Masuk sahaja hari ke-11 sesi penggambaran drama slot akasia iaitu Cinta Muka Buku, rombakan skrip dilakukan hampir mengubah 60% dari jalan cerita asal. Maya ada juga memasang telinga untuk mengambil tahu tentang isu berbangkit dalam kalangan kru produksi.
Walaubagaimanapun, tiada seorang pun kru yang membuka mulut dan bercerita. Sampailah Julia sendiri yang membawa khabar bahawa rombakan skrip berlaku kerana ada pertambahan watak dan babak penting.
Sejauh mana kebenarannya hanya mereka yang terlibat sahaja yang mengetahui. Maya tidak mahu hal kecil tersebut menganggu fokusnya di set penggambaran.
Panas yang Maya harapkan bakal bertahan ke tengah hari rupanya tidak kekal lama. Ombak mula datang memberi ujian berbentuk makhluk Tuhan yang bernama Marina. Kehadiran Marina sebagai watak baru dalam drama Cinta Muka Buku merenggut ketenangan jiwa Maya.
Justeru apa tindakan Maya? Adakah dia perlu mengamuk memarahi tuan pengarah kerana membenarkan Marina berlakon? Atau menyerang penulis skrip kerana mewujudkan karakter baru dalam plot penceritaan?
Jawapannya semestinya tidak. Maya perlu tenang dan profesional. Di sini dia dan Marina bukan adik-beradik tetapi sesama rakan artis. Kru-kru yang turut berada di sekeliling mereka boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak media. Boleh jadi mereka membawa mulut dan berbagi cerita. Oleh seba itulah Maya tidak boleh lengah.
Dari kejauhan Maya cuma menonton perilaku Marina yang menyapa para kru. Senyum manis sang bunga yang menawan seperti Marina mustahil tidak menjentik tangkai hati mereka yang berlawanan jantina. Wujudnya si jelita mestilah untuk dikejar oleh sang jejaka.
"Wah, baru berlakon sekali dua dah berlagak sombong. Itu belum lagi menang anugerah." Sindiran Marina terasa panas sahaja mencucuk telinga.
Sabar Maya. Sabar.
"Kau tampal foundation dengan segala mak nenek mekap pun takkan mampu tutup muka buruk kau. Kesian pengarah terpaksa terima orang hodoh jadi pelakon. Aku baca skrip semalam pun rasa kelakar. Sebab watak kau dalam skrip dengan real life tak ada beza. Loser!"
"At least watak aku tak mati di akhir cerita." Balas Maya.
"Kurang ajar." Marina mendengus dengan suara tertahan. Hish! Nak saja dia tarik-tarik rambut Maya dan menggonyoh muka hodoh itu ke bekas mekap.
"Excuse me, you pernah join Dewi Remaja kan? Am I right?" Suara garau mencelah pertelingkahan rahsia Marina dan Maya.
Melihat sahaja susuk tubuh empunya suara yang menegur, Marina automtmatik terliuk-lentok ibarat batang pohon kelapa yang ditiup angin. Gedik!
Mentang-mentang Daim si hidung belang pantang dengan perempuan berdahi licin, Marina sama sekali tidak mensia-siakan peluang.
"Yes. I memang pernah masuk Dewi Remaja, director. Tak sangka pula director boleh kenal I." Tutur Marina Manja.
"Mestilah I kenal. I vote you untuk menang tau."
Maya melarikan mata. Tolonglah dia tidak sanggup melihat pemandangan dua orang makhluk yang saling menggelibas itu.
Maya yang tidak betah di kerusi berdiri dan mengambil langkah untuk ke ruangan yang lebih terpencil. Dia mahu mencari udara segar selepas berlaku pencemaran manusia sebentar tadi. Tanpa sengaja, keluhan kecil terbit dari bibirnya.
"Mengeluh bukan tabiat yang baik."
"Ah...sorry Encik Nas. Saya tak perasan Encik Nas ada dekat sini." Mohon Maya.
Manalah dia tahu Naseem bersandar di belakang dinding pondok itu. Kalau dia tahu sudah lama dia mencari tempat lain. Patutlah hidungnya tercium bau asap rokok ketika berdiri di tempat ini.
Bila dijengah sedikit barulah Maya perasan puntung rokok yang terkepit di antara dua ulas bibir merah kecoklatan Naseem.
"Uhukk! Uhuk! Uhukk uhuk!" Sejenak tanpa alasan kukuh, Maya batuk olok-olok.
"Athma?" Lagak bak prihatin, Naseem bertanya. Hujung rokok yang masih berbara dipicit dengan jari untuk mematikan baranya.
Maya mengangguk laju. Dia tipu. Dia sebenarnya tidak suka asap rokok.
"Encik Naseem. Mungkin sekarang encik rasa masih muda boleh hidup sihat sambil merokok. Tetapi ada orang lain di luar sana yang tak boleh hidu asap rokok. Rokok bukan setakat bahayakan orang lain tapi juga diri sendiri. Lagi satu, rokok difatwakan haram sebab boleh memudaratkan nyawa."
"Impresive. I'll take note on that."
Eh? Macam itu saja? Biasa kalau bergaduh dengan orang yang kaki merokok mereka akan merentan dengan fakta tersebut tetapi Naseem pula memberi respon sebaliknya.
"Encik Nas pasal kakak saya. Ma...macam mana dia boleh berlakon juga dalam drama ni?" Tepi baju dipilin dalam keresahan. Dia ragu-ragu sebenarnya untuk mengeluarkan pertanyaan sebegitu.
"Kebetulan. Saya anggap semuanya kebetulan. Saya tak nak awak salah faham dan menganggap saya cuba untuk kenakan awak. Saya tersepit dengan keadaan. Saya rasa serba-salah dekat awak. I didn't like her to be here too. She seems bad in acting. I hope you're not distracted because of her. Just do your best like you always do." Nasihat Naseem.
"Kenapa Encik Nas prihatin dengan saya?" Terpacul pula soalan diluar dugaan.
Naseem menapak di hadapan Maya yang berdiri menghadapnya. Beza tinggi mereka tidaklah begitu jauh. Tinggi Maya hanyalah separas bibirnya. Senang cerita dahi Maya boleh menjadi tempat parking terbaik untuk ciuman berlabuh. Tetapi bukan soal ini yang perlu dibicarakan sekarang.
"I don't know why but I want to protect you. Pelik kan? Padahal kita cuma orang asing." Sambung Naseem. Mata lelaki itu entah kenapa terlihat seperti ada sinar teruja.
Jantung Maya laju mengepam darah. Dia tidak tahu kenapa Naseem seprihatin ini. Bahkan lelaki itu cuba memujuk hati Maya yang tidak begitu menyambut kedatangan Marina sebagai pelakon dalam drama yang dibintanginya. Jawapan Naseem pula seolah-olah bermain tarik tali. Tidak mengiyakan, tidak juga menidakkan.
"Maya..." Dagu Maya disentuh lembut. Maya yang terkesima melopong kecil.
Keadaan ketika ini bahaya untuk hati Maya. Walaupun akal memberi arahan untuk bergerak, tetapi tubuh Maya melemah kerana sentuhan minimum itu. Sentuhan yang sepertinya tidak membawa maksud tersembunyi namun disalaherti oleh Maya sendiri.
"We're gonna start filming. Let's get back to work. Stop daydreaming, Maya." Usik Naseem berselang-seli dengan tawa.
Dagu Maya dilepaskan sebelum dia berlalu meninggalkan Maya kebingungan.
Maya tekapkan tangan ke dada sendiri. Jantung masih tidak berdegup secara normal. Apa yang berlaku kepada dirinya kali ini? Kenapa ada suatu rasa menyelinap di dalam ruang hati? Mustahil! Maya ingin menidakkan. Maya mahu membantah apa yang berbisik di perdu hatinya.
Hairannya, episod dilema hati Maya persis sewaktu dia mula jatuh cinta dengan Jeffry.
🪸
Happy reading.
Hampir lupa tentang kewujudan jeff.
Sokay nanti dia comeback.
p/s: Sorry asyik ubah tajuk buku
saya mudah bosan🤧
YOU ARE READING
Popstar
RomanceMaya Asmara & Naseem Bahar Maya cuma mangsa keadaan. Mangsa kekejaman skeptikal masyarakat yang mengagungkan kecantikan.