Penyedut minuman yang diperbuat dari bahan alami itu dimainkan dengan jari. Jari jemari menari mengetuk-ngetuk meja. Sudah suku jam dia menunggu di Restoran Bayu itu tapi batang hidung orang yang dinanti-nantikan tetap tidak berkunjung. Berkali-kali jam yang tergantung di dinding dipandang. Marina mula hilang sabar. Dia bangkit menuju kaunter restoran.
"Bos kau pergi mana? Lama aku tunggu tahu tak? Kau call dia cakap aku tunggu dah sejam dekat restoran." Desak Marina.
Pekerja yang bertugas di kaunter itu hanya mampu tersenyum hambar dan meminta maaf.
"Maaf cik. Kejap lagi Encik Jeffri turun. Saya dah bagitau Encik Jeffri yang cik tunggu dekat restoran."
"Lambat betul la. Aku tak suka bazir masa. Call dia sekali lagi."
"Maaf cik tapi Encik Jeffri tengah meeting sekarang."
"Kenapa kalau dia ada meeting sekalipun? Kau tak berani nak call? Baik kau call sekarang!"
"Tapi cik..."
"Hei! Kau berani melawan cakap aku eh? Kau tahu tak aku ni siapa? Aku ni bakal isteri bos kau la! Cepatlah sikit call tu. Terhegeh-hegeh! Jangan sampai aku pecat kau nanti!" Ugut Marina lagi.
"Kenapa bising-bising ni?" Jeffri menegur sambil melirik ke arah Marina dan pekerjanya.
"Tak ada apa-apa Jeff. Rina just tegur dia sebab dia culas buat kerja. Kalau pelanggan nampak apa pulak pelanggan kata kan? Nanti Restoran Bayu ni jugak yang kena tanggung rugi."
Jeffri menatap Marina dengan pandangan sangsi.
"Zul, awak sambung kerja dekat dapur. Suruh Najihah gantikan awak dekat kaunter." Perintah Jeffri itu disambut dengan kepatuhan oleh pekerjanya.
Dia menapak ke meja yang menjadi tempat Marina duduk menunggu tadi.
"Kenapa nak jumpa aku?" Soal Jeffri tanpa berbasa-basi.
"Eee Jeff ni. Selalu sangat kasar-kasar dengan Rina. Cuba cakap elok-elok sikit. Kan auntie Safya dah pesan haritu."
"Apa benda yang kau nak cakap sebenarnya Rina? Aku banyak kerja lagi ni." Jeffri mula naik angin.
Sudahlah dia ada mesyuarat dengan pembekal utama stok bahan mentah di restoran pusat peranginan ini. Marina pula seperti tidak memahami Jeffri yang sibuk berkerja.
"Okeylah. Rina minta maaf kalau Rina ni mengganggu Jeff. Rina bukan apa, kesian tengok Jeff penat-penat kerja cari rezeki lepas tu meeting sana sini tapi girlfriend keluar dengan lelaki lain." Marina menghadiahkan riak muka sedih. Ekor matanya mengerling Jeffri untuk meneka reaksi lelaki itu.
"Kau nak cakap apa sebenarnya, Rina?"
"Jeff, Rina cuma kesian dekat Jeff. Rina tak ada niat lain walaupun Maya tu adik Rina sendiri. Rina tetap tak sanggup biarkan dia lukakan hati Jeff. Dari kecil lagi kita dah kenal. Rina pun tak sangka Maya sanggup buat Jeff macam ni." Air mata penuh kepura-puraan yang jatuh menitis di pipi cerah itu diseka.
"Rina, kau nak bagitahu ke tak nak sebenarnya ni? Yang kau melalut pasal Maya ni kenapa?" Kata Jeffri cukup bengang.
Tika ini kesabaran yang dimilikinya semakin menipis. Wajah Marina yang menjengah di ruang mata direnung tajam.
"Maya curang. Rina nampak Maya keluar dengan lelaki lain."
Riak tegang Jeffri makin kendur. Curang? Maya? Berita apa yang disampaikan oleh Marina ini?
"Kau jangan buat lawak Rina. Jangan fitnah Maya."
