d u a p u l u h d u a

43 30 0
                                    

Insiden ditampar beberapa hari lepas masih tidak luput dari kotak ingatan. Walaupun semalam merupakan hari terakhir rakaman drama dibuat, tiada seorang pun yang membahaskan tentang babak tegang antara Marina dan Maya.

Maya tidak mendapat apa-apa penjelasan baik daripada pihak Marina mahupun penulis skrip. Bukan dua kali dia ditampar tetapi empat kali. Puncanya ketika sesi rakaman pertama, Maya tidak menyebut dialog penutup untuk babak tersebut. Oleh sebab itu, retake rakaman kali kedua dibuat.

Maya bangkit dari sofa dan dia melangkah ke sebuah meja yang menempatkan sangkar tikus belanda. Si Ratahtuih kesayangan Naseem.

Melihat gelagat tikus belanda tersebut yang sedang mengopek kulit kacang membuatkan Maya terhibur. Kepala Ratahtuih diusap lembut dengan jari sebelum penutup sangkar yang berjaring diletakkan kembali.

Ketika tubuhnya berpaling ke arah sofa, telefon pintarnya menyala dan bersuara bingit melantun nada dering lagu Wildfire nyanyian SYML. Maya tanpa berlengah menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggil di hujung talian.

"Helo. Saya peminat Maya. Maya ada tak?" Gurau si pemanggil.

Dahi Maya lantas berkerut. Telefon dijarakkan dari telinga untuk melihat nama si tukang menelefon.

"Hai. Kenapa Encik Nas?" Maya yang tidak mahu melayan usikan Naseem terus bertanyakan tujuan Naseem menelefonnya.

"Free ke? Saya ada dekat luar bangunan apartment awak."

"Hah? Kejap! Saya turun!" Maya lantas menutup panggilan tanpa sempat lelaki itu membeaari respon. Pakaian yang tersarung pada badan diperiksa teliti di hadapan cermin. Semuanya okey! Topi besbol diletakkan ke atas kepala sebelum tangan menggapai dompet. Tergesa-gesa dia membawa diri turun ke bawah untuk menemui Naseem yang kelihatannya sudah menunggu lama di dalam kereta.

"Maaf Encik Nas, saya lambat turun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Maaf Encik Nas, saya lambat turun." Maya tercungap-cungap mencari udara sampaikan tidak perasan akan rambut paras lehernya yang sedikit kusut walaupun dilindung dengan topi.

"Saya tak cakap habis lagi tadi. Baru nak pesan take your time, jangan tergesa-gesa turun. Dah serabai rambut awak. Sini, saya betulkan."

Naseem tidak menunggu kebenaran dikurniakan sebaliknya dia selamba menyentuh kepala Maya dan menyisir rambut itu dengan jemarinya supaya tidak kusut.

"Encik Nas, cermin kereta ni macam akuarium. Nanti orang nampak." Cermin kereta jernih Naseem yang tidak dilekat dengan tinted membuatkan orang lalu-lalang dapat mengetahui tindak-tanduk manusia di dalam kereta.

Naseem yang baru tersedar lantas duduk lebih sopan.

"Maaf, saya tak perasan."

"Ada apa encik nak jumpa saya hari ni?"

"Saya cuma nak tanya khabar artis yang berada di bawah agensi saya. Saya nak tahu awak sihat ke tak." Alasan. Naseem memang hebat mencipta sebuah alasan.

PopstarWhere stories live. Discover now