterima dalam industri hiburan Malaysia ni kau kena up kan sikit tona kulit kau tu. Aku tak kata kau gelap. Cuma cucuk la drip ke apa ke bagi cerah sikit kulit muka kau. Kesian la kalau kena reject serba skin tone kau je."

PopstarWhere stories live. Discover now