"Rina tahu Jeff mesti tak percaya. Tapi sumpah Rina tak tipu. Rina ada ambil gambar. Dua hari lepas Maya rushing nak keluar, Rina tanya dia nak ke mana tapi dia cakap bukan urusan Rina pastu dia siap sumpah seranah lagi kat Rina. Rina risau takut jadi apa-apa. So Rina ikut dia. Sampailah Rina nampak dia keluar dengan lelaki lain siap berpegang tangan lagi. Kalau Jeff tak nak percaya tengok ni. Rina ada ambil gambar diorang sebagai bukti."
Telefon bimbit disua kepada Jeffri. Gambar Maya dengan seorang lelaki jelas terpampang dan seperti kata Marina, mereka sedang berpegangan tangan.
Jeffri mengetap geraham. Teringat pula kisah pada dua hari lepas juga ketika dia ada mengajak Maya untuk keluar meluangkan masa bersama tapi ditolak pelawaan itu oleh Maya atas alasan mempunyai urusan lain. Macam-macam andaian bermain di fikiran Jeffri. Dia tak mampu berfikir lagi dan hatinya perlahan-lahan mula terpedaya dengan suntikan fitnah Marina.
"Rina minta maaf Jeff. Rina tak sangka Maya sanggup curang. Petang yang dia keluar dengan lelaki tu dia balik lambat. Pukul 5 pagi Rina bangun, dia baru balik. Rina rasa dia mabuk kot. Sebab baju dia tak terurus dengan rambut kusut-masai. Tapi Jeff jangan bagitahu mama dengan papa. Rina tak nak Maya kena marah. Tak tahu la kenapa dia kembali buat tabiat lama dia."
"Tabiat lama?" Dua patah perkataan itu menarik minat Jeffri. Kenapa dia tidak tahu tentang tabiat itu?
"Rina rasa serba-salah nak cerita tapi Rina harap Jeff boleh terima Maya seadanya. Maybe sebab dia sedih tu yang dia selalu curi-curi keluar malam pergi club. Balik rumah lewat kadang-kadang mabuk. Nasib baik tak pernah kantoi dengan mama papa. Rina risau pulak pasal Maya ni."
"Kau jangan nak reka cerita. Aku kenal Maya macam mana."
"Betul. Tapi Rina lagi lama kenal Maya. Rina yang duduk serumah dengan Maya. Maya tu adik kandung Rina. Semua perangai Maya, Rina tahu. Okey, Rina nak tanya Jeff. Kalau betul Rina reka cerita dan fitnah Maya, apa Rina akan dapat? Tak dapat apa-apa pun. Jeff pernah serumah dengan Maya? Hari yang Maya keluar dengan lelaki tu dia ada bagitau Jeff dia keluar dengan siapa? Atas urusan apa? Ada? Kalau dia cakap tak keluar atau dia tak beritahu perkara betul, Jeff tahu kan makna dia apa? Maksudnya dia cuba nak sorok something daripada Jeff. Dia tak nak Jeff tahu yang dia curang."
Jeffri meraup muka. Cerita yang didengari begitu kontra dengan karakter Maya saat mereka bersua. Entah diri Maya atau cerita itu yang dia percaya. Ditambah dengan bukti bergambar, hati Jeffri mula meragui sejauh mana kesetiaan Maya terhadap dirinya.
"Jeff, Rina cuma tak nak Jeff kena tipu. Even Maya tu adik Rina, Rina takkan back up dia kalau dia buat salah. Lagi-lagi kalau dia curang dengan Jeff." Penerangan itu sedikit sebanyak membuka mata Jeffri untuk meneliti kisah tentang Maya.
"Kau balik Rina. Aku nak sambung kerja." Jeffri berlalu tanpa sedikit pun melirik Marina.
Marina tersenyum puas. Walaupun rancangan yang dirancang tidak mencapai keberhasilan 100%, tetapi titik-titik keraguan akan bercambah juga di hati jejaka itu.
Padan muka Maya! Lain kali hormat la kakak sendiri. Marina mengulum senyum. Tidak sabar menunggu detik-detik perpisahan Maya dan juga Jeffri. Selepas mereka berdua putus barulah Marina boleh masuk line!
🪸
selamat membaca
tekan bintang dan komen.
oleh sebab rajin dan terlebih idea
nah diupdate. byeme everytime update new chapter:
YOU ARE READING
Popstar
RomanceMaya Asmara & Naseem Bahar Maya cuma mangsa keadaan. Mangsa kekejaman skeptikal masyarakat yang mengagungkan kecantikan.