Drama. Satu cerita yang mendepankan realiti mahupun fantasi. Ada watak utamanya, watak sampingan dan konflik. Tahu apa yang berlaku kalau konflik itu dibiarkan dan tidak dipeduli? Ia akan membarah dan menular ke setiap babak yang akan datang. Dan apa persamaan drama dengan realiti? Rozian watak drama dan Maya masih tidak mampu menyelesaikan konflik yang terdapat di alur cerita takdir mereka.
"Isk!" Maya meringis. Pipinya terasa seperti terbakar. Rasa gatal di permukaan pipi semakin melarat sehinggakan timbulnya bintik-bintik kemerahan pada wajah bersih itu.
"Maya! Alamak! Kenapa boleh jadi macam ni? Mak takut! Aaaaa!" Diva Nonon sudah terbaring menggelupur di bawah kerusi.
"Saya rasa saya alergi kot. Tak apa sikit je ni. Nanti mungkin dia jadi baik."
"Diknon, Mak ni dah check semua barang. Dari skincare ke mekap memang Mak confirm Mak tak guna barang yang boleh jahanamkan muka orang. Sempudal mana yang rajin bulu kaki pergi susun barang Mak ni? Eeee!" Semakin rancak mulut Diva Nonon membebel sampai terpercik air liur jantannya ke cermin.
"Ini siapa pula si buasir yang sembur air dekat cermin ni?" Ujar Diva Nonon sebaik terperasankan cermin yang terdapat percikan air. Tidak lain tidak bukan air liur dirinya sendiri.
"Kau ni kenapa Nonon? Sampai ke luar aku dengar suara kau memekak. Eh? Maya kenapa dengan muka Maya?" Julia menghempas kipas tangan ke kerusi. Kecoh betul mulut MUA sorang ni.
"Alergi, Ju. Macam mana ni? Lepas ni dah scene Maya." Cemas Diva Nonon tanpa selindung.
"Kejap Maya. Ju pergi lapor dekat Encik Nas." Berdesup Julia berlari keluar dari bilik persalinan untuk mendapatkan majikannya.
"Alang-alang tu Diva buang mekap Maya dulu, ya? Sebab nanti alergi makin teruk sebab tertutup dengan mekap. Kapas lembut dicelup ke dalam bekas air suam. Diva Nonon dengan tertib mengelap sisa-sisa mekap pada wajah yang diriasnya.
Pintu dikuak lebar dan nama Maya dijerit. Diva Nonon yang sedang menonggeng membantu Maya membuang mekap jatuh tertungging dek kerana terkejut. Tak boleh ke kalau ada adegan menyelamatkan heroin, si hero masuk dengan perlahan dan romantis sambil menyanyi lagu Hindustan?
"Maya, awak okey ke? Teruk ke alergi?" Naseem terus melutut di samping Maya dan membelek muka gadis itu.
"Nok, kalau iya pun ambil berat pasal artis kesayangan angkat dulu kaki tu boleh? Jangan pijak kain duyung Mak, nok. Mahal skirt duyung Mak ni."
"Kau tak pandai buat kerja ke? Tak tanya artis dulu jenis skincare apa yang buatkan dia alergi? Semua benda kau bedal letak atas muka orang. Kalau jadi apa-apa nanti kau nak tanggung?" Nada Naseem meninggi seoktaf. Mukanya garang menjerkah Diva Nonon.
Silapnya Diva Nonon bersuara ketika ini. Kalau Diva Nonon senyap, Naseem sudah pasti menganggap lelaki berperwatakan perempuan itu sebagai ikan duyung dan tidak memarahinya.
"Encik Nas, Diva memang sentiasa periksa semua barang yang Diva bawa untuk merias retis-retis Malaysia."
"Diva. Maaf boleh keluar sekejap? Saya nak cakap perkara penting dengan Encik Nas. Terima kasih sudi mekapkan saya. Jangan risau bukan salah Diva. Saya sendiri yang tak berhati-hati." Pintas Maya. Senyuman lebar diutuskan kepada Diva Nonon.
"Ehem. Sorry juga Maya. Enjoy your talk." Diva Nonon berlalu dengan rasa berat. Dia pasti kesemua barangan yang dibawa sudah disesuaikan dan disusun mengikut keperluan setiap artis yang bakal dirias. Musykil pula hatinya bagaimana Maya boleh mendapat reaksi alergi.
"Maya?" Seruan Naseem tidak berhenti. Mereka terleka menatap anak mata masing-masing.
"Jangan risau tentang scene awak. Kru tengah berehat sekarang. Lepas rehat pula saya dah bincang dengan mereka untuk buat scene lain dulu. How's your face? Masih pedih lagi?"
"Saya okey Encik Nas."
"Awak nak pergi klinik sekarang? Scene awak kita boleh buat lain kali."
"I said I'm okay!" Muka ditekup dengan telapak tangan. Dia tidak mahu menengking Naseem tetapi amarah dan geram datang membuak-buak.
"Dia yang buat kan? Dia yang buat muka awak jadi macam ni." Naseem tidak bermain teka-teki. Dia sudah tahu dari awal sebenarnya.
"Saya tak nak orang lain anggap Encik Nas pilih kasih sebab terlalu baik dengan saya."
"Perkara tu bukan hal yang besar. Saya tak pernah kisah kalau kru atau pelakon lain anggap saya macam tu. Saya buat semua ni untuk awak, Maya."
Kejujuran itu bernada lain dari kebiasaan. Kata-kata yang kelihatan penuh dengan pengharapan dan perasaan. Ada apa sebenarnya antara mereka? Apa yang Naseem mahukan daripada Maya sampaikan sanggup mengorbankan prinsip dan peraturan lelaki itu?
Maya tidak mempunyai jawapan dan Naseem juga tidak memberi makluman.
Bekas pemerah pipi diberi kepada Naseem. Lelaki itu terpinga-pinga menyambutnya.
"Fragrances. Bau macam buah citrus. She knew about this fact as well. Dia tahu saya ada alergi dengan fragrances but she did it anyway."
"Maya, do you want my help?"
"Jangan. Jangan tolong saya, Encik Nas. Saya boleh selesaikan hal ini tanpa bantuan sesiapa." Maya menolak pertolongan Naseem tanpa berfikir dua kali.
Dia tidak perlu mengheret orang yang tidak bersangkut-paut dengannya ke kancah konflik. Terlalu bergantung harap kepada Naseem juga boleh mencipta masalah baru. Selagi boleh mengelak, Maya akan elak.
"Saya akan teruskan penggambaran hari ni. I didn't plan to give up or surrender. Dia memang nak malukan saya tapi saya takkan mengalah walaupun dia kenakan saya dengan cara murahan. Like you wish, I'll rise higher than anyone."
"Beritahu saya kalau awak perlukan bantuan. Saya akan tolong yang termampu. Awak ingat lagikan janji saya? Saya akan buat awak jadi bintang dan terkenal, Maya."
Janji Naseem memang enak kedengaran di halwa telinga. Meskipun begitu, adakah Maya layak bergelar bintang?
"Saya akan panggil make-up artist supaya pakaikan mekap ke muka awak balik. I'll be waiting for your next scene. Do your best."
Kata-kata semangat Naseem justeru membuatkan Maya gementar. Maya berikrar, dia akan lakukan yang terbaik juga untuk adegan kali ini.
🪸
Selamat membaca.
Tersilap update awal. Tapi baca jelah
Jangan lupa vote, komen and follow.
YOU ARE READING
Popstar
RomanceMaya Asmara & Naseem Bahar Maya cuma mangsa keadaan. Mangsa kekejaman skeptikal masyarakat yang mengagungkan kecantikan